
PLATUN PANDU PUTERI SEDANG BERKAWAD SEMASA PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULAN JANUARI
Oleh: Mustaffa Siraj
BATU PAHAT, 24 JANUARI – Aktiviti kokurikulum berjalan lancar di SMKPS selepas sesi persekolahan dibuka pada 4 Januari lalu. Setakat ini, pendaftaran dan mesyuarat rumah sukan, persatuan akademik, kelab permainan dan badan beruniform telah disempurnakan.
Terdapat 6 rumah sukan, iaitu rumah Handal, Kuat, Bestari, Jingga, Ungu dan Mantap. Selain itu, terdapa 24 persatuan akademik, 11 kelab permainan dan 8 unit beruniform. Latihan rumah sukan diadakan dari Isnin hingga khamis dan setiap hari, 3 rumah sukan akan menjalankan latihan masing-masing di bawah kendalian guru penasihat. Pada awal Februari, akan dijalankan sukantara dan sukan kecil. Kesemua aktiviti ini diharapkan dapat mencungkil atlet mantap bagi mewakili sekolah ke kejohanan padang dan balapan peringkat dearah, yang dijadualkan bermula pada 20 Mac nanti.

CIKGU FAZLIN SEDANG MENGENDALIKAN MESYUARAT KELAB BADMINTON DI SURAU
Selain itu, aktiviti peringkat daerah akan dimulakan dengan permainan badminton dan kejohanan merentas desa pada 1 Februari ini. Atlet sekolah sedang giat berlatih bagi menghadapi pertandingan kelak. Untuk badminton , dilatih oleh Cikgu Khamsuldin dan Puan Fazlin, manakala Puan Nora Asyikin dan Cikgu Aspalila melatih untuk merentas desa.
Juga telah dilangsungkan ialah perhimpunan Kokurikulum bulan Januari, iaitu pada 16 Januari lalu. Platun Pandu Puteri telah membuat persembahan kawad. Terima kasih kepada Puan Junaida Md Subahi yang bekerja keras menyediakan platun kawad.
Semoga aktiviti kokurikulum terus semarak di SMKPS ini!
- SMKPS
Advertisement
Like this:
Be the first to like this post.
About SMKPS
Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat
Kampung Parit Raja Ahmad,
83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Kod Sekolah : JEA 0022
Lokasi Sekolah
SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman.
Sejarah Sekolah
Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini.
Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja
Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m².
Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan.
Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya.
04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika
itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman.
SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada :
Jumlah pelajar = 220 orang
Jumlah guru = 13 orang
Jumlah kakitangan = 3 orang
Jumlah kelas = 7 buah
Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah
Rendah berhampiran iaitu :
Sek. Keb. Seri Chantek
Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai
Sek. Keb. Parit Sulong
Sek. Keb. Seri Maimon
Sek. Keb. Seri Laksana
SJK. (C) Parit Sulong
SJK. (C) Kangkar Senangar
15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada
SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983.
26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan)
pada 26 Oktober 1995.
Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM.
Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu
yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya
Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932.
Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat.
SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
wah,,spe la plpis badmintn pas ni??bl tarikh prtndgn badmintn???lwn dkt kg bntg lg ke,,rnduny da lme xpegang reket,,huhuhu