SMKPS LAKAR SEJARAH 17 PINGAT PADA HARI KETIGA KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KALI KE -42

BERSEMANGAT DAN CERIA...Pertunjukkan perbarisan 44 atlet SMKPS yang menyertai kejohanan MSSD di Stadium Jalan Ampuan kelmarin.

CERIA...Perbarisan oleh 44 atlet SMKPS yang menyertai kejohanan MSSD di Stadium Jalan Ampuan.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 5 Mac (SMKPS) – SMKPS melakar sejarah dengan kejayaan 17 pingat pada hari ketiga Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat kali ke-42 di Stadium Jalan Ampuan yang bermula Selasa lalu di sini hari ini.

Dengan hanya 62 mata memisahkan SMKPS dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, (SMKDSE) pencapaian hari ini sekaligus memperbaiki kedudukan yang di capai tahun lepas , SMKPS hanya menduduki tempat ketujuh keseluruhan.

Sehingga kini, peluang bagi SMKPS masih cerah dengan kilauan pingat demi pingat berjaya diraih terutamanya bagi acara padang dan trek dengan tiga emas, 10 perak dan empat gangsa setakat sesi pertama semalam.

Kini dengan hanya 16 acara lagi yang disertai dengan 5 daripadanya layak ke akhir, esok peluang masih cerah bagi SMKPS untuk merebut tempat kejuaraan MSSD kali ke-42.

Ketua Jurulatih SMKPS, Norman Ibrahim berkata , atlet –atlet SMKPS yang menyertai kejohanan MSSD kali ini adalah mereka yang terbaik di antara yang terbaik dan telah menjalani pelbagai latihan intensif sejak bulan lepas.

Beliau berkata, 44 atlet SMKPS menyinar dalam acara masing-masing dan memberi saingan hebat kepada sekolah-sekolah lain dengan membuahkan kejayaan 17 pingat sejak Selasa lalu menjadikan SMKPS di tempat kedua secara keseluruhan dengan pungutan mata 100.

“Jurang mata antara tempat pertama dan kedua adalah besar namun peluang bagi SMKPS masih ada memandangkan kita masih ada atlet-atlet lain yang menyertai acara akhir esok ,” katanya.

Kejutan besar pada hari ketiga menyaksikan dua pelari acara lari berpagar bawah 15 layak ke akhir dengan Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal memecahkan rekod kejohanan dengan catatan masa 16.47 saat memadamkan rekod terdahulu 16.8 saat.

Sebanyak 27 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Batu Pahat menyertai kejohanan pada kali ini.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

2 Responses to SMKPS LAKAR SEJARAH 17 PINGAT PADA HARI KETIGA KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KALI KE -42

  1. mustaffa siraj says:

    Tahniah kepada Najhan kerana berjaya membangunkan homepage ini, yang dapat memaparkan perkembangan dan kejayaan smkps untuk tatapan maya… Keep it up! I’m by your side!

  2. Pingback: SMKPS LAKAR SEJARAH 17 PINGAT PADA HARI KETIGA KEJOHANAN MSSD KALI KE -42

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s