Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
4 JUN (SMKPS) – Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).
Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global ini.
1) JEREBU
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
2) PENIPISAN LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.
3) KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
4) PULAU HABA BANDAR
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
5) HUJAN ASID
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
6) KEMARAU
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.
Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.. Hargailah pemberian Allah yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi. Jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.
Mudah-mudahan selepas membaca artikel ini akan dapat menyedarkan kita betapa pentingnya bumi ini kepada manusia dan makhluk Allah yang lain….
-SMKPS-







no coment..
maklumat yang lengkap dan ringkas. tq
Anisa Aini. (SMK (P) St. George. P. Pinang)-terima kasih banyak2 diatas maklumat tersebut. Banyak membantu saya dalam tugasan.
ALHAMDULILLAH , ianya banyak mmbntu dalam krgan stpm sy , terima kasih ..
time kasih…artikel ni mmg lengkap dan byk membantu sya dlm krgan stpm sya…
memang lengkap dan padat..mantap…
Saya nk yg lengkap lagi…..hehehehe
Isi yg mantap…. .
<3
wow…memang banyak maklumat boleh dapat kat sini….tq…pasal pencemaran tiada???huhu
makase bg input nya..:)
best…smua lengkap…boleh copy…..
hebat giler arr…..ini telah mnambahkan ilmu pengetahuan danmemudahkan sye untuk mmbuat kerja……bak kate saidina ali ilmu itu yang akan menjaga kita tetapi harta x mmpu mejaga kita sampai ke akhirat
Pingback: Hari-hari Panas & berjerubu | ustazkenali
ringkas dan padat…berguna untuk manusia sejagat.
waaaaaaaaaaa……. hebatnye…….. semuanye lengkap…….. saya akn bgi tau kwn2 sya membuka lmn web ini……
so good….
i like very much the article…..
can i copy it
terima kasih kerana menerbitkan artikal yang cukup berifomasi, diharapkan kepada sesiapa sahaja yang telah membaca artikal ini dapat memahami punca sebenar pemanasan global dan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini. Melihat situasi bumi kita sekarang semakin tenat. Marilah kita sama-sama berusaha mengembalikan semula kehijauan bumi dengan menanam pokok sekurang-kurangnya sepohon seorang…
Wau Good!!!! I copy it..
Cara penyelesaiannya? Nak hentikan mmg xdpt, tp produk tersebut mungkin ada cara kitaran semula untuk pemulihan
assalammulaikum…..petikan nie bez la….bleh saya take petikan nie utk rujukan saya……../
i can get more information for my scrap book …tahks !!!
knp x de cara mngatasi?
mmmm…. npe gmbr dgn pernyataan xsame
???
very worse!!!!!!!!!!!
bestlah artikel ni . mohon kebenaran utk ambil artikel ni utk pembentangan saya esk ye .
Can i get this.for my scrap book.
thank you.
and,well down for this arkitek
menarik sekali artikel nie…n complete..boley lar sy gnekn 4 assignment…izinkan ye..tq so much!!!!
thanks … cukop untuk bwat syarahn yg cekgu sruh
terima kasih…….
wa cukup lengkap , boleh la aku ambil buat kerja kursus geo ni………………….. x payah aku fikir lg????????
terima kasih kerana berkongsi . maklumat yg bagus
tkasih sbb artikel ini mmg cukup2 lengkap untuk sya buat keje yg cikgu telah arahkan ..
anyway thanks sbb sy dpt info drpd blog nieee……dahla cikgu kasi tajuk hari nie lepas tu nak kene buat presentation esok n cikgu ckp jgn ikut buku teks tp kene cari info kat mana2 je….so keje sy dah kira siaplah……thank u very much……
thankz 4 the information.. . .
thanz share ..
thanks…coz dpt info ttg pemanasan global. dpt wak assmnt.
thank byk2 4 ur information..
dpt maklumat nk wt assgmnt sal glabal warming..
txxx;)
s
alhamdulillah jumpa pun
ok.semuanya lengkap bolehlah buat folio skolah…………
ok.saya nak puncaaaa
salam,,sy nak minta izin untuk copy article ney sbgai rujukan..suma nya lengkap n menarik..tq
brguna sgt mklumat ni…nsb bek jumpa….
ALL OFF YOUR FACT ARE VERY COMPLETE..THANKS FOR YOUR ALL
nak minta wat rujukan ea..
lengkap…ske sangat..
trime ksih..
tQ very3 much…
this is m0re than en0ugh inf0rmati0n…
c0mplete…(^^,)
thaks..sgat2 kat sape yg wat artkel ni.. mmg best, lengkap lak tu..len kali tolg tlis isu len yg lengkap cam ni ye..huhuhuhu
tq very much..i luv this article,.bole gne tuk wat assignment
nk gne information ni bole x?
saya perlukan lebih banyak mengenai pulau haba dan kesan terhadap pulau haba…n_n tq
mmng bgus,dpt wt omwork yg complete…terima kasih aini ucapkan…
tima kasih.. artikel ni memang best.m’bantu saya tuk jawb final
to iqmal = gunakan saja.. memang utk kegunaan lain tu…
saye dah gunakan untk buat rujukan … thank you… i like this artikel…..
to ina
silakan.. ilmu perlu disebar2kan untuk kegunaan bersama…
salam, menarik artikel ni…mintak izin untuk untuk amik info dr sini..nk disebarkan kepada kawan2
sama2…
Time kasih banyak-banyak atas informasi ini
minta izin nak buat rujukan untuk penyelidikan.
info yang bagus!
to amin
silakan ambik.. semoga research awak success…
salam.
nk amik utk research.
tq..
ok.. takde masalah…
can i have ur permission to get this artikel for my research reference,,thanks
salam..
kepada pengendali blog ini
saya mahu pinjam artikel ini utk rujukan kerja kursus saya
terima kasih =]
thanks untuk artikel ni..
sy mintak izin amek artikel ni untuk dibuat rujukan..time kaseh
bagus la..
nk wt rujukan ehh…
time kaseh tau..
Boleh la diambil dan dirujuk. Pihak kami mengizinkan!
Mustaffa Siraj
Pengendali blog
Salam…sy pun nak…..!!! Terima Kasih….
salam..sy uat rjukan ngan mklumat ney kkk….tq
salam…sy uat rjukan ngn mklumat ney k…tq
salam…sya wt rjukan ngan mklumt ney k…tq…
bodohnye….
anonymous….?
swt….
bgos pe shared ilmu pade dok sorang-sorang……
great job well done…..
LOL XD
maklumat ini sgt berguna..boleh sy guna bahan ini uutk rujukan??
thanks..
minta izin nak guna bahan ini untuk dijadikan rujukan
minta izin untuk menggunakan informasi ini ya???
apa maksudnya glamour tu? kami bukan manusia yang minta disanjung atau dipuja..
Assalamu’alaikum…..
minta izin untuk menggnakan informasi ini…
terima kasih sgt-sgt..
wasalam…
siapa pun boleh bagi isi2 ini.. saje nak glamour…
mntk izin nk gna isi2 ni.. tqvm
salam…terima kasih dgn maklumat ni…lengkap n padat pinjam bleh..??
saya minta izin ambil artikel ini ya..terima kasih.
The information is quite completely, clear .
salam. sye mntk izin utk ambil bahan ini. thanks
salam. sya mntk izin nk amik bhn ni untuk rujukan.. terima kasih
haiii…..
menarik…dan memberi pengajaran kepada sya…. sya dah tahu kenapa terjadinya pemanasan global….sya akan amal kan cara atau gaya idup harmoni sihat bagi membantu memelihara bumi…….
selamatkan bumi kita
boleh.. apa salahnya asalkan ia bermanfaat buat semua..
salam…boleh sy amik bahan ni untuk rujukan..
terima kasih..
Insya Allah.. saya akan detailkan lagi setiap tajuk di atas jika keadaan mengizinkan..
-Mohd Khamsuldin Abd Wahab-
waaaaaaaaaau!!!!hebatnye……semuanye cukup legkap