oleh : Mustaffa Siraj
![3232871787_b569640e0b[1] BUDAYA MEMBACA... Perlu disemai sejak kecil](http://smkpenghulusaad.files.wordpress.com/2009/07/3232871787_b569640e0b1.jpg?w=640)
BUDAYA MEMBACA... Perlu disemai sejak kecil
Budaya dan amalan membaca boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat. Peranan pelbagai pihak diperlukan dalam usaha ke arah itu, memandangkan budaya membaca belum dihayati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Maka dicadangkan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan amalan membaca:
* Peranan ibu bapa - membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. Ibu bapa perlu wujudkan ruang pembacaan untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke kedai buku dan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan. Mereka juga perlu memberi contoh dan teladan, iaitu mereka sendiri perlu mempunyai budaya membaca. Sekurang-kurangnya ada akhbar harian, atau majalah seperti Dewan Siswa atau Dewan Pelajar supaya anak-anak dapat membaca. Sediakan sedikit peruntukan untuk membeli bahan bacaan setiap bulan.
* Peranan sekolah - Sekolah perlu adakan kempen membaca. program NILAM perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan dan guru-guru kena pastikan pelajar menjayakannya. Panatia dan guru mata pelajaran perlu galakkan pelajar membaca. Pusat Sumber perlu bergerak lebih ke depan dalam menarik pelajar ke perpustakaan. Di SMKPS, Guru Media dan Perpustakaan, Encik Abdul Rahman Hamid, berusaha gigih ke arah itu. Selain itu, pameran buku boleh diadakan di sekolah. Pembelian bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam Darjah perlu diperluas. Petikan rencana yang berinformasi perlu diletakkan di papan kenyataan sekolah supaya pelajar boleh membaca.
* Peranan kerajaan – Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk membeli bahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah . Kerajaan perlu mengadakan kempen membaca, sama ada di tempat awam atau menggunakan media kerajaan seperti radio dan televisyen. Pelepasan cukai untuk pembelian buku perlu ditambah. Setiap pejabat kerajaan dan agensinya perlu ada sudut bacaan.
* Peranan pihak swasta – Mereka perlu menyokong kempen membaca pihak kerajaan. Pekerja mereka perlu digalakkan membaca. Mereka perlu memberi sumbangan untuk program/kempen membaca anjuran pelbagai pihak. Sudut bacaan juga perlu diwujudkan oleh pihak swasta, misalnya di klinik, hospital, restoran dan kompleks membeli-belah. Harga bahan bacaan yang mereka terbitkan perlu diturunkan. Adakan promosi dan kempen membaca.
* Peranan pelajar. Pelajar perlu menghayati matlamat kempen membaca yang diadakan.Mereka perlu ada kesedaran dalaman untuk membaca dan bukan kerana tujuan peperiksaan semata-mata. Jangan lupakan buku apabila peperiksaan berakhir atau apabila meninggalkan bangku sekolah.
* Peranan penulis buku dan majalah- Mereka perlu menghasilkan bahan bacaan yang menarik dan dalam masa yang sama terapkan budaya membaca dalam karya mereka. Mereka perlu mempelbagaikan isi kandungan karya mereka untuk menarik hati pembaca. Wujudkan jaringan/link dengan pembaca agar pembaca kekal membaca pada masa depan. Sertai program galakan membaca di sekolah, anjuran kerajaan dan swasta.
Kejayaan usaha memupuk budaya membaca bergantung kepada kerjasama semua pihak. Pembabaitan semua pihak itu dapat menjadi pemangkin budaya membaca dalam masyarakat dan negara.
-SMKPS
Like this:
Like Loading...
About SMK PENGHULU SAAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat
Kampung Parit Raja Ahmad,
83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Kod Sekolah : JEA 0022
Lokasi Sekolah
SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman.
Sejarah Sekolah
Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini.
Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja
Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m².
Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan.
Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya.
04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika
itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman.
SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada :
Jumlah pelajar = 220 orang
Jumlah guru = 13 orang
Jumlah kakitangan = 3 orang
Jumlah kelas = 7 buah
Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah
Rendah berhampiran iaitu :
Sek. Keb. Seri Chantek
Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai
Sek. Keb. Parit Sulong
Sek. Keb. Seri Maimon
Sek. Keb. Seri Laksana
SJK. (C) Parit Sulong
SJK. (C) Kangkar Senangar
15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada
SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983.
26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan)
pada 26 Oktober 1995.
Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM.
Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu
yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya
Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932.
Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat.
SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
thanks for ur information..i like this link…
sya ske dgn fakta yg d’buat krna mmenuhi kehndak soalan. . .i like ur informtion. .thanx
thanx !, this information really helps me out
baguslah fakta ni
absolutely good information
fakta yang jelas dan betul
terima kasih.
saya suke apa yang disarankan 2.
bagos2 info ni
☺☺
bgos sye ske nan info nie…
Info yang bagus….trim’s