SMKPS JOHAN PERTANDINGAN ‘PORTABLE COOKING WITH NATURE’ 2009

HEBAT ... PS'cooker memantulkan cahaya matahari sehingga titik fokusnya jatuh pada dasar bekas memasak. Dengan diameter 75cm, ia mampu menyadap cahaya matahari meliputi keluasan 4418 cm persegi. Alat ciptaan hebat ini berjaya mengalahkan lebih dari 20 pasukan pada pertandingan yang memakan masa sehari suntuk di SMK Sri Gading Khamis lepas.

HEBAT ... PS'cooker memantulkan cahaya matahari sehingga titik fokusnya jatuh pada dasar bekas memasak. Dengan diameter 75cm, ia mampu menyadap cahaya matahari meliputi keluasan 4418 cm persegi. Alat ciptaan hebat ini berjaya mengalahkan lebih dari 20 pasukan pada pertandingan yang memakan masa sehari suntuk di SMK Sri Gading Khamis lepas.

Oleh : Shafie Buyamin
Gambar oleh: En Razak Othman dan Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 31 Mac (SMKPS) — SMKPS johan pertandingan ‘Portable cooking with nature’ (memasak dengan menggunakan tenaga solar) peringkat daerah mengalahkan lebih dari 20 pasukan pada pertandingan yang memakan masa sehari suntuk di SMK Sri Gading Khamis lepas.

3 orang pelajar tingkatan 3 Aktif iaitu Najwa Anati Nazlan, Siti Nuratiah Na’im dan Nurul Aqilah Mat Noh telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini.

Alat memasak ini telah direka oleh Guru Bidang Sains dan Matematik En. Razak Othman dengan bantuan para pelajar berkenaan yang memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan.

Pada hari pertandingan tersebut, Puan Suziana Abdullah telah bertindak sebagai guru pengiring kepada para peserta.

Alat memasak yang dinamakan PS’Cooker ini telah mencatatkan bacaan suhu tertinggi iaitu 80 darjah celcius pada hari pertandingan tersebut.

Guru Bidang Sains dan Matematik En. Razak Othman

Guru Bidang Sains dan Matematik En. Razak Othman

Bekas memasak yang dicat hitam membolehkan penyerapan haba matahari secara maksimum yang dipantulkan oleh cermin yang terletak dibahagian bawah alat memasak.

Bekas memasak digantungkan pada tiang kayu boleh dilaraskan dengan bantuan takal pada joran dan tombol pada tiang.

Pemantul parabola memantulkan cahaya matahari sehingga titik fokusnya jatuh pada dasar bekas memasak. Dengan diameter 75cm, ia mampu menyadap cahaya matahari meliputi keluasan 4418 cm persegi.

Kos yang diperlukan untuk mereka alat tersebut amat rendah iaitu RM10.50 kerana banyak bahan terpakai yang digunakan seperti plastik, kertas dan kayu yang boleh didapati dengan mudah.

Kelebihan alat setinggi 1m dan berat 5.1kg ini ialah boleh memasak pelbagai jenis makanan, mudah dipasang, mudah disimpan, pemanasan yang cepat, kalis air, kos rendah dan menggunakan bahan api percuma (solar).

Pertandingan peringkat negeri akan diadakan pada Jun tahun ini. Buat masa ini para pelajar dan guru terbabit sedang memerah idea untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

Sama-samalah kita berdoa supaya SMKPS dapat memenangi pertandingan ini nanti dan seterusnya mara ke peringkat kebangsaan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

8 Responses to SMKPS JOHAN PERTANDINGAN ‘PORTABLE COOKING WITH NATURE’ 2009

  1. fatyn fatiehah says:

    Tahniah , kat korang semua ! saya dan rakan-2 baru jew nak belajar tentang ‘cooking with nature’ .

  2. friend of mickey_7 says:

    cogratulation all!

  3. siti Aisyah says:

    tahniah kat korang,dah berjaya harumkan nama
    sekolah……dpt pecahkan rekod tuk tahun 2007.

  4. aqilah- 3 aktif says:

    Hehehe…. Buat betul-betul tau untuk peserta kereta solar…. kitorang dah menang portable cooking with nature, takkan korang nak kalah dengan kitorang plak…..

  5. salina said says:

    fuyyyyooooooooooo….dasat temen ckg razak…uwong ngey berinovasi lagi gempak!!kagum di watnyer…orak payah ngenggo tong gas meneh lepas iki, ngenggo kuwi waer lah…jimat…gawat bagus jugak ono barang2 koyok iki…pak jalok siji la karo ckg razak….HEBAT!!!IDOP CKG RAZAK!!!

  6. Tahniah kepada para peserta dan terutama kepada cigu Razak dan peserta PCWN tahun 2007 atas pembikinan pertama peralatan diatas.Racing kerata solar ada tapi 15 April baru bertanding peringkat daerah dan saya salah seorang pesertanya..

  7. dee says:

    Tahniah.
    Tahun ni x racing kereta solar ker????

    http://deefamily-keluargamanisku.blogspot.com

  8. esbe says:

    wow! Pencapaian yang hebat. Teruskan kejayaan yang cemerlang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s