SAJAK SEMPENA HARI IBU – `UNTUKMU IBU’

Sesungguhnya pengorbananmu wahai Ibu  tidak ternilaikan meski emas permata  sejak dari dalam kandungan  melahirkan kami ke dunia

Sesungguhnya pengorbananmu wahai Ibu tidak ternilaikan meski emas permata sejak dari dalam kandungan melahirkan kami ke dunia

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

Sesungguhnya pengorbananmu wahai Ibu

tidak ternilaikan meski emas permata

sejak dari dalam kandungan

melahirkan kami ke dunia

menempuh saat-saat getir dan lara

penderitaan kesengsaraan pancaroba merata

silih berganti dan bertali arus

membelai kami dengan lembut dan manja

merawat kami dalam kesakitan dan kedukaan

mengorbankan kerehatan untuk kami

tanpa sekelumit keluhan dan rintihan

tutur  manismu bak titisan embun pagi

mendinginkan nurani pada kala kegersangan

nasihat dan pujukanmu bak mutiara kedamaian

Senyum tawamu membalut kemurungan dan kegusaran

dari alam bayi, kanak-kanak, remaja hingga dewasa

kau tetap utuh di sisi

setia dan tulus setiap detik

menyalakan obor perjuangan dan kegigihan

dalam meredah onak dan duri  kehidupan

doamu tidak pernah bernoktah

agar kami sentosa dan berjaya

agar kami menggalas harapan bangsa

agar kami menjadi insan berguna

Ibu, kami kenang kebaktianmu

Selamanya, selama-lamanya

Selamat Hari Ibu – 10 Mei 2009

-SMKPS

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

4 Responses to SAJAK SEMPENA HARI IBU – `UNTUKMU IBU’

  1. Gangstarz says:

    Betul kata Pak Pung
    Ibu perlu dihargai
    Jangan lupa jasa mereka!
    Yessss!

  2. Anak Mami says:

    Bonda Ibu Emak Mama Mami Umi
    panggil apa sahaja
    kau tetap orang yang paling bermakna
    dalam hidup anda
    So, dont forget them
    today tomorrow and forever…

  3. manjie says:

    Ingat ibu , ingat bapa ,
    tanpa mereka ,
    siapa kita

  4. Pak Pung says:

    Ingatlah anak-anak
    jasa Ibu sungguh banyak

    Kenang jasa mereka
    hati mereka kenalah jaga

    Nasihat Ibu kena amalkan
    akhlak mulia jadikan amalan

    Jangan tumpahkan air mata Ibu
    Allah laknat, hidup bercelaru

    Syurga di bawah tapak kaki Ibu
    Ingatan Pak Pung ingat selalu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s