KEISTIMEWAAN NEGERI JOHOR

Oleh  : Mustaffa  Siraj

Tanjung Piai , lokasi paling selatan di benua Asia, terletak di negeri Johor. Tempat ini  dalam daerah Pontian. Ada tugu peringatan.  Kena lawat tempat ini. Kalau ambil gambar, bagi saya sekeping ya..

*   Menteri Pelajaran dan dua Timbalan Menteri Pelajaran adalah orang Johor. Mereka ialah Tan Sri Muhyidin(Pagoh), YB Dr.  Wee Ka Siong (Air Hitam) dan Dr Puad Zarkashi (Batu Pahat). Makin mantaplah bidang pendidikan di negeri Johor.

*   Beriani Johor memang telah dikenali umum. Banyak restoran beriani Johor  muncul di LemNASI BERIANI: Menjadi kebanggaan Batu Pahat, Lazat dan menyelerakanbah Klang dan bandar lain. Kalau di BP, Beriani Md Shah, Beriani Power dan  Super cukup dikenali. Ada warga Singapura atau KL yang sanggup datang ke Batu Pahat semata-mata nak makan beriani berkenaan. Jom pekena satu! Lihat gambar.

                                       BERIANI  JOHOR… Menyelerakan!

 

*   Pekan Air Hitam dikenali sebagai pekan barangan seramik dan tembikar terkemuka dengan harga yang berpatutan. Macam-macam ada di situ. Bunga telur, pasu dan perhiasan rumah yang lain. Yang nak beli cenderamata perkahwinan (ehem ehem) atau nak bertunang ramai  berpusu-pusu ke sana.

                                                                                                                   

*   Mi bandung Muar amat dikenali umum. Perencah mi berkenaan semakin laris di luar negeri Johor.  Senang dimasak, apatah lagi dimakan… Tapi mi bandung Batu Pahat pun sedap juga…

*    Parti UMNO ditubuhkan di negeri Johor, iaitu di Istana Johor. Yang Dipertuanya yang  pertama ialah Allahyarham Dato Onn Jaafar. Sehingga sekarang, Johor dianggap tonggak kekuatan UMNO Malaysia

*    Peristiwa Bukit Kepong.  Tindakan ganas gerombolan Komunis yang mengepung  Balai Polis Bukit Kepong dan membunuh insan-insan yang tidak berdosa, telah menjadi sejarah. Kisah ini telah difilemkan oleh Tan Sri Jin Shamsudin dan menjadi simbol penentangan terhadap pihak Komunis, Bintang Tiga dan konco-konconya  di Tanah Melayu.

*Sekolah Agama Johor. Sistem pendidikan agama Johor memang diketahui ramai. Pengurusan dan pelaksanaannya begitu sistematik. Tidak banyak negeri ada sistem sedemikian. Kebannyakannya ada bangunan sendiri. Pendidikan asas agama  disediakan. (Teringat zaman saya sekolah  agama di Bagan)

* Hari Raya Aidil Fitri dirayakan sebulan. Di  negeri lain, dua tiga hari sahaja, tetapi di Johor penuh dengan sambutan seperti rumah terbuka dan Marhaban sehingga akhir bulan. Meriah beb! Tapi awas… Jangan jadikan Aidil Fitri pesta makan…

MAULIDUR RASUL

*Sambutan Maulidurasul . Ia disambut meriah dengan ceramah dan jamuan  sepanjang bulan Rabiul Awal, Rabiu Akhir, Jamadil Awal dan Jamadil Akhir. Setiap surau dan masjid membuat sambutan. Memang sambutan yang dinantikan.

 *    Tarian Zapin. Tarian trademark negeri Johor. Tariannya menarik dan semakin popular hingga ke luar negara. Bukan hanya terkenal dalam kalangan orang Melayu, malah terdapat sekolah rendah Cina yang ada kumpulan tarian Zapin. Cuba tonton Zapin Pekajang dengan lagu Yaladan nyanyian Dato Sharifah Aini .. Mantap beb!

*      Bandar Tangkak. Di sini ada begitu banyak kedai kain ela. Dianggap pusat jualan kain terkenal, kalah Nilai 3!.  Nak Raya ni, jangan lupa beli di sini… Anda pasti terpesona! Biar sedondon, abang kakak!

Itulah secebis kisah keunikan negeri Johor. Tapi  saya bukan nak bangga-banggakan. Sekadar membentangkan fakta sahaja dan mempromosi negeri Johor. Kan Johor negeriku… Relaks la!

-SMKPS

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

17 Responses to KEISTIMEWAAN NEGERI JOHOR

  1. When I initially commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is added I get several emails with the same comment.

    Is there any way you can remove me from that service? Many thanks!

  2. Having read this I thought it was really informative.
    I appreciate you spending some time and energy to put
    this information together. I once again find myself spending a lot of time both
    reading and leaving comments. But so what, it was
    still worth it!

  3. miera abdul razak says:

    thanz sbb beri maklumat

  4. Salam Ramadhan Al-Mubarak

  5. peluang tambah pendapatan dengan mempromosikan produk keluaran org islam.Daftar keahlian FREE dan dapat beli pada harga diskaun.

  6. walking blogger…
    Nice blog…

  7. SMKPS says:

    up salina
    Tkasih atas pinjaman buku
    amat berguna menambah ilmu
    sewaan dimansuh rasa terharu
    budi baik dikenang selalu
    ewah!!

  8. SMKPS says:

    Aikkk! Diskaun satu sen jer ke.. Cket sangat tu… Tak dapek la harga kawan2 kalau macam ni…
    Pakai kredit kad boleh ke? Atau ansuran 5 kali bayar..
    Kan harga boleh runding..
    ohhh, nakal ya dulu.. Patutlah anak sdra sume nakal kat sini…
    kihkihkih

  9. salinasaid says:

    ramai la….adik spupu blambak kat smkps tu…xpyh wat baik, diorang tu pon nakal bebenor…(mcm sy gak dlu time sek)…rotan jer….
    if jual, xla letak rege smpi rm 500…jual 499.99 sudehhhhhhhh!hihhi…

  10. SMKPS says:

    Tak pa la sy sewa… Rm20 tu kira murah…. Masa sy duduk kat Paris dulu 12 Franc atau RM70 sehari sewanya…. Tu yang sy balik Malaysia nih…!Kihkihkih.. Agaknya kalau sy beli buku tu , Salina letak harga RM500 kot.. Wauuu!!! Business betol ni…xada diskaun ke..
    Ilmu lebih berharga drpd harga sewa buku kan… Ilmu penerang hidup, duit boleh cari.. dalam bank ada juta2 (duit orang) kihkihkih

    Ada cousin study kat smkps? sape tu… Kena le buat baik dgn dia…kihkihkih

  11. salinasaid says:

    nk pnjm buku tu ley je…insyallh, bile2 if free, sy pass buku tu kat guard smkps @ cousin sy yg study kat sane…..tp sehari rm20 la sewenye…bisness la katekan…..xpe, if kwn2 sy bg rege kurang ckitla….rm19.99

  12. En Mus says:

    Dari segi sejarah, memang bnyk lagi keunikan dan keistimewaan neg johor nih….kalau salina ada buku2 sej johor, bagilah saya pinjam… Kalau tak pun, bagi saya sewa… kihkihkih
    bukan apa, sy ajar sejarah, jadi perkara berunsur sejarah dekat di hati saya…
    Nak mengkaji, dah tua la… baca pun dah tak berapa nampak…kihkihkih

  13. salinasaid says:

    mmg banyak keunikan negeri jhor ni…sbg cntoh, Jambatan Pt. Sulong tupon byk citenye…misteri lg bsejarah….penah sy bace 1 buku btajok “Sejarah Negeri Johor”, katenye dulu ade 1 buaya putih besar kat sg tu, ipenggal kepala sbagai korban tok bina jambatan tu n beberapa lg kisahnya. dlm buku tugak, byk kisah daerah2 negeri johor..
    Kisah Kiyai @ penghulu Salleh dgn ilmu2 batin n mistiknya (Pt. Maimon) pn xkurang hebatnya….menarik cite2 sejarah ni…bagus buku ni…kat umah sy de sekeping…sila cari n bace buku ni….
    Kg. Pt. Lapis Maimon pn byk keistimewaannya tau…jes org jer byk xtau…..jengjengjeng…

  14. SMKPS says:

    Apb saya tulis artikel itu, sy x berniat utk mengagung2kan Johor… Sy cuma menukilkan bbrp pkara yg pada penilaian sy, keistimewaan Johor..
    Dan bukan nak merendah2kan negeri lain… Malah sy akan cuba buat artikel tentang keistimewaan negeri lain bdasarkan pengetahuan dan pengalaman sy..

    Yg jadikan Johor lebih menarik ialah budaya orang Jawa yang meresap dalam masyarakat…
    Harap Dan722 dapat terima apa2 di Johor ni…
    yang baik jadi teladan
    yang buruk jadi sempadan..
    Tak gitu Dan 722?

  15. DAN 722 says:

    Akum…

    Memang saya tak nafikan yang Negeri Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri yang begitu mempesonakan, sesiapa sahaja yang datang berkunjung kesini.

    Pertama kali saya menjejakkan kaki kat Daerah Batu pahat ni, hati saya begitu teruja melihat suasana yang begitu harmoni,lebih-lebih lagi di Pekan Parit Sulong… Banyak saya mendengar dari orang yang mengatakan yang Johor ni ada kelainannya yang tersendiri . Tak sama sebagaimana di negeri sebelah Pantai Timur.

    Tiga hari lepas saya pulang ke Terengganu dengan menaiki bas…Dalam perjalanan saya bersembang dengan seorang lelaki yang saya membahasakan dirinya Abang Ali…Dia berasal dari Kelantan..Sudah 28 tahun dia menetap di Senggarang…Malah dia dah beli rumah dan menetap terus disini. Dia cakap, dulu dia ke Batu Pahat untuk mencari rezeki, setelah 10 tahun tinggal disana,hatinya dah berpaut dengan keadaan suasana masyarakat yang begitu prihatin dengan masalah sekitar, lalu dia berkahwin dengan orang Senggarang dan dikurniakan 5 cahayamata. Loghat Kelantannya pun dah hilang. Malah dapat cakap dalam bahasa Jawa lagi.

    Sudah 5 bulan saya tinggal disini apa yang saya lihat dan perhatikan…. Tak Kenal, maka tak Cinta…tak gitu Cikgu Mus

  16. En Mus says:

    Tkasih atas komen.. Ya, saya akui bnyk lg keistimewaan neg. johor yang tak sy senaraikan… Banyak!! Tak cukup ruang nanti…

    Apapun, kita seronok dgn keistimewaan itu,,,
    Beriani satu!!!

  17. Joyah says:

    Johor ada taman negara endau rompin, pulau2 indah spt sibu, rawa dan pemanggil, Gunung lagenda, Ledang, dan banyak lagi… semuanya adaaa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s