WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA TINGKATAN 2013

Oleh : Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab

Image

Barisan tetamu yang hadir dalam majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan Tahun 2013

SMK Penghulu Saat ,4 Februari – Program Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan Sesi 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan cuaca yang hujan sejak awal pagi tidak mencacatkan perjalanan majlis kerana acara perasmian telah dilakukan di dalam Dewan Terbuka SMK Penghulu Saat.

Image

Gimik Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Zulkurnain B. Kamisan (Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor)

Program pada kali ini sangat istimewa kerana telah menggabungkan  tiga program sekali gus bagi menjimatkan masa dan kos selain menunjukkan kreativiti dan inovasi guru-guru SMK Penghulu Saat dalam  merancana sesuatu program. Ini juga selaras dengan dasar sekolah yang menekankan polisi MMI iaitu Melindungi Masa Instruksional.

Image

Barisan Pengawas Sekolah SMK Penghulu Saat

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Zulkurnain B. Kamisan selaku Ketua Pemuda Umno Negeri Johor. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah terpilih menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan untuk tahun 2013 ini. Beliau mengharapkan agar para pelajar  dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan dedikasi. Beliau mahukan agar pelajar ini menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar yang lain. Selain itu, beliau menekankan tentang aspek keselamatan iaitu memakai topi keledar  kepada pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah.

Image

Barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengetua SMK Penghulu Saat iaitu En. Mohsin B. Ibrahim berkata, beliau mengharapkan agar pelajar yang dilantik ini adalah di kalangan mereka yang berkualiti dari segi akademik, sahsiah serta cemerlang keagamaannya supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan berkesan.

Image

Ketua Pengawas Sekolah Mohammad Afiq B. Rosli menerima watikah pelantikan

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu, Tn. Hj. Zainal Abidin B. Musni bersyukur walaupun hari hujan lebat, majlis tetap dapat diteruskan dengan jayanya. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat terutamanya kepada Penyelaras Program iaitu Pn. Siti Noraini Bt. Abd Rahman (Pengawas Sekolah), Pn. Suhaeila Bt. Borham (Pengawas Pusat Sumber) dan Puan Azilah Bt. Muharam (Ketua Tingkatan) yang telah bertungkus lumus memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Image

Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah Mohd Faiz B. Roslee menerima watikah pelantikan

Bagi tahun 2013, Jawatan Ketua Pengawas Sekolah telah disandang oleh  Muhammad Afiq B. Rosli (5 Aman) manakala Penolong Nurul Aiza Bt. Zulkefli (5 Aktif). Bagi jawatan Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah Mohd Faiz B. Roslee (5 Aktif) manakala Penolong ialah Nazila Najwa Bt. Iskak (5 Aktif). Seramai 88 orang Pengawas Sekolah, 54 orang Pengawas Pusat Sumber dan 34 orang Ketua Tingkatan telah menerima watikah pelantikan dalam majlis tersebut.

Image

En. Mohsin B. Ibrahim menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada YB Datuk Zulkurnain B. Kamisan

Warga SMK Penghulu Saat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah dilantik dan mengharapkan agar mereka dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi. Semoga SMK Penghulu Saat terus cemerlang, gemilang dan terbilang di bawah kepimpinan En. Mohsin  B. Ibrahim

Image

AJK Tertingggi Pengawas Sekolah bergambar kenangan

Image

AJK Tertinggi Pengawas Pusat Sumber Sekolah bergambar kenangan

-SMKPS-

About these ads

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, HEM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s