GELARAN PROF, BAGAIKAN ‘AZIMAT SPM’ BAGI KEJAYAAN SABRI.

CERIA ...Mohamad Sabri Jufri (Prof Sabri) menunjukkan keputusan SPM beliau yang mendapat 7 A antara yang terbaik di SMKPS. "Baca buku, lebihkan latihan", antara resipi utama kejayaan pencapaian beliau.

SENYUMAN CERIA ...Prof Sabri atau Mohamad Sabri Jufri bekas kelas 5 Aktif tahun 2008, menunjukkan keputusan SPM beliau yang mendapat 7 A antara yang terbaik di SMKPS. "Baca buku, lebihkan latihan",katanya yang menjadi antara resipi utama kecemerlangan SPM beliau.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid

Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 12 Mac (SMKPS) — Gelaran Prof, bagaikan ‘azimat SPM’ bagi kejayaan Mohamad Sabri Bin Jufri sehingga berjaya mendapat 7 A, antara keputusan SPM terbaik di SMKPS pada tahun ini.

Gelaran tersebut adalah julukan yang diberikan oleh salah seorang guru beliau apabila ditanya mengenai keperibadiannya sepanjang beliau belajar.

” Dia memang pandai sejak PMR lagi dan sejak dulu, ramai cikgu mengenalinya sebagai seorang yang tidak gemar membuang masa dan banyak membaca baik masa kelas ganti mahupun selepas waktu kelas.Sikap seperti ini menyebabkan ada antara kami (guru-guru) menggelarnya sebagai Professor atau Prof. (merujuk kepada sikapnya), kata bekas guru Geografi beliau Norhisham Khalid.

Anak sulong dari tiga beradik, Sabri yang berada dalam kelas 5 aktif dan bercita-cita hendak menjadi seorang pakar bedah adalah antara calon yang  hadir awal bagi mengambil keputusan SPM di SMKPS sejak pukul 10 pagi tadi.

Apabila ditanya apakah formula rahsia beliau bagi mencapai kecermerlangan dalam SPM.
“Baca buku dan lebihkan latihan,” katanya ketika ditemui sambil menegaskan bahawa sokongan ibubapa dan guru banyak memainkan peranan terutamanya dalam kelas tambahan yang dibuat selepas waktu persekolahan.

Sementara itu bagi dua orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 6 A dalam SPM Asilah Sariman dan Nurul Hidayah Sadikon berkata, paling utama ialah rajin solat,hormat kepada guru, dan pandai bahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran.

“Jangan harapkan hanya pada guru sebaliknya pelajar perlu ulangkaji sendiri,”tambah Asilah lagi.

Lebih dari 50 bekas pelajar SMKPS hadir hari ini bagi mengambil keputusan SPM sejak pukul 10 pagi tadi.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKADEMIK SMKPS. Bookmark the permalink.

3 Responses to GELARAN PROF, BAGAIKAN ‘AZIMAT SPM’ BAGI KEJAYAAN SABRI.

  1. cikgu ejat says:

    thniah kpd sabri d ats kcmrlgn dlm spm 2008….
    smoga lepas ni pe yg d cita2kn akn trcapai…..

  2. dina says:

    tok prof sabri…nk jd pakar bedah ye…meh study same2…he2..truskn usha korng semua tok mencapai cite2 korng..

  3. salina said says:

    congratulation for all the teachers of smkps on their commitment in born d excellent and quality students…kejayaan students adalah datang dari kamu semua….salam kenangan n rindu pada smua guru2 smkps especially my Xteacher. Dedicated 4: pn. Mazni, Hj Ramlan Pit,Ust. Hasanin n so on…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s