EMPAT PELAJAR TERBAIK SPM SMKPS 2008.

Pelajar terbaik SPM SMKPS dari kiri Nurul Wahida Ismail (8A), Asilah Sariman (6A), Mohamad Sabri Jufri(7A), Nurul Hidayah Sadikon (6A) menunjukkan keputusan SPM masing-masing ketika hadir bagi mengambil  hari keputusan tersebut dikeluarkan semalam.

Pelajar terbaik SPM SMKPS dari kanan Nurul Wahida Ismail (8A), Asilah Sariman (6A), Mohamad Sabri Jufri(7A), Nurul Hidayah Sadikon (6A) menunjukkan keputusan SPM masing-masing ketika mengambil slip keputusan di sekolah semalam.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKADEMIK SMKPS. Bookmark the permalink.

9 Responses to EMPAT PELAJAR TERBAIK SPM SMKPS 2008.

  1. murni haryati sapan says:

    alhmdulilah korang.. tahniahhh…

  2. hafiz kamisan says:

    kepada sume yg berjaya dalam spm,tahniah!!!!!
    kepada yang kurang berjaya,jgn berputus asa…banyakkan usaha

  3. anditerani says:

    untuk Dina, ejat, wahida, asila dan yang lain-lain lagi yang tengah belajar dimana-mana pusat pengajian tinggi, jangan lupa perintah tuhan, buat yang baik-baik aje, jangan abaikan pelajaran dan tolong-tolonglah motivasikan adik-adik yang masih dismk penghulu saat. moga-moga kita mencapai kecemerlangan

  4. cikgu ejat says:

    Askum…thniah kpd pljr yg dpt kptsn yg cmrlg dlm spm2008….
    bg yg bkl mghdpi spm pd thn ni.msih ada mse utk stdy.alwys think postf n be smart in stdy.smoga semua yg bkl mgmbil spm thn ni mndpt kptsn yg cmrlg….peringatan abg kpd adk2 semua,sntiasa brdamping dgn guru anda…krna dgn brkt kikhlsan mereka mmbri ilmu yg akn mmbri kjayaan kpda kamu smua…Wassalam…

  5. dina says:

    Tahniah tok korng b’4 n semua pelajar spm2008….tok pljr yg bkl menghadapi spm thn nie n seterusnye, uat yg terbek k..korg ade ckgu yg best n berdedakasi..moga kptsn lebih cemerlang..

  6. wahida says:

    thankz to you all that alwayz supporting us…huhu,
    terharunyer….
    n thankz to cikgu najhan coz make this blog alife…

  7. asilah sariman says:

    TERIMA KASIH KPD SMUA GURU YG MENGAJAR SY SEJAK TGKTN 1..
    MOHON MAAF JIKA ADA MENGGURIS PERASAAN GURU-GURU YG PERNAH MENGAJAR SY TERMASUK GURU SMKPS YG LAIN..
    SMKPS THE BEST!!!

  8. mustaffa siraj says:

    Tahniah kepada yang berjaya,
    kepada yang kurang berjaya,
    pintu kejayaan belum tertutup untuk semua.
    usaha dan doa gerakkan sepenuh daya
    jangan jadi insan tidak bermaya….
    Yang penting, Agi idup agi ngelaban….

  9. Tahniah kepada semua! Semoga SPM tahun nie dan hadapan lebih cemerlang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s