SMKPS LUBUK EMAS ATLET LARI BERPAGAR MSSD

ATLET SMKPS (BERBAJU KUNING LENGAN BIRU) MENDAHULUI DAN BERJAYA MEMECAH REKOD KEJOHANAN.

TIADA TANDINGAN ... Dua atlet SMKPS Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal (dua kanan) dan Mohamad Izar Razlan Shah Md Isa (dua kiri), bersaing dalam pertandingan akhir acara 110 meter lari berpagar bawah 15 di kejohanan MSSD Batu Pahat. Mohd Siddiq memecahkan rekod kejohanan dengan catatan baru 16.46 saat.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 6 Mac (SMKPS) – Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Batu Pahat kali ke-42 di Stadium Jalan Ampuan mencipta sejarah baru apabila empat daripada enam emas yang di menangi adalah daripada acara lari berpagar semalam.

Kemenangan tersebut secara tidak langsung melebihi sasaran lima pingat emas yang diletakkan oleh Ketua Jurulatih SMKPS, Norman Ibrahim bagi kejohanan kali ini.

Norman berkata semalam, buat pertama kali SMKPS berjaya menduduki tangga kedua kejohanan dengan pungutan 153 mata berbanding tempat pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, (SMKDSE) dengan 215 mata dan tempat ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (SMKTI).

“Sejak dulu lagi SMKPS tidak pernah ketandusan pingat bagi dua acara 110 meter lari berpagar lelaki dan 100 meter lari berpagar wanita.Cuma pada kejohanan kali ini kita tidak menjangka atlet kita mampu menang emas memandangkan saingan hebat dari sekolah lain.

“Lebih bermakna, kemenangan Mohd Siddiq Md Jalal berjaya memadamkan rekod lapan tahun MSSD dengan dua kali memperbaharui rekod kejohanan ketika acara 110 meter lari berpagar lelaki saringan pertama dengan catatan masa 16.47 saat dan pertandingan akhir 16.46 saat.

Selain itu, mereka juga masih muda dan masih banyak yang boleh diperbaiki dan ini secara tidak langsung menjanjikan harapan yang cerah buat SMKPS kerana mempunyai atlet pelapis yang terbaik untuk acara lari berpagar,”katanya.

Mereka ialah Mohamad Izar Razlan Shah Md Isa, 200m lari berpagar bawah 15,Mohd Siddiq Md Jalal, 110 meter lari berpagar lelaki bawah 15, Aimy Amira Ahmad 100 meter lari berpagar perempuan 13 dan Muhamad Fadli Sukiman 110 meter lari berpagar lelaki 13.

11 daripada 28 pingat yang diraih oleh SMKPS pada kejohan kali ini adalah dari acara lari berpagar.Sekaligus meletakkan nama SMKPS di tangga kedua pada Kejohanan MSSD kali ke-42 yang berlangsung di Stadium Ampuan pada 3 – 6 Mac 2009.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

One Response to SMKPS LUBUK EMAS ATLET LARI BERPAGAR MSSD

  1. Salam,
    Wah! chaiyok! atlet2 SMKPS hebat belaka..TAHNIAH!

    tapi nak tanya…

    kenapa warga SMKPS (aku) tak tahu kewujudan blog nie..umumkan-lah kat perhimpunan..demand..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s