SMK PENGHULU SAAD TERIMA EMPAT ANUGERAH KECERMERLANGAN SPM 2008

Guru Penolong Kanan 1 Abdul Razak Abdul Rahman tersenyum ceria setelah SMKPS menerima 4 anugerah dalam pencapaian SPM pagi tadi di sini hari ini.

Guru Penolong Kanan 1 Abdul Razak Abdul Rahman tersenyum ceria setelah SMKPS menerima 4 anugerah dalam pencapaian SPM pagi tadi di sini hari ini.

Oleh :Mohd Najhan Azman Hamid

Gambar oleh: Kelab Fotografi SMKPS

BATU PAHAT, 13 Mar (SMKPS) – SMKPS menerima empat anugerah kecemerlangan SPM 2008 di daerah Batu Pahat oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Batu Pahat kerana pencapaian cemerlang pelajarnya dalam SPM 2008.

Empat Anugerah tersebut adalah adalah peningkatan gred purata mata pelajaran tertinggi Biologi, Geografi dan Kimia dalam SPM bagi seluruh kawasan daerah Batu Pahat.

Selain itu SMKPS juga dianugerahkan sebagai sekolah yang mendapat peratus tertinggi bagi sekolah Luar Bandar dalam SPM.

Keempat-empat anugerah tersebut diterima awal pagi tadi di sini hari ini.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKADEMIK SMKPS. Bookmark the permalink.

18 Responses to SMK PENGHULU SAAD TERIMA EMPAT ANUGERAH KECERMERLANGAN SPM 2008

  1. sani says:

    salam,thniah pd guru2 SMKPS kerana mu kami mjadi ank bangsa yg brjaya.

  2. murni haryati sapan says:

    wah, byk nye piala.. tahniah, smk penghulu saad… bersama berganding bahu menuju kejayaan…

  3. linda says:

    wah cikgu razak dah jadi pk1..tahniah..x lama lg dpt nek pangkat lg na..he

  4. uii says:

    cam good2 jew ko ea..

  5. el_nino says:

    harp2 thun dpan bola blng dpat numb 1 g…..huahuahua

  6. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    tahniah adk2 ku…..
    kamulah penyambung warisan kegemilangan SMKPS…
    tahniah juga wat guru SMKPS yg tlh bertungkus lumus mndidik ank2 bngsa…..

    special congrats to all of you….
    you all are the best…!!
    SMKPS is the best..!!
    keep it up k…!! (“,)
    i’m proud to be ex student SMKPS…(“,)

  7. marinasmkps says:

    comelnya dia…happy sgt la tu dapat banyak piala.tahniah kpd guru yang mendidik dan semua warga sekolah

  8. sharifah nurul ashikin(ex-student) says:

    tanhiah…….hebatnye sk kiter….

  9. bekas pelajar says:

    tahniah!!!!
    smoga kejayaan ini di kekalkn..

  10. pemerhati says:

    SMKPS memang hebat… sejak azali lagi…
    thn deoan tambah lagi 8 anugerah…
    control macho …. cikgu razak..

  11. cikgu ejat says:

    Tahniah!!SMKPS is the best!!

  12. dina says:

    tahniah khas buat pelajar n semua warga smkps..CEMERLANG BERSAMA SMKPS!!!!

  13. siti Aisyah says:

    Tahniah!!!kepada semua guru2 yang telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah……dan terima kasih untuk jasa guru2sekalian………

  14. maisarah marjuki says:

    tahniah kpd warga penghulu saat..
    warga penghulu saad memang HEBAT!!!

  15. cikguanibp says:

    syabas!!! jeles i!

  16. salina said says:

    lor…kok nyengis toh ckg razak 2 sampek kuping…hihihi…gumbira banget ki….dasat…sangkeng sukak er yor….urip jowo!!!!

  17. mustaffa siraj says:

    Hebat tu! Senyum encik Razak sampai ke telinga la…
    berbaloi la dapat 4 piala dalam satu hari!
    Nak letak mana piala-piala yang banyak dapat akhir-akhir ni..
    Penuh almari jadinya… Apa pun, kemanisan sebuah kejayaan itu dapat kita kongsi bersama… Bersamamu… (TV3..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s