EJAAN NAMA ‘PENGHULU SAAD’ DITUKAR KEPADA ‘PENGHULU SAAT’.

FOKUS... Beberapa orang guru memberi tumpuan, dan ada yang sibuk menulis butiran penting yang dibentangkan dalam Mesyuarat Guru Kali-3 Tahun 2009.Pelbagai isu dibincangkan oleh Pengetua SMKPS Hajah Salbiah antaranya mengenai isu ejaan nama 'Penghulu Saad' yang kini ditukar sepenuhnya kepada 'Penghulu Saat'.

FOKUS... Beberapa orang guru memberi tumpuan, dan ada yang sibuk menulis butiran penting yang dibentangkan dalam Mesyuarat Guru Kali-3 Tahun 2009. Pelbagai isu dibincangkan oleh Pengetua SMKPS Hajah Salbiah antaranya mengenai isu ejaan nama 'Penghulu Saad' yang kini ditukar sepenuhnya kepada 'Penghulu Saat'.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar Oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 21 Mac (SMKPS) — Nama SMK Penghulu Saad ditukar sepenuhnya dengan nama SMK Penghulu Saat merujuk kepada Daftar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan No.Daftar :J/0/SMK/012 bertarikh 10.12.2003.Pengetua SMKPS Hajah Salbiah berkata.

Menurut beliau kekeliruan yang berlaku adalah di sebabkan masalah ejaan yang sedia ada dan digunapakai sebelum ini berbeza dengan ejaan dan nama yang didaftarkan. Beliau berkata, dengan pengumuman rasmi yang dibuat dalam mesyuarat guru kali ke-3 tahun ini kekeliruan tersebut dapat dijelaskan.

Namun alamat laman web sekolah smkpenghulusaad.wordpress.com tidak dapat diubah kerana telah didaftarkan dengan ‘saad’ dan bukan ‘saat’.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata atas arahan Pengarah Pelajaran Negeri Johor (PPNJ) Supaat Tumin, semua Visi dan Misi sekolah di seluruh negeri Johor telah ditukar seperti berikut.

Visi SMK Penghulu Saat: Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Misi SMK Penghulu Saat: Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Manakala bapa angkat SMKPS bagi tahun 2009 ialah Unit KGSK PPD Batu Pahat,En Norli Darlu.Hajah Salbiah berkata dengan adanya kewujudan bapa angkat melalui Program Bapa Angkat PPD adalah diharapkan kualiti SMKPS dalam semua aspek dapat ditingkatkan.

— SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, MENGENAI BLOG SMKPS. Bookmark the permalink.

5 Responses to EJAAN NAMA ‘PENGHULU SAAD’ DITUKAR KEPADA ‘PENGHULU SAAT’.

  1. linda says:

    setiap tahun ada perubahan..tp ape yg penting setiap perubahan adalah perubahan yang membina..cayok2 gambateh…:-)

  2. dindahoney says:

    ape pn ejaannye…bunyinye sme je…yg penting…SMKPS tetap di hati bt slmenye…

  3. dina says:

    ok..dh tukar upenye..
    mle2 suprise gak..
    spelling ape pn..
    SMKPS still in my heart..
    love SMK PENGHULU SAAT:)

  4. I was there when the name was SMR, PS – Sek Men Rendah Parit Sulong.

  5. salina said says:

    oooooooo… da tukar upenyer spelling saad 2…lame tol gune spelling saad, sjak dulu lg kot n mase zmn kegemilangan we ol taun 2000 pn still spell it as saad not saat…tp bgus gak, xla konfius ble developer blog ni inform mcm ni…SUKSESSSSS SMKPSAAT!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s