PANTUN SEMPENA HARI GURU

SEBAHAGIAN DARIPADA GURU SMK PENGHULU SAAT

oleh: Mohd Khamsuldin Abd Wahab
SMK Penghulu Saat, 20 Mei – Hari Guru telah berlalu pergi namun kemeriahannya tetap terasa hingga. Di sini saya nukilkan pantun khas buat guru-guru di seluruh dunia.

Pergi pagi balik petang
Pegi petang balik malam
Kerja guru tak pernah kurang
Sampai mata dah naik lebam…

Hidup ini sangat susah
Bila kerja sentiasa di arah
Pelajar melawan guru dibelasah
Pelajar gagal guru di marah….

Pelajarnya melayu, india dan cina
Setiap hari mesti di selia
Biar dicaci biar dihina
Tugas guru tetap mulia…

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia
Dari kecil diasuh guru
Agar dewasa menjadi manusia…

Hendak berburu ke luar kota
Seluas alam bumi terentang
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tanpa bintang….

Jalan ke barat berpilin-pilin
Cuaca redup menawar duka
Guru ibarat cahaya lilin
Menyuluh hidup tiap ketika…

Meski Utarid kabur pandangnya
Hanya percaya kuasa Tuhan
Kasih murid akan gurunya
Gapai jaya di hari depan….

Putik baru mekar di laman
Kembang kudup kumbang terpikat
Hargai guru sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat.

HIDUP CIKGU..

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

10 Responses to PANTUN SEMPENA HARI GURU

  1. gago ku says:

    pantun ini mmg best

  2. Nor Aleyah says:

    Smk penghulu saat bagus

  3. Qaisara says:

    Pantun yang berkualiti…saya mohon diberi kebenaran untuk menggunakan pantun ini bagi sambutan hari guru peringkat sekolah saya yang akan datang.

  4. aiman yazid says:

    anak raja pergi memburu,
    selamat hari guru.

    anak itik makan kangkung ,
    assalamualaikum,

    jumpa awex waktu malam,
    waalaikumussalam.

  5. Hj. Mohd. Isa Hj. Abd.Rahman says:

    Menarik, bagus bahasanya. selamat hari guru

  6. Tahniah….saya mohon ciplak idea utk hari guru kami…tq n halalkan ilmu

  7. rashvin says:

    bagus sangat

  8. Husna says:

    Pantun yang menarik..tahniah saya ucapkan

  9. SMKPS says:

    Bagus sekali pantun saudara.. tahniah daripada saya!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s