Author Archives: SMK PENGHULU SAAT

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

4 PELAJAR SMKPS MENANG PERTANDINGAN MENULIS CERPEN HARI GURU BATU PAHAT

Oleh: Mustaffa Siraj PARIT RAJA, 23 MEI – 4 pelajar SMK Penghulu Saat mengharumkan nama sekolah apabila memenangi hadiah dalam pertandingan menulis cerpen sempena Hari Guru daerah Batu Pahat. Hadiah-hadiah disampaikan pada majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Batu Pahat, … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

SAMBUTAN HARI GURU SMKPS 2013

Oleh: Mustaffa Siraj Sambutan hari guru merupakan wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik yang bertungkus-lumus memperkasa modal insan sejajar dengan hasrat pemimpin negara. SMK Penghulu Saat, Parit Sulong telah mengadakan sambutan yang meriah dan padat dengan pengisian bermakna … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK SULTAN ABU BAKAR, MUAR

Oleh: Mustaffa Siraj Kelab Bilik Guru SMK Penghulu Saat telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar Sabtu lalu. Lawatan disertai oleh 40 orang guru diketuai oleh Pengetua SMK Penghulu Saat, Encik Mohsin Ibrahim. SMKSAB merupakan … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

ANDAI KATA

Oleh: Mustaffa Siraj Andai bahasa jiwa bangsa kuasai bahasa sehabis daya andai bahasa mahu diperkasa seluruh warga perlu bersama Andai bahasa mahu dijulang perlu dicantas segala petualang Andai tidak dipandang tinggi tugas kita melaksanakan misi andai bahasa pernah ternama mengapa … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

SEPAK TAKRAW B15: SMKPS NAIB JOHAN DAERAH

Oleh: Mustaffa Siraj RENGIT, 7 Mei – SMK Penghulu Saat berjaya mendapat naIb johan pertandingan Sepak Takraw Lelaki 15 tahun yang berlangsung di SMK Tun Sardon, Rengit, baru-baru ini. Regu SMKPS dianggotai oleh Mohd Faridzul Helmi Kamsani, Mohd Kamal Ahmad … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

BOLA BALING: SMKPS JOHAN LELAKI L18 TAHUN, NAIB JOHAN PEREMPUAN

ENCIK MOHSIN MENYAMPAIKAN PIALA  JOHAN KEPADA KAPTEN SMKPS Oleh: Mustaffa Siraj BATU PAHAT, 30 April – Pasukan Bola Baling sekali lagi mengharumkan nama SMK Penghulu Saat apabila muncul johan kategori Lelaki Bawah 18 tahun dan naib johan kategori perempuan dalam … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM BERSAMA MAJLIS AMANAH RAKYAT

Pengarah MARA negeri Johor menyampaikan cenderamata kepada Encik Ariss Shamsudin Oleh; Mustaffa Siraj PARIT SULONG, 26 April – SMK Penghulu Saat selesai mengadakan Program Teknik Menjawab SPM dan Motivasi Khas untuk pelajar dan ibu bapa baru-baru in. Majlis dengan kerjasama … Continue reading

Aside | Posted on | Leave a comment

PENTAQUE ANJURAN KEBIRU SMK PENGHULU SAAT

Oleh: Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab Parit Sulong, 20 April – Kelab Bilik Guru (KEBIRU) SMK Penghulu Saat telah mengadakan perlawanan pentaque sebagai mengisi aktiviti guru-guru. Pertandingan tersebut telah dijalankan di padang sekolah yang melibatkan 8 kumpulan. Setiap pasukan di … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

KURSUS PENGAWAS SMK PENGHULU SAAT 2013

Oleh: Ahmad Khalis B. Yahya Denai Alam, Muar 14 APRIL – Kursus Kepimpinan Pengawas SMKPS selamat dijalankan bermula 12 April dan berakhir 14 April petang tadi di Pusat Kokurikulum Kem Denai Alam, Muar. Kursus dihadiri 83 orang pengawas, dan kebanyakannya … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

CORAT-CORET KEJOHANAN KAWAD KAKI DAERAH BATU PAHAT

Oleh: Mustaffa Siraj TANJUNG LABOH , 18 April – Selama tiga hari pada minggu lalu, telah berlangsung kejohanan Kawad Kaki Unit Beruniform Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat, bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh. Semua sekolah telah mengambil bahagian, baik dalam … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment