Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
3 JULAI (SMKPS) – Sedarkah kita dalam sehari berapa banyak sampah yang telah kita buang? Sebenarnya dalam sehari kita telah menghasilkan lebih daripada 18,000 tan sampah dan ini mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja..
Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.
Apakah maksud kitar semula ?
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi perlu melalui proses kitar semula.
Apa kepentingan kitar semula ?
1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
Apakah bahan yang boleh dikitar semula ?
Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.
Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna HIJAU
| Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna MERAH
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU. Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna KUNING Cara memulakan kempen kitar semula di rumah dan di pejabat Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca. 2) Amalkan sistem yang mudah Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan kitar semula. 3) Pilihan bekas Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contohnya: kotak kadbod, kotak kayu, bakul plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik dan lain-lain 4) Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula. Di sekolah pelajar boleh diterapkan dengan sikap kitar semula kertas yang telah digunakan, plastik makanan di kantin dan tin minuman yang dibeli. Amalan ini akan dapat menjaga persekitaran sekolah daripada kekotoran. 5) Pastikan ia ringkas Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda. Kesimpulannya, Kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita. -SMKPS- |






syabas,,,…//
sangat berguna dan mudah faham
~Assalamualaikum~ [ Hello ]
Terima Kasih Atas Bantuan Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Postkan
Kami Dapat Dibantu Melalui Melihat ini dengan izin tuhan alhamdulillah
Harap ada kemajuan lagi melanda.
~ Thank You ~
Ganaz ngatt……
kyaaaaa!!! thx very very much for the info,harap dpt mmberi kesedaran kpd pembaca ttg PENTINGNYA kitar semula nih…domo arigatou…
superbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.i like this !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Isi yang ckg beri ni jelas lah…….
terima kasih ckg khamsuldin….
HA
DEI AQ BESAQ…
AQ HEMSEM
ADA AQ KISAH……..
KENAPE INI BELAKU????//////////
MENGAPA INI CEMUA BERLAKU?
ada esei kebaikan kitar semula????
salam, 1 Malaysia…
Harap Tuan dapat pautkan sekali link kitar semula komputer ni ya.
Terima Kasih
Memang budaya kitar semula ni termat baik…dapat menurangkan sisa pepejal dan sebagainya.
Kalau ada sesiapa yang nak lupus atau buang komputer atau peralatan komputer rosak boleh hubungi saya.
“Kitar Semula Komputer” untuk tunai
http://kitaransemula.blogspot.com/2010/09/komputer-rosak-remedy-nak-beliada.html
tima kasih cikgu saya dah siap folio saya dgn bantuan blog ini
uit
saya nak ucapkan terima kasih kepda penulis blog ini dan yang membantu…
blog ini bnyk mmbntu sya myiapkn assignment…
thanx……
nice ceramah.,:))
hehe~ Thanks.. you realy help me by this blog.. Thank you soo much.
cikgu,camne nak buat KKG ni????
tahniah! artikel ini memudahkan pelajar yang ingin mencari bahan untuk membuat tugasan mereka.
t.q cikgu sebab artikal nie akan memudahkan kerja saya lgi
konsep kitar semula ada tak?law ada blog la,,aQue pelukan niey,,law ble la,,aQue tak paksa pown,,heheheheh………
terima kasih ckg khamsuldin saya dapat banyak isi dari artikal ini
terima kasih cikgu .maklumat ini penting buat saya .harap cikgu dapat beri maklumat lagiiiiiiiiii.tenS
10s .2je.
Thnx kerana wujudkan blog tentang amalan kitar semula kerana ia amat membantu pelajar seperti saya…….
to jutawan = betul tu.. saya sendiri mengamalkan kitar semula.. skrg dah simpan 8000 kilogram kertas utk dijual.. nak tunggu harga kertas naik ikg = 40 sen dulu..
Disebalik Sampah yang Busuk dan Menjijikkan, tersembunyi HARTA yang tidak disangka – sangka!
terima kasih……
axu nk kegunaan tentang aluminium, kaca,plastik, dan logam
MASALAH KITAR SEMULA ADA TAK?
terima kasih
Funny = itulah mentaliti masyarakat kita sekarang nie,, suka membuang sampah merata2.. takde sikap bertanggungjawab menjaga alam sekitar..
ada kan dalam post yg terdahulu.. anda boleh rujuk dalam blog smkps..
erm ada kepentingan kitar semula tak??
pls..
knpa korang salu buang smph merata tempat….hahaha..i dont think co koorang xda tong smph…all ada kan….kenapa ska sngt buang smpah tuew….korang tak syg masa hadapan anak korang…asyek pikir diri cwndrie…
plslah boh bwang smph!!! koewang x ingat kayh future koewang,,think before u do it….boh main lantak jak…xoxo…Like a Loser dont knw the way!!!!! mun mowk bwang smph,,tong sampah kan ada…pleaselah,,tolonglah,,OMG!!!!!
jangan putus asa… usaha kena lebih baru boleh berjaya…
thx lots… this info really helps me… seriously tired of this kerja kursus stuff
betul tu.. apa pun “usaha tangga kejayaan”…
cari bahan tu senang tapi bila buat barulah tahu
abg hensem = hidup kitar semula.. jangan kitar orang sudahlah…
Adik hensem:
Saya bersetuju dengan idea dan pandangan adik… Kita semua berperanan, dan adik hensem telah memainkan peranan dengan baik di sekolah mahupun di blog ini.. teruskan usaha adik hensem demi kejayaan anak bangsa, masyarakat dan negara…..
salam irma…
sememangnya kerajaan sgt prihatin dgn usaha kitar semula…
tetapi kita sbg rakyat malaysia kena prihatin dan membantu usaha yg dijalankan oleh kerajaan..
salam…infomasi yang tersusun dan amat berguna untuk semua…jom kita kitar semula….hope2 pihak kerajaan menyediakan bayak tong 3R terutama di luar bandar untuk menanam semangat kitar semula…sya pasti sokong sebab saya tak suka sampah terabur n kdg2 barang 2 leh guna untuk cari duit lagi…TAKKAN KITA SANGGUP BUANG DUIT KAN????
Mat, kalau boleh terangkan cara untuk menyiapkan kertas kerja Geografi PMR 2010 secara ringkas. Ni tajuk kertas kerja geog tahun ni kan? TQ.
Maaf ya boss….
Terima kasih En Khamsuldin… Hari ini saya membaca artikel saudara utk menambah maklumat ttg kitar semula…
Salam Perkenalan…
Pertamanya saya dapat blog ni dari kawan saya.
Setelah saya amati betul2…Blogni mempunyai kekuatannya yang tersendiri…
Terima kasih saya ucapkan utk Cikgu Khamsuldin…
Banyak sekali nukilan yang telah ditulis oleh cikgu…
Sedikit pertanyaan Cikgu:-
Selain kita sama2 mengkitar semula barang buangan untuk dijadikan barangan berguna…
Bolehtak kita kitar semula otak2 pelajar agar tak terjerumus dalam kancah maksiat… Sebab itu sepatutnya diketengahkan oleh kerajaan kita sekarangini
Sy tengok, ckgu Khamsuldin dn ckg Mustaffa kira pasangan ideal… Ckgu tak kurang mantapnya… Artikel ckgu power lah… Kawan-kawan sy pun akui…
Betul ni, cikgu!!!!!!
Kami mmg hrp ckgu terus sumbang bahan…
Jangan hampakan kami, ckgu!!!
Buat x-student
Terima kasih kerana menghargai saya… Terharu dibuatnya..
Apa pun jangan dilupakan nukilan dari En Mustaffa.. Karya dia lagi power dan mantap.. Saya sendiri terkesima dengan dia… Ada saja idea dan bahan yang ingin dikongsi bersama. Patut awak kena kenali dia dengan lebih rapat lagi… Banyak ilmu yg awak akan perolehi nanti… Saya sendiri pun banyak berguru dengan dia.. Dia sendiri pun dah macam abg saya..
Apa pun… yang kami buat ni adalah untuk berkongsi maklumat dan informasi bersama pelawat di luar sana.. sudi2kanlah memberi komen yang membina atau mengutuk.
Kami sedia menerimanya….
TQ x-student…
Artikel ckg khamsuldin ni bagus dan jelas isinya…
Berguna untuk sy dan kawan-kawan saya…
Harap ckg khamsuldin akan terus menyumbangkan bahan.
Saya peminat setia ckg…. HIDUP CKG KHAMSULDIN!!!!!!!!!!!!