MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPS BERJALAN LANCAR

LINTAS HORMAT ...Dua kiri, Tuan Syed Norul Shahrul Bin Syed Nasir, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, yang mewakili Pegawai Daerah Batu Pahat memeriksa barisan kehormatan 7 badan beruniform SMKPS diketuai Mohd Syafiq Nasir (tiga kiri). Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat menjejakkan kaki di SMKPS dan menyeru para pelajar supaya mengambil iktibar atas kejayaan rakan-rakan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum

LINTAS HORMAT ...Dua kiri, Tuan Syed Norul Shahrul Bin Syed Nasir, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, yang mewakili Pegawai Daerah Batu Pahat memeriksa barisan kehormatan 7 badan beruniform SMKPS diketuai Mohd Syafiq Nasir (tiga kiri). Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat menjejakkan kaki di SMKPS dan menyeru para pelajar supaya mengambil iktibar atas kejayaan rakan-rakan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 27 Mac (SMKPS) – Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan selamat diadakan sebentar tadi. Majlis disempurnakan oleh Tuan Syed Norul Shahrul Bin Syed Nasir, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, yang mewakili Pegawai Daerah Batu Pahat.

Beliau disambut dengan pukulan kompang SMKPS dan telah memeriksa barisan kehormatan 7 badan beruniform SMKPS diketuai Mohd Syafiq Nasir.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat menjejakkan kaki di SMKPS dan menyeru para pelajar supaya mengambil iktibar atas kejayaan rakan-rakan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Syed Norul Shahrul Bin Syed Nasir.

Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Syed Norul Shahrul Bin Syed Nasir.

Terdahulu, Pengerusi PIBG, Encik Mohd Arif Othman telah menyeru para pelajar supaya menghayati ajaran islam yang sebenar, yang dapat menyuluh kehidupan mereka ke arah kebaikan.

Pengetua SMKPS pula telah memperincikan pencapaian cemerlang SMKPS dalam peperiksaan awam dan kokurikulum.Buktinya, SMKPS berjaya mendapat tempat kedua kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat dan 9 atlet telah terpilih mewakili Batu Pahat di kejohanan peringkat negeri tidak lama lagi.

Beliau berpuas hati dengan kegigihan guru-guru menjayakan program-program sekolah hingga membutirkan kejayaan yang diharap-harapkan.

Pada majlis penyampaian hadiah, kesemua 9 pelajar cemerlang PMR menerima hadiah, di samping pelajar terbaik akademik bagi semua kelas tahun 2008.

Hadiah juga diberikan kepada olahragawan dan olahragawati sekolah, tokoh badan beruniform dan persatuan tahun 2008.

Subjek-subjek yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan turut diberi penghargaan, iaitu subjek Kimia, Biologi, Sains, Landskap dan Nurseri , Kemahiran Hidup , Seni Visual dan Geografi. Hadiah dan sijil disampaikan kepada guru-guru yang mengajar subjek-subjek berkenaan.

KYUSUK ... Sebahagian dari ibu bapa pelajar SMKPS yang hadir pada mesyuarat PIBG tahun ini.Usul untuk menaikkan sumbangan PIBG kepada RM20 telah diluluskan, begitu juga usul mengutip sumbangan Modul sebanyak RM20, sumbangan Kokurikulum sebanyak RM10, sumbangan Vandalisme RM10 dan sumbangan majalah sebanyak RM10.

KHUSYUK ... Sebahagian dari ibu bapa pelajar SMKPS yang hadir pada mesyuarat PIBG tahun ini.Usul untuk menaikkan sumbangan PIBG kepada RM20 telah diluluskan, begitu juga usul mengutip sumbangan Modul sebanyak RM20, sumbangan Kokurikulum sebanyak RM10, sumbangan Vandalisme RM10 dan sumbangan majalah sebanyak RM10.

Pada pemilihan AJK PIBG, Encik Mohd Arif Othman terus mengekalkan jawatannya, begitu juga dengan Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Satiman Ibrahim dan kebanyakan AJK lama.

Usul untuk menaikkan sumbangan PIBG kepada RM20 telah diluluskan, begitu juga usul mengutip sumbangan Modul sebanyak RM20, sumbangan Kokurikulum sebanyak RM10, sumbangan Vandalisme RM10 dan sumbangan majalah sebanyak RM10.

Encik Hamid Bagong ,selaku wakil ibu bapa, telah menyokong penuh usul yang dikemukakan dan mendapat sokongan sebulat suara ahli yang hadir.

Pengerusi PIBG, Encik Mohd Arif Othman melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan majlis pada kali ini dan berterima kasih atas kerjasama padu yang ditunjukkan seluruh warga sekolah dalam menjayakan program pada hari ini.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPS BERJALAN LANCAR

  1. pemerhati says:

    nasib hujan dan berhenti masa tu, kalau tak tergendala majlis anugerah kecemerlangana ni.
    apa pun tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru yg telah menerima penghargaan daripada pihak sekolah
    anda adalah contoh buat warga SMKPS yang lain..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s