MAULIDUR RASUL DISAMBUT MERIAH DI SMKPS

BERARAK ... Majlis Maulidur Rasul disambut meriah di SMKPS dengan pelbagai acara diatur dengan pembabitan seluruh warga SMKPS. Tema sambutan ialah `Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’

BERARAK ... Majlis Maulidur Rasul disambut meriah di SMKPS dengan pelbagai acara diatur dengan pembabitan seluruh warga SMKPS. Tema sambutan ialah `Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 26 Mac (SMKPS) — Majlis Maulidur Rasul disambut meriah di SMKPS dengan pelbagai acara diatur dengan pembabitan seluruh warga SMKPS. Tema sambutan ialah `Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’

Pada hari sebelumnya, guru dan kakitangan telah bekerja keras menjalankan persiapan, termasuk aktiviti rewang. Bahan-bahan makanan telah disediakan dan dua ekor lembu telah disembelih untuk majlis pada tahun ini. Di bawah pengurus makanan, Tuan Haji Ramlan, seluruh tenaga dikerah tanpa berkira. Mereka bekerja hingga jauh malam, sambil menikmati sup panas.

Pada hari sambutan, majlis dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul di sekitar kawasan sekolah, yang dipimpin oleh Ustaz kamarul Hisyam dan Cikgu Khamsuldin. Seluruh sekolah bergema dengan selawat pujian-pujian kepada Nabi Muhammad (saw).

Seterusnya diikuti bacaan ayat-ayat suci al-Quran, alunan lagu nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah serta bacaan berzanji.

Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Shamsudin Samudi dari Jabatan Agama Johor untuk pelajar lelaki dan Ustazah Fazidah Mohd Yusof dari Pejabat Agama daerah Kluang.

Ustaz Shamsudin Samudi penceramah dari Jabatan Agama Johor.

Ustaz Shamsudin Samudi penceramah dari Jabatan Agama Johor.

Dalam ceramahnya, Ustaz Shamsudin menyeru para pelajar supaya mengambil teladan daripada sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad (saw) ke arah menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan tanah air.

Beliau turut bimbang dengan pelbagai gejala buruk yang membabitkan pelajar Islam sekarang, misalnya, melakukan maksiat, mencuri, menyebarkan bahan-bahan lucah dan merempit hingga melanggar batas-batas agama dan moral masyarakat.

Katanya, kurangnya penghayatan agama boleh menjadikan generasi muda Islam gagal menjadi orang Islam yang baik. Beliau memberi contoh satu pasangan muda Islam yang baru berkahwin. Si suami tidak mampu menjadi imam solat sehingga dia menyuruh isterinya mengimamkan solat, sedangkan orang perempuan tidak boleh menjadi imam.

Ustaz Samsudin mengakhiri ceramahnya dengan meminta pelajar bermuhasabah diri untuk membina kekuatan minda dan rohani agar dapat menjadi modal insan yang dapat memenuhi aspirasi bangsa dan negara.

SUNNAH ... Guru Bahasa Inggeris dan pelajar  menghidangkan laut didalam dulang bagi menjamu selera dengan nasi minyak, rendang daging, ayam masak kicap, dalca dan pajeri nanas. Bagi pelajar, mereka makan dalam dulang yang disediakan, mengikut sunnah dan untuk satu dulang cukup untuk menampung lebih dari empat orang.

SUNNAH ... Guru Bahasa Inggeris Cikgu Mosnah dan pelajar menghidangkan lauk didalam dulang bagi menjamu selera dengan nasi minyak, rendang daging, ayam masak kicap, dalca dan pajeri nanas. Bagi pelajar, mereka makan dalam dulang yang disediakan, mengikut sunnah dan untuk satu dulang cukup untuk menampung lebih dari empat orang.

Selesai ceramah, guru dan pelajar dijamu dengan nasi minyak, rendang daging, ayam masak kicap, dalca dan pajeri nanas. Bagi pelajar, mereka makan dalam dulang yang disediakan, iaitu 4 orang satu dulang. Selesai majlis, ahli-ahli Pengakap dan KRS telah menjalankan operasi membersihkan peralatan seperti periuk besar dan dulang.

Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan berpuas hati dengan sambutan pada tahun ini dan berharap para pelajar dapat menghayati mesej-mesej yang dibawa penceramah.

Katanya, gejala salah laku para pelajar SMKPS diharap dapat berkurangan dan akan hanya membawa kemaslahatan kepada SMKPS.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to MAULIDUR RASUL DISAMBUT MERIAH DI SMKPS

  1. ayub says:

    makan jangan tak makan taw!!!!!!!
    huhuhuhuhui

  2. pemerhati says:

    memang makanan yang dimasak sedap2 belaka… dah boleh bukak ketering… apa yg penting, sambutan MaulidurRasul kali ni diharapkan memberi seribu hikmah dan pengajaran kepada kita semua. Nabi Muhammad sememangnya contoh dan teladan yg terbaik buat kita semula….

  3. peh sedap siot, naklh skit!!

  4. salina said says:

    wah..enak er…..mangan2! ngeleh pulak weteng nger delok kendil akeh lauk!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s