RUMAH BERANI JUARA KESELURUHAN TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SMKPS 2009

JUARA TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMKPS 2009

JUARA TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMKPS 2009

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 19 Feb (SMKPS) — Rumah Berani Juara Keseluruhan Temasya Sukan Olahraga SMKPS kali ke 28 setelah mengumpul 846 mata mengalahkan Rumah Kuat, (kuning) 742 mata, Rumah Hebat (hijau) 725 mata, dan Rumah Megah (merah) 715 mata yang diadakan di padang SMKPS di sini Selasa lepas.

Guru Penasihat pasukan Rumah Berani , Yang Mulia Raja Zakaria Raja Ali berkata, keputusan itu sekaligus menamatkan kemarau panjang sebagai juara keseluruhan yang kali terakhir dimenangi oleh Rumah Berani pada tahun 2000.

“Saya percaya kejuaraan rumah Berani pada kali ini disebabkan oleh faktor pengurusan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lepas selain dari komitmen yang tinggi setiap pelajar yang mewakilinya.

“Selain itu kemampuan guru dalam melatih dan memotivasikan pelajar memainkan peranan utama bagi mencungkil bakat dan mengeluarkan potensi diri setiap atlet sehingga mampu mengungguli banyak acara terutamanya dalam acara trek (100 meter dan 200 meter perempuan kategori B dan C),”katanya.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengetua SMKPS Hajah Salbiah Maskan yang diadakan pada hari sukan dan hari ini.

— SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

10 Responses to RUMAH BERANI JUARA KESELURUHAN TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SMKPS 2009

  1. sahrul says:

    aku selaku x Presiden Rumah Merah (dulu nama apa ek) thn 1992-94 amat dukacita dgn pencapain team ni sekarang…dulu champion weiii…

  2. ameer says:

    walawpapepon rmah KUAT ttap hebat….
    naib johan….

  3. myra says:

    wake up MEGAH!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. pemerhati says:

    kelas 4 Anugerah mantap dan power….

  5. pemerhati says:

    tunggu la nanti…. rumah megah akan mengambil alih kejuaraan tahun depan..
    saje je bagi chance kat pasukan lain…

  6. DOUBLE BUS (5B) says:

    bguslh umh berani…..truskn mnkluk takhta kjuaraan..CAIYOK!!!!

  7. HEBAT la yg spatotnye JUARE!!!!!!!

  8. zkol_92@class 5 anugerah says:

    berani terus berani mantooooooooopppppppppppppp

  9. penghulusaad says:

    malatop!!!!

  10. penghulusaat says:

    ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s