LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Oleh : Haji Norman Haji Ibrahim

5 JULAI ( SMKPS ) -Assalamualaikum dan salam sejahtera Yang berusaha Pn. Hjh. Salbiah bt. Maskan ( Pengetua SMKPS ) ,Yang dihormati En. Abd. Razak A. Rahman ( GPK 1 ) , Hj Zainal Abidin b. Musni ( GPK HEM ) , En. Mustafa b. Siraj (GPK KOKO ) , Guru-Guru Kaunselor , Guru Media, Guru bertugas mingguan, rakan-rakan guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi dan di Rahmati Allah selalu hendaknya.

Di pagi yang indah ini , marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi keizinan dan diberi peluang oleh Nya untuk menghuni alam miliknya jua. Alhamdulilah Wa Syukurlilah .Berikut adalah coretan laporan mingguan pada minggu lepas . Sebelum itu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru bertugas pada minggu lalu kerana memberi laluan kepada saya untuk membaca coretan laporan ini .

Pada minggu lepas , persekolahan bermula pada hari Selasa 30 Jun 2009 . Pada Hari Isnin tiada sesi persekolahan kerana Cuti Hari Hol Almarhum Sultan Johor .
Secara keseluruhan , persekolahan berjalan sebagaimana yang dirancang . Iklim persekolahan masih seperti yang kita alami seperti sekarang . Namun ia masih disulami dengan pelbagai karenah pelajar-pelajar sama ada lelaki mahupun perempuan . Kedua-duanya merupakan penyumbang terbesar permasalahan yang perlu guru-guru tangani . Permasalahan yang muncul seolah-olah tiada penghujungnya

Guru bertugas minggu lepas

Guru bertugas minggu lepas

Masalah silih berganti. Kes datang lewat yang melebih 30 pelajar pada hari Rabu . Pelajar beramai-ramai bersekongkol menyusun bait-bait kata yang indah untuk mengaburi guru disiplin dan guru bertugas mingguan . Pelbagai alasan yang munasabah cuba direka untuk memohon simpati dari Cikgu Ramlan . Namun Cikgu Ramlan sudah jelak dan masak dengan tipu helah pelajar yang cuba menutup kelemahan diri dan kesalahan yang dilakukan .Kes ini berjaya dirawat dengan penganugerahan roti panjang dipinggul dan tapak tangan oleh guru disiplin dan guru bertugas mingguan .

Namun Hari Khamis muncul pula vandalisma di pentas dewan dengan perbuatan menterbalikkan rostrum dan kerusi . Jembalang dari mana yang merasuk pelajar kita, kita pun kita tak tau. Ada jua segelintir pelajar yang melakukan ‘ escapesem ‘ atau pelarian . Mereka sanggup membatukan diri dalam tandas selama 40 minit semata-mata tidak mahu turut serta dalam program EW20 atau tidak memakai pakaian seragam pada hari Rabu. Aroma yang sungguh menyegarkan agaknya dalam tandas tu.

Di mana letaknya ke warasan pelajar yang ini ni , sehingga sanggup menghirup udara nyaman dalam tandas . Cikgu Raja and the geng merancang EW20 sebegitu rupa untuk member imput terbaik kepada pelajar-pelajar . Tetapi ada juga pelajar tak ambil kisah atau dalam bahasa slanga ‘ tak ambil pot ‘ usaha yang guru-guru panitia bahasa Inggeris buat. Hanya titipan doa dipohon , moga guru-guru panitia Bahasa Inggeris mempunyai semangat waja untuk meneruskan program ini. Harapan pada rakan-rakan guru untuk member I sokongan moral kepada rakan -rakan panitia Bahasa Inggeris. Kumunculan rakan-rakan guru dalam aktiviti EW20 sudah memadai sebagai tanda sokongan kita.

Pada hari Sabtu 4 Julai 2009 – telah berlangsung Program Motivasi Pelajar Tingkatan 5 SMKPS anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program yang disusun sebegitu rupa , merupakan satu usaha meningkatkan potensi pelajar agar memanfaatkan peluang\, membangkitkan semangat dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai pelajar.Sebanyak 148 pelajar Tingkatan 5 turut serta dan Program Motivasi ditutup rasmi oleh Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah bt Maskan. Beliau mengingatkan pelajar supaya sedar dari lamunan kerana medan perjuangan semakin hampir . Persediaan SPM yang rapi penting agar tidak kecundang dan meratapi kegagalan yang dicipta .

Buat pengawas-pengawas beruniform biru , anda sepatutnya menjadi ikon yang terbaik buat rakan-rakan anda . Tunjukkan tingak laku dan contoh yang terbaik dalam apa jua perlakuan .Ada juga pengawas yang datang lewat dan tidak melaksanakan tugasan yang diamanahkan . Janganlah menjadi seperti kata bidalan‘ Harapkan pagar , pagar makan padai , harapkan sokong , sokong membawa rebah ‘ . Sebagai pembantu penguatkuasa peraturan di sekolah , penyelewengan dalam tugas yang diamanahkan mampu menggugat kredibiliti sesaorang pengawas . Cikgu tahu bukan semua pengawas berbuat sedemikian . Betulah kata perumpamaan Melayu , sebab nila setitik habis susu sebelanga . Sebab seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalit .

Rasanya cukup coretan laporan cikgu pada kali ini , jika elok itulah anugerah dari Allah swt berikan, jika disebaliknya itulah kelemahan yang ada pada cikgu yang cuba diperbaiki setiap masa . Terimalah 2 rangkap pantun sebagai ole-ole dari cikgu di pagi perhimpunan ini

Bintang tujuh sinar berseri ,
Bulan purnama datang menerpa ,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat jangan dilupa .

Buah langsat kuning mencelah ,
Keduduk tidak berbunga lagi ,
Sudah dapat gading bertuah ,
Tanduk tidak berguna lagi .

Wassalam.

-SMKPS-

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

  1. DAN 722 says:

    Akum.
    Handsome nya jejaka ni.boleh kenalan ker?
    Cayalah Ji….Hidup Hj Norman..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s