TIGA PELAJAR SMKPS BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM TERTINGGI PENGAKAP SEKOLAH

Sebahagian dari pelajar yang hadir dan mengikuti program Pentarafan Ujian Pengakap Raja Negeri Johor

Sebahagian dari pelajar yang hadir dan mengikuti program Pentarafan Ujian Pengakap Raja Negeri Johor

HEBAT ... Tiga pelajar SMKPS ,Mohd Shafiq Bin Nasir (kanan),Nur Fazrina Bte Ismail, (dua kanan) dan Nur Afifah Bte Ismail (kiri) antara ratusan pelajar yang berjaya menamatkan latihan lima hari bagi Pentarafan Ujian Pengakap Raja Negeri Johor.

HEBAT … Tiga pelajar SMKPS ,Mohd Shafiq Bin Nasir (kanan),Nur Fazrina Bte Ismail, (dua kanan) dan Nur Afifah Bte Ismail (kiri) antara ratusan pelajar yang berjaya menamatkan latihan lima hari bagi Pentarafan Ujian Pengakap Raja Negeri Johor.

Oleh: Norhisham Khalid @ Abu Samah

Gambar oleh: Kelab fotografi SMKPS

PROGRAM

Pentarafan Ujian Pengakap Raja Negeri Johor

TARIKH

14-18 Mac 2009

TEMPAT

Kem Pengakap Jubli Intan,Tanjung Labuh,Batu Pahat,Johor

3 ORANG PESERTA

1)Mohd Shafiq Bin Nasir

2)Nur Fazrina Bte Ismail

3)Nur Afifah Bte Ismail

KELAYAKAN

Peserta merupakan pengakap remaja yang telah berumur 16 tahun 4 bulan keatas dan telah pun mendaftar sebagai ahli pengakap bermula pada tahun 2006 hingga 2008.

Semua peserta yang terlibat telah melepasi banyak ujian-ujian lencana pengakap seperti, lencana usaha, maju, dan jaya bagi peringkat pengakap remaja.

UJIAN PENTARAFAN RAJA

Pada 14 Mac 2009, para peserta telah menduduki ujian Pra Pentarafan Raja untuk membolehkan mereka terus mengikuti ujian pentarafan raja dari 15 Mac hingga 18 Mac 2009.Didalam ujian pra pentarafan raja.peserta perlu memperolehi sekurang-kurangnya 50% markah ujian dan lulus ujian sikap.

Bermula pada 15 – 18 MAc 2009,ujian sebenar Pentarafan Raja dimulakan dan antara jenis ujian ialah

Guru penasihat pengakap SMKPS, Encik Mashudi Mohd Said.

Guru penasihat pengakap SMKPS, Encik Mashudi Mohd Said.

1)Kawad tongkat

2)Membina Gajet

3)Ikatan/simpulan

4)Pidato

5)Ketahanan Fizikal

6)Kekuatan Mental

7)Persembahan Kebudayaan Pengakap

Di dalam ujian-ujian yang disebutkan tadi, ketiga-tiga peserta telah menjalani ujian secara individu.

Ujian tersebut diadakan selama 5 hari di Tanjung Labuh, dan mereka tinggal di dalam khemah masing-masing.

Pendek kata, ujian pentarafan raja merupakan pengalaman yang amat berharga kerana peserta belajar hidup berdikari.

Lembaga Pentarafan Pengakap Raja yang diketuai oleh Haji Ibrahim B Abdullah akan memberikan keputusan samaada mereka melepasi ujian ini dan sekiranya mereka lulus, peserta akan diberi sijil Anugerah Pengakap Raja yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-raja Melayu.Sijil ini melayakkan calon memperoleh markah maksimum 10 % untuk kemasukan ke IPTA.

Mereka telah selamat menjalani ujian ini dan kepada ahli pengakap lain , rebutlah peluang ini untuk menimba seberapa banyak pengalaman berpengakap.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada guru penasihat pengakap SMKPS terutamanya Encik Mashudi Mohd Said kerana telah menyumbang tenaga, masa, dan wang ringggit untuk membantu melancarkan ijian bagi peserta dari SMKPS.Ucapan terima kasih juga kepada pentadbir sekolah khasnya Encik Mustaffa Siraj Guru Penolong Kanan Kokurikulum kerana sentiasa memberikan sokongan.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to TIGA PELAJAR SMKPS BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM TERTINGGI PENGAKAP SEKOLAH

  1. mustaffa siraj says:

    Pengakap Raja mereka impikan

    segala usaha mereka curahkan

    sokongan guru rakan sekalian

    perlu tempuhi pelbagai cabaran

    lima hari hadapi ujian

    jaya dihadapi penuh keberanian

    cikgu mashudi main peranan

    cikgu norhisham tonggak kekuatan

    doa dipohon kepada Tuhan

    semoga mereka beroleh kejayaan

    nama sekolah mereka harumkan

    tidak sia-sia pengorbanan

    agar hajat mereka kesampaian!

    – Mustaffa Siraj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s