Selamat datang :)

group-smile
Assalamualaikum.

Selamat datang ke blog SMK Penghulu Saat.
Blog ini adalah hasil usaha-sama pelajar dan guru-guru SMK Penghulu Saat yang komited dengan kerjaya perguruan dan mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang teknologi maklumat.

Blog ini memaparkan berita-berita terkini dan perkembangan yang berlaku di SMK Penghulu Saat dari pelbagai aspek; yakni akademik, kokurikulum, aktiviti-aktiviti pelajar, aktiviti guru-guru dan sebagainya.

Semoga perkongsian maklumat dan berita yang dipaparkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Tenaga kerja
smkpenghulusaad.worpress.com
Persatuan Fotomedia SMKPS

Hakcipta terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat (SMKPS).

SMK Penghulu Saat (SMKPS) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian,

kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in MENGENAI BLOG SMKPS. Bookmark the permalink.

19 Responses to Selamat datang :)

  1. Nurul Amira Miraizani says:

    alhmdulillh dpt gak jmpe blog skolh….

  2. fikri says:

    Alhamdulillah… dpt jugak nk jumpe blog sklh ni…

  3. bakal ustat says:

    kpd student2 kt smkps ni…x usah la bcinta2 dlu nnti gelp masa dpn,,,xd nya nk bcinta untk stdy…….nanti merana jiwa n raga….lbh elok x usah bcinta nanti SUSAH AR HIDUP…….

  4. SMKPS says:

    Betul tu ustaz….
    Manusia yang sering melanggar perintah Allah adalah kawan kepada syaitan dan mereka ini tiada tempat disisi Allah melainkan setelah bertaubat..
    Mudah2an kita sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah S.W.T

  5. bakal ustat says:

    kita sbgai manusia harus sling ingt mngigati…..seperti surah al-as……………baru hidup akan dirahmati ALLAH S.W.T………bukan kah bgitu……lau kita langar jgak SUSAH AR HIDUP

  6. SMKPS says:

    Terima Kasih kepada bakal ustaz kerana sudi melawat blog kami yang tak sepertinya ini….
    Ini sajalah ruang yang ada untuk pelajar dan guru mengemukakan idea dan pendapat bagi menaikkan nama sekolah…
    Teruskan memberi komen yang bernas… TQ2

  7. bakal ustat says:

    assalamualaikom,peghulu saat dh moden laaaaa.bagussss coz ad cikgu2 yg rajin wt bnda2 cm ni.boleh ustat chating2 slalu dgn mbe2 lme yg dh jauh di mata….
    silingan:
    -pesanan ustat……….guru jgn di lawan buruk pdhnya.lau dh x d bg jgn di lawan……..nanti susah ar hidup *_*

  8. Uhh says:

    sesiapa yang nak wat blog sila lawat http://rsbuatblog.blogspot.com/

  9. anditerani says:

    hai dina, moga kau cepat sembuh, dengar cerita kau demam.. moga peperiksaan ni kau dapatlah A atau B.

  10. pemerhati says:

    betul…3 kewujudan bolg ini memang mendekatkan semula warga SMKPS yg telah lama terpisah sebelum ini…
    blog ini akan dapat memberi input dan maklumat terkini kpd sesiapa yg berminat yg utk mengetahui perkembangan terkini sekolah..
    teruskan usaha yg baik ini..
    apa lagi berlian??????
    bagi lagi idea dan pendapat yang bernas….

  11. dina says:

    tahniah tok semua warga sekolah yg terlibat dlm menjayakn blog nie…walau duk jauh pn ktorg still tau prkmbgn smkps yg amt dirindui nie…chaiyo semua!!! n SMKPS tetap di hati:)

  12. siti Aisyah says:

    Tahniah la sbb dah ada blog……
    Sbgi bks pljr,sy sngt ….berbangga..
    Go…go…cayok…..
    hidup smkps..

  13. fahmi arif says:

    huhuhu…….
    bagus lorh SMKPS da de laman web……
    even dok kt kampung pn still leh catch up ngan bende2 yg b’kaitan IT……
    yeah cayok……
    moge sukses slalu……

  14. Penghulu Saat says:

    Salam,

    Tentang sejarah sekolah sila rujuk ‘about us’ dibahagian atas paparan muka utama blog ini.Paparan maklumat dipendekkan untuk memudahkan pembacaan bagi pelawat.Insyaallah jalan cerita akan dikembangkan di masa akan datang secara berperingkat-peringkat.

    Mengenai nama SMK PENGHULU SAAD ia telah ditukar kepada sepenuhnya dengan nama SMK Penghulu Saat merujuk kepada Daftar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan No.Daftar :J/0/SMK/012 bertarikh
    10.12.2003

    berita seklanjutnya sila rujuk kategori mengenai blog SMKPS pada paparan muka

    EJAAN NAMA ‘PENGHULU SAAD’ DITUKAR KEPADA ‘PENGHULU SAAT’.

    Blog ini masih lagi diperingkat permulaan.Oleh itu sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dikemas kini dari semasa ke semasa.Sebarang kesulitan, amat dikesali.Namun demikian komen dan cadangan amat dialu-alukan demi untuk menaik taraf dan memberi impak yang positif kepada pelawat.

    Insyaallah beberapa projek kecil sedang dijalankan moga apa yang tertulis dan terpampang mampu dikongsi untuk manfaat bersama.

    Sekian terima kasih.

    MOHD NAJHAN AZMAN
    Tenaga Kerja smkpenghulusaad.wordpress.com
    Kelab Multimedia SMKPS

  15. cyrus says:

    cadangan….sejarah sekolah,kronologi sejak dahulu hingga sekarang,dari mana asal usul nama sekolah,siapa dia penghulu saat….
    jdi memurid tau asal usul sekolah…..

  16. maisarah m says:

    pas tgok blog ni..
    t’igt zmn skola..
    rindunye..
    smkps memg d best!

  17. wahida says:

    selalu2 lah cek blog nie…
    best tu….
    gempaq!
    all the best smkps!

  18. lina says:

    SMKPS TETAP DI HATI!!!!!!!!!!! TQ A LOT WAT CKG2 YG TLH MDIDIK TANPE JEMU!!! ILMU KAMU SMUA AMAT BGUNE!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s