TOKOH SEJARAH: SALAHUDIN AL AYUBI

IMAGINASI PELUKIS WAJAH SALAHUDIN AL AYUBI


Oleh: Mustaffa Siraj

Salah seorang tokoh sejarah Islam yang terkenal ialah Salahudin Al Ayubi, yang memerintah kerajaan Dinasti Ayyubiah sekitar abad ke 12 Masehi. Zaman beliau dikenali dengan zaman Perang Salib, iaitu peperangan antara tentera Islam dan Kristian kerana berebut kota suci Baitul Maqdis.

Kota Baitul Maqdis sebenarnya telah ditawan oleh Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab pada abad ke 7 Masehi, tetapi ditawan balik oleh orang Kristian pada awal abad ke 11. Sejarawan terkenal masa itu, Lane Poole melaporkan bahawa ketika Kristian menawan kota itu dari tangan Islam, mereka membunuh ribuan jiwa, termasuk orang tua dan kanak-kanak. Kota itu mereka tawan selama 80 tahun.

Maka apabila Salahudin mengambil alih pemerintahan kerajaan Fatimiah di Mesir pada pertengahan abad ke 12 Masehi, beliau berusaha mengumpul kekuatan tentera Islam. Sukarelawan Islam diterapkan dengan semangat jihad bagi merampas balik kota berkenaan.

Peribadi Sultan Salahudin wajar kita sentuh. Beliau sangat rajin beribadah. Alim ulama’ gemar beliau dekati untuk menambah ilmu agama di dada. Malamnya berisi dengan ibadah kepada Allah. Berzikir dan bertahajud menjadi santapan rohani beliau.Beliau juga sering berpuasa.

Setelah menawan beberapa bandar sekitar Baitul Maqdis seperti Karak, beliau mara dan menyerang kota itu. Dalam peperangan Hittin, tentera Islam pimpinan beliau berjaya mengalahkan tentera Kristian di bawah Panglima Birnis. Kemudian beliau mengepung kota Baitul Maqdis. Akhirnya Raja Raymond dan tentera Kristian menyerah kalah.

Anehnya, Salahudin menerima penyerahan Kristian dengan penuh timbang rasa. Tidak ada pembunuhan beramai-ramai. Tidak ada rampasan harta. Mereka dibenarkan keluar Baitul Maqdis dalam tempoh tiga hari. Beliau tidak membalas dendam atas keganasan musuh 80 tahun sebelum itu. Penyerahan berjalan lancar.

Tetapi kemudian, pihak kristian cuba menawan balik Baitul Maqdis. Berlaku lagi pertempuran , Ketika pertempuran, pemimpin tentera Kristian, King Richard The Lion Heart jatuh sakit. Sekali lagi Sultan Salahudin menunjukkan kemurnian hati dengan menghantar seorang tabib, ubat dan buah-buahan kepada King Richard. Akhirnya King Richard pulih. Maka beliau memutuskan untuk berdamai dengan Sultan Salahudin.

Dalam tempoh peperangan Islam dan Kristian pada zaman Sultan Salahudin, beberapa keajaiban berlaku, dan semuanya kuasa Allah. Pertama, tentera Kristian sangat jauh lebih ramai dan lengkap, tetapi kalah juga. Kedua, kapal-kapal yang membawa tentera Kristian yang datang dari Eropah telah karam di Laut Mediterranean. Ketiga, ada tentera Kristian mendakwa melihat tentera Islam begitu ramai dan luar biasa keadaannya, hingga ada di antara mereka yang melarikan diri dan tidak sanggup berhadapan. Subhanallah…

Maka sejak 1187 Masehi, Baitul Maqdis kekal di tangan orang Islam. Walaupun kisah di atas telah berlaku hampir 1,000 tahun, kehebatan dan kejayaan Sultan Salahudin masih diingati dan ada yang wajar diteladani. Betapa beliau kuat beribadah. Betapa beliau amat bertimbang rasa. Betapa beliau tangkas dan berani di medan perang. Betapa Allah menolong hamba-Nya yang bertakwa.

Alfatihah untuk Salahudin al Ayubi, Putera Kurdish yang dikagumi.

-SMKPS

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s