MINGGU ANTIDADAH SMKPS 2009 DILANCARKAN HARI INI.

Pengetua SMKPS Pn Hajah Salbiah melepaskan belon poster "Masyarakat Madani Tanpa Dadah" ketika merasmikan pelancaran Minggu Antidadah SMKPS 2009

Pengetua SMKPS Pn Hajah Salbiah melepaskan belon poster "Masyarakat Madani Tanpa Dadah" ketika merasmikan pelancaran Minggu Antidadah SMKPS 2009

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar Oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 2 Mac (SMKPS) — SMKPS melancarkan Minggu Antidadah 2009 dengan tema ” Sekolah Bebas Dadah 2012 ” di tapak perhimpunan Dataran Kejat di sini hari ini.

Minggu Antidadah yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SMKPS di sekolah bertujuan untuk memberi pengetahuan, kesedaran, dan keinsafan kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa mengenai bahaya dadah.

Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana Program Minggu Antidadah SMKPS Kaunselor Mazni Sanusi berkata, melalui program seperti ini pelajar akan diberi pendedahan tentang bahaya dadah dan kesan buruk penagihan dadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

“Sehingga awal tahun ini belum ada lagi warga SMKPS yang ditangkap terlibat dengan najis dadah.Oleh yang demikian program seumpama ini amat diperlukan bagi membentuk budaya dan tingkah laku positif serta dapat mengamalkan nilai-nilai murni bagi membenteng diri dari terjebak dengan gejala penagihan dadah,” katanya.

Beliau berharap agar motto “Sekolah Bebas Dadah 2012” bukan hanya motto yang dilaungkan tanpa sebarang tindakan sebaliknya generasi muda akan berganding bahu bagi memastikan ianya mampu di capai dengan kerjasama pelbagai pihak.

Pelancaran Minggu Antidadah yang bermula hari ini dan berlangsung selama seminggu dirasmikan oleh Pengetua SMKPS Hajah Salbiah Maskan.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to MINGGU ANTIDADAH SMKPS 2009 DILANCARKAN HARI INI.

  1. mustaffa siraj says:

    Dadah memang mengancam kita semua
    lihat di sekeling kita
    dah ramai yang terpesona
    hingga lupa diri lupa keluarga
    jadi, jauhi diri daripada dadah durjana!

  2. lina says:

    mcm kenal jer Pn. Counselor 2……..hik3, dialog beliau mcm ucapan Menteri Pelajaran dlm petikan sidang akbar lak….hehehe…kirik salam pd beliau ye…

  3. lina says:

    O…ckg pkai wordpress kn wat blog ni…ok la…template pn ok…kemas…free kn…

  4. lina says:

    wah meriah ek prsmian antidadah…nway, im s Xstdnt of SMKPS, rase bangge atas all d achievements that our school capai selama ni…nmpak sgt byk good movements yg d wat…kpd ckg yg develop this blog, congratulation coz bjaye rejistered blog ni…tp nk tnayela, ckg wat blog ni pakai Free blog kn..pe ek blog 2, i mean bkn blogger kn…nway blog ni nice n if ada link tok follower mcm dlm blogger lg gempak coz everybody ley jd folower especially Xstdnt MKPS mcm sy ni…n my suggestion is, pekata if SMKPS create wbsite lak pasni…lg bes n byk mnfaat even sy sbgai stdnt IT pun tau bkn sng nk wat wbsite + lak nk kne byr hosting sume…tp ni jes usul i je.mybe u can start it with d simple one of wbsite (ley gune PHP n HTML jeke or Zencart coz easy)..nway tahniah wat ckg n phak2 yg terlibat dlm pbikinan blog ni…sy kan sntiasa mgikuti pkmbgn n news dlm blog ni coz lg pn ni blog Sek sy dulu n snestinya tlalu byk memoir wat sy…HIDUP CKG2 N WARGE SMKPS SMUA!!!!!!!

  5. Pingback: MINGGU ANTIDADAH SMKPS 2009 DILANCARKAN HARI INI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s