PELAKSANAAN ‘SATU GURU SATU KAJIAN TINDAKAN’ DI SMKPS.

BERSEMANGAT ... Guru Nor Anida Selamat, membentangkan kajian tindakan 'Satu Guru Satu Kajian Tindakan' dalam mesyuarat guru kali ke-3 tahun ini.

BERSEMANGAT ... Guru Nor Anida Selamat, membentangkan kajian tindakan 'Satu Guru Satu Kajian Tindakan' dalam Mesyuarat Guru Kali Ke-3 tahun ini.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 21 Mac (SMKPS) — Pelaksanaan ‘Satu Guru Satu Kajian Tindakan’ mula dibentangkan dalam agenda utama Mesyuarat Guru Kali Ke-3 tahun ini.

Perbentangan tersebut antara lain membincangkan kepentingan kertas kerja kajian tindakan dalam memperbaiki teknik guru mengajar dan format rasmi yang perlu digunakan untuk kajian tindakan yang dihasilkan.

Guru Nor Anida Selamat berkata melalui pelaksanaan kajian tindakan ini, para guru dapat berkongsi ilmu secara praktikal dan bertukar-tukar pandangan dengan teknik yang digunakan dalam mengajar sesuatu subjek. Ini secara tidak langsung dapat membentuk jalinan kerjasama erat terutama antara guru yang baru mula mengajar atau kekurangan pengalaman untuk mencedok hasil ilmu yang ada dalam kajian tindakan.

“Ia secara tidak langsung bakal memberi impak yang positif terutamanya untuk jangka panjang memandangkan pelbagai teknik dalam memperbaiki kelemahan sesuatu subjek dapat diatasi dengan merujuk kajian tindakan yang telah sedia ada ,”katanya ketika pembentangan kajian tindakan di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh masa yang panjang iaitu lima bulan bermula hari ini untuk menghasilkan satu kajian tindakan adalah realistik dan kajian tindakan perlu melalui tiga tahap iaitu cadangan (proposal), pemantauan pelaksanaan oleh pegawai jabatan dan penghantaran laporan lengkap kajian tindakan.

Anida berkata pelaksanaan tersebut melibatkan semua peringkat guru tetap di SMKPS dan turut melibatkan semua sekolah di negeri Johor.

sebarang maklumat lanjut boleh merujuk laman web kajian tindakan melalui :http//:www.arjpnj.com.

— SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to PELAKSANAAN ‘SATU GURU SATU KAJIAN TINDAKAN’ DI SMKPS.

  1. KEEP UP THE GOOD WORK..

  2. salina said says:

    hihi…ckg tu mcm gaye nk bsajak pn ader…semangat gitu!!!bgus!lagu tema: menuju puncak, gemilang d hati bsama jnji azam sejati…pasti berjaya di SMKPS….afundi SMKPS!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s