PERJUANGAN KOKURIKULUM DITERUSKAN DENGAN PESTA PANTUN DAN KAWAD KAKI

MANTAP ... Sebahagian dari platun Kadet Kawad Kaki SMKPS (barisan hadapan) yang akan menyertai pertandingan kawad sempena Hari Kor Kadet Polis peringkat daerah Batu Pahat di padang SMK Tinggi, Batu Pahat pada 30 dan 31 Mac ini.

MANTAP ... Sebahagian dari platun Kadet Kawad Kaki SMKPS (barisan hadapan) yang akan menyertai pertandingan kawad sempena Hari Kor Kadet Polis peringkat daerah Batu Pahat di padang SMK Tinggi, Batu Pahat pada 30 dan 31 Mac ini.

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT 29 Mac (SMKPS) -Perjuangan SMKPS dalam program kokurikulum diteruskan pada minggu ini dengan pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis sempena Hari Kor Kadet Polis di padang SMK Tinggi pada 30 dan 31 Mac.

Guru pembimbing pemantun SMKPS, Encik Mustaffa Siraj.

Guru pembimbing pemantun SMKPS, Encik Mustaffa Siraj.

Pasukan Kadet Polis SMKPS yang mendapat tempat ke-3 tahun lalu, berazam untuk memberi cabaran yang lebih baik pada tahun ini hasil latihan intensif sejak sebulan lalu.

Pada kali ini kelengkapan mereka adalah lebih baik, dengan pembelian tali pinggang putih dan selimpang berharga kira-kira RM1000. Menurut Encik Sahri, ketua guru penasihat Kadet Polis, ahli platun telah memberi kerjasama mantap untuk pertandingan tahun ini.

Pasukan Pantun SMK Penghulu Saad juga akan meniti cabaran di peringkat negeri pada 2-4 April di Kota Tinggi. Mereka gigih berlatih di bawah guru pembimbing, Encik Mustaffa Siraj, yang berpengalaman membimbing pemantun ke peringkat negeri semasa di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan dan SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat.

Pemantun SMKPS terdiri daripada Muhammad Syafiq Nasir, Nurul Norfazleen Abd Rasid, Siti Nabila Sakroni dan Nadia Norlaila Mashudi. Berdasarkan undian, mereka bakal bertemu dengan johan daerah Mersing di pusingan awal khamis ini.

Kejohanan Olahraga MSSJ juga akan berlangsung pada minggu ini, iaitu dari 2-5 April di Kluang. Atlet SMKPS yang mencipta sejarah apabila mendapat tempat kedua di peringkat daerah baru-baru ini, turut mengambil bahagian dengan 9 atlet akan beradu tenaga di sana.

Menurut Encik Norman Ibrahim, persediaan rapi dan latihan pusat sejak dua minggu lalu telah dapat meningkatkan pencapaian atlet-atlet sekolah. Hal ini turut diakui oleh Puan Marini Mahamed, yang akan bersama-sama kontinjen di Kluang nanti.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to PERJUANGAN KOKURIKULUM DITERUSKAN DENGAN PESTA PANTUN DAN KAWAD KAKI

  1. HANIM 4AMAN says:

    all the best to smk penghulu saat atas kejayaan yang membutkan satu kebanggaan warga smkps..

  2. trs brusha yusri untk mngecpi gmilang

  3. ur sister...kak wahida! says:

    semoga korang always success….
    utk fazleen pengganti akak sbg pemantun terbaik,hehehe…semoga ko tak kantol g,,,
    way baik2 ye dik…
    pemantun2 yg lain,do ur best…
    akak nk korang bawa kejayaan yg lumayan…=)

  4. cikguanibp says:

    semoga kalian membawa pulang piala kemenangan… Insya-Allah..

  5. Nickolay Kotev says:

    Dear Friend!
    Welcome to my “Blog”, with electronic adress URL: http://nikotev.wordpress.com/ . The name of blog is “History and I”
    The Blog is for SOE, OSS activity on the Balkans during the WWII, some problems of the modern wars in the end of XX Century, American Foreign policy and etc.
    The news:
    In the “Pages” there are many new photos in:
    1) All topics for british commandos on the Balkans
    2) the topics for modern latinoamerican guerrilla (about “Tupamaros”)
    3) the topics for American foreign policy (“UNO USSR and Кuwait Crisis”, “The USA on the road…” and etc.)
    4) the modern photos from the war against talibans in Afghanistan (in all topics for Soviet-Afghanian War).
    5) Photos about WWI and WWII.
    The Blog in this moment is 2-nd in english “Top Military Net”, 5-th in Spanish “Mundo en Guerra”, 2-nd in german “Military toplist”, 8-th in American “100 Top Military photos”, 49-nd in Russian “Военноисторические ресурсы” еnd etc.

    Your friend Nikolay Kotev

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s