SAJAK `BUDI BAHASA BUDAYA KITA’

SITI NURHALIZA... Penyanyi lagu `Budi Bahasa Budaya Kita'
 SITI NURHALIZA.. Penyanyi lagu Budi bahasa budaya kita

Sajak dan Foto oleh  : Mustaffa Siraj

 

Sejak zaman bahari

kita mewarisi  asuhan murni dan sisipan mulia

ayah ibu mencambah benih suci pusaka moyang

menatang kita seluruh swadaya

adab susila jadi penghayatan

kisah teladan dijelma dan dijaja

biar semarak asuhan dan didikan

biar subur kasih dan sayang

hormat menghormati jadi landasan kehidupan.

 

Kini badai globalisasi kian merungkai peradaban

budaya timur kian gersang dimamah serakah

budaya kuning menjalar segenap ruang

mengasak setiap penjuru merungkai  hala dan tuju

adakah luntur budi yang terpahat

adakah hanyut bahtera ketertiban

Belum terlambat memperkasa semula

bina semula gapura keinsanan

bangunkan kita daripada mimpi  dan lena

agar budi bahasa lestari meniti zaman

Kita masih ada masa…

-SMKPS-

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

10 Responses to SAJAK `BUDI BAHASA BUDAYA KITA’

  1. amy_MIEY says:

    sajak yg singkat tapi mantap…….

  2. Syed Agil says:

    ni klau ckgu tgk pon,msti dh kagum…

  3. amirul helmi says:

    haha terbaik walaupun aku tidak mengenali kau tapi semoga berjaya

  4. SETIAP RANGKAP PENUH DENGAN MAKNA YANG INDAH

  5. SMKPS says:

    Boleh, Isabel.. Apa2 yang kami keluarkan dalam blog sekolah kami, boleh digunakan. Juga isu pemanasan global. Isabel masih bersekolah ke? Di mana

    Mustaffa Siraj (Pengendali blog smkps)

  6. isabel says:

    menarik sajak tu..saya nak pinjam jadikan rujukan untuk saya buat sajak@puisi nanti…bolehkan??

  7. SMKPS says:

    Up Lalala:
    Sajak budi bahasa budaya kita boleh dicipta dari pelbagai sudut, antaranya:
    – Penerangan tentang budi bahasa
    – Situasi sekarang
    – Sebab kurang budi bahasa
    – Langkah mengatasi
    – Kebaikan budi bahasa
    – Harapan/ masa depan.
    Sajak saya menggambarkan situasi sekarang dan harapan..

  8. lalala says:

    mcm bukan sajak budi bahasa budaya kita jer

  9. SMKPS says:

    Pendapat diterima. Actually sy cari image di yahoo, tak da yang menawan hati saya.. Saya ni cerewet!!
    Sy fikir punya fikir, bnyk dak muda dan remaja yang masuk blog ni, tu yg keluar foto siti…

    Tu la saya x ada pembantu, sume sy buat sendiri, kesian saya!!! kihkihkih

  10. salinasaid says:

    x pyh kot letak pic Siti tu….mcm blog artis n gosip lak jadinya…better letak la pic orang lain yg mggmbarkan org muda respect org tua…lg bes….bknla anti tp sekadar opinion..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s