KEMPEN ‘BUDI BAHASA BUDAYA KITA’ DILANCARKAN DI SMKPS

MENARIK ... Persembahan Sketsa lakonan pelajar sempena pelancaran kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' ditapak perhimpunan Dataran Kejat hari ini. Kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMKPS antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan diri yang seimbang melalui adab dan tatacara kehidupan bermula dari Jasmani,Emosi,Rohani,Intelektual dan jaringan Sosial (J.E.R.I.S).

MENARIK ... Persembahan Sketsa lakonan pelajar sempena pelancaran kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' ditapak perhimpunan Dataran Kejat hari ini. Kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMKPS antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan diri yang seimbang melalui adab dan tatacara kehidupan bermula dari Jasmani,Emosi,Rohani,Intelektual dan jaringan Sosial (J.E.R.I.S).

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 22 Mac (SMKPS) — Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang bertujuan untuk melahirkan warga SMKPS yang cemerlang dari pelbagai bidang terutamanya dari segi sahsiah dan akademik dilancarkan di SMKPS bermula hari ini.

Dengan pelancaran kempen ini warga SMKPS diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai etika dan tatacara yang betul di sekolah mahupun dunia luar supaya dapat dijadikan amalan untuk seumur hidup.

Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMKPS antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan diri yang seimbang melalui adab dan tatacara kehidupan bermula dari Jasmani,Emosi,Rohani,Intelektual dan jaringan Sosial (J.E.R.I.S).

Tatacara perhimpunan,tatacara proses pembelajaran di dalam kelas,adab murid dengan guru,adab pelajar dengan rakan sebaya, dan adab pelajar dengan ibu bapa, malah adab di jalanraya antara yang diberi perhatian pelaksanaannya dan penilaian dalam kempen tahun ini.

Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal, dipilih sebagai 'Ikon Sekolah SMKPS' kali ini.

Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal, dipilih sebagai 'Ikon Sekolah SMKPS' kali ini.

Program baru seperti ‘Ikon Sekolah SMKPS’ antara lain bagi mewujudkan budaya ‘role model’ adalah satu contoh pembaharuan yang dilaksanakan dalam kempen kali ini.Pemilihan pelajar akan dilakukan setiap bulan di mana pelajar yang cemerlang dan mempunyai jati diri yang baik akan dijadikan ‘Ikon Sekolah SMKPS’.

Mereka yang terpilih akan diberi sijil penghargaan dan adalah diharapkan kecemerlangan yang mereka miliki dapat diikuti seterusnya memupuk budaya murni dan sihat dikalangan pelajar SMKPS.

Pada bulan ini, Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal,  dipilih sebagai ikon Sekolah SMKPS kerana pencapaian cemerlang yang dipamerkan oleh beliau dalam bidang sukan kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Batu Pahat kali ke-42 di Stadium Jalan Ampuan awal bulan ini.

MSSD Mohd Siddiq Fadzil Md Jalal, yang menyertai acara 110 meter lari berpagar, 200 meter lari berpagar dan 4×400 meter lelaki bawah 15, dinobatkan sebagaikan peserta terbaik lelaki 15 dan olahragawan MSSD Batu Pahat dengan pencapaian satu emas dan satu perak dengan memecahkan rekod kejohanan lari berpagar 110 meter (16.46 saat).

Pelancaran kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ telah dirasmikan oleh Pengetua SMKPS Puan Hajah Salbiah Maskan.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

3 Responses to KEMPEN ‘BUDI BAHASA BUDAYA KITA’ DILANCARKAN DI SMKPS

  1. pemerhati says:

    pelajar perlu hormat dan berbudi bahasa kpd guru dan staf SMKPS… Antaranya :-
    i) jumpe guru perlu beri salam
    ii) jangan melawan guru
    iii) guru suruh buat kerja rumah mesti siapkan dan hantar
    iv) buku teks mesti sentiasa dibawa kesekolah
    v) guru mengajar di hadapan kelas, pelajar perlu bagi tumpuan dan perhatian. jgn tidur, berbual, main dan buat kerja lain.
    ini satu kaedah permulaan utk mulakan kempen budi bahasa….
    teruskan kecemrlangan SMKPS…

  2. DOUBLE BUS (5B) says:

    pljr hrus jlnkn kmpen nie..jgn thu nynyi lgu bdi bhsa dgn brsmgt je tp x mghyatiny..AMALKANLAH BUDI BAHASA…BUDI BAHASA BUDAYA KITA..INGAT!!!!!

  3. mustaffa siraj says:

    Memang aspek budi bahasa kian luntur dalam diri generasi muda. Maka sewajarnya budi bahasa dibugarkan dan tidak dikesampingkan dalam kita mengejar kecemerlangan diri.
    Guru pula perlu menjadi role model ke arah itu. Jangan jadi seperti peribahasa `jika guru kencing berdiri, murid pula kencing berlari’.
    Kempen pula bukanlah sekadar pengisian untuk seminggu sahaja atau menjadi satu rutin semata-mata.Peringatan dan pengesanan pelaksanaan perlu diteruskan. Di sini pula, kejayaan bukan sahaja terletak di bahu guru-guru Sivik sehaja, tetapi merangkumi semua guru mata pelajaran lain.
    Ingat, jadikan budi bahasa budaya kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s