MSSD KALI KE-42 PENCAPAIAN TERBAIK ATLET SMKPS

Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal (dua kiri) dinobatkan sebagaikan peserta terbaik lelaki 15 dan olahragawan MSSD Batu Pahat  dengan pencapaian satu emas, satu perak dan memecahkan rekod kejohanan lari berpagar 110 meter (16.46 saat).

Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal (dua kiri) dinobatkan sebagaikan peserta terbaik lelaki bawah 15 dan olahragawan MSSD Batu Pahat dengan pencapaian satu emas, satu perak dan memecahkan rekod kejohanan lari berpagar 110 meter (16.46 saat).

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 8 Mac (SMKPS) – Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Batu Pahat kali ke-42 di Stadium Jalan Ampuan merupakan pencapaian terbaik penyertaan atlet SMKPS setakat ini, kata Ketua Jurulatih SMKPS, Norman Ibrahim.

Beliau berkata demikian setelah kemenangan di tempat kedua SMKPS di sahkan sebaik sahaja MSSD menutup tirainya di sini kelmarin.

Beliau berkata pencapaian itu membuktikan bahawa SMKPS mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain biarpun SMKPS bukan sebuah sekolah sukan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading (SMKSGD).

“Setiap sekolah mempunyai kelebihan masing-masing dan SMKPS adalah sekolah yang tidak berorientasikan sukan.Oleh itu, kemenangan di tempat kedua di belakang SMKDSE dan mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (SMKTI) ditempat ketiga dan SMKSGD tempat keempat adalah satu pencapaian yang luarbiasa dan membanggakan,” katanya.

Norman berkata, berdasarkan prestasi semasa dan rekod terdahulu hanya lima pingat emas yang disasarkan namun kejutan di saat-saat akhir menyaksikan atlet-atlet kita bangkit dan berjaya memperolehi enam emas terutamanya mereka yang bersaing dalam acara bawah 15 dan 13 tahun.

“Apa yang diharapkan ialah kejayaan yang mereka kecapi mampu diulang pada kejohanan akan datang seterusnya memastikan SMKPS berada dalam kelompok yang terbaik MSSD Batu Pahat,” katanya.

SMKPS berjaya meraih 29 pingat (enam emas, 15 perak, 8 gangsa) dengan mengumpul 168 mata, di belakang SMKDSE yang mengumpul 364 mata manakala SMKTI dengan 155 mata dan SMKSGD dengan 147 mata.

Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal, yang menyertai acara 110 meter lari berpagar, 200 meter lari berpagar dan 4×400 meter lelaki bawah 15, dinobatkan sebagaikan peserta terbaik lelaki 15 dan olahragawan MSSD Batu Pahat dengan pencapaian satu emas dan satu perak dengan memecahkan rekod kejohanan lari berpagar 110 meter (16.46 saat).

Mereka yang terpilih sebagai atlet terbaik MSSD akan dihantar untuk menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor (MSSJ) minggu hadapan.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

5 Responses to MSSD KALI KE-42 PENCAPAIAN TERBAIK ATLET SMKPS

  1. sahrul says:

    tahniah…sepanjang rekod aku kat stadium ni…puas hati ler dgn 1 gangsa lompat kijang U18 …

  2. Ni ke pnyelamat SMKPS .. ^^ Diorng ni lri 4x400m acare ahir kn..???
    ktenye klu xde pnyelmt 4 orng plri ats ni SMKPS maybe d tmpat ke-3
    ^_^] yg dpt g MSSJ Gud lUck*

  3. Cute2 siak star SMKPS ni.. empat-4 da mcm kembar je…
    ^_^’ hehe’

  4. Spe yg blah kiri skali tu ar..?? asl mkenye sme sngat ngun budak yg blah kanan skali tu… Huhu

  5. Tahniah buat semua atlet terutamanya kepada Siddiq dan cikgu-cikgu yang terlibat..Tahniah sekali lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s