CERAMAH LESTARI – KITAR SEMULA 2011

Warga Blog SMKPS

Batu Pahat, 4 November  – Program Sekolah Lestari telah diteruskan dengan Ceramah Alam Sekitar yang telah disampaikan oleh Raja Abdul Rahman Bin Raja Basok, Pegawai Eksekutif South Waste Management (SWM) Batu Pahat.

Raja Abdul ZRahman b. Raja Basok bersemangat menyampaikan ceramahnya.

Ceramah tersebut disampaikan di surau SMK Penghulu Saat yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Menurut Raja Abdul Rahman masyarakat Malaysia terutamanya di Johor kurang kesedaran dalam mengamalkan kitar semula. Oleh itu,amalan kitar semula ini perlu diterapkan sejak dibangku sekolah lagi supaya pelajar dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah kitar semula

Beliau juga mahu agar pihak sekolah menjalankan program  kitar semula seperti pertandingan mengumpul paling banyak bahan kitar semula, menulis esei kitar semula, keceriaan kelas, kuiz, stesen alam sekitar  dan lain-lain. Dalam ceramahnya juga, beliau menyatakan rakyat Johor mencatatkan pembuangan purata 2,400 tan metrik sampah sehari. Oleh itu, dalam tempoh 3 hari sahaja tambah Johor boleh dipenuhi dengan sampah. Justeru, kesedaran sivik perlu ada dalam setiap diri individu untuk mengamalkan kitar semula supaya tidak terlalu banyak sampah yang dibuang.

Siapa lagi kalau bukan kita yang harus menyelamatkan bumi ini daripada mengalami pencemaran. Tiada tempat lain yang lebih selamat lagi untuk dihuni selain daripada bumi yang kita cintai ini. Ceramah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari.

En. Razak B. Othman menyampaikan cenderahati kepada Raja Abdul Rahman B. Raja Basok

Sebagai tanda kenangan, En. Razak Bin Othman selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran sudi menyampaikan cenderahati kepada penceramah. Semoga apa yang disampaikan oleh Tuan penceramah itu dapat dimanfaat dan memberi faedah kepada seluruh warga SMK Penghulu Saat.

- SMKPS

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s