PEMANTUN SMKPS SAMPAI KE SUKU AKHIR KALI INI.

HANYA SUKU AKHIR ... Pemantun SMKPS bersama dua orang guru pembimbing di Dewan SMK Tun Habab, Kota Tinggi di sini semalam.Latihan yang singkat dan perubahan besar format pertandingan sedikit menjejaskan persembahan pasukan.

HANYA SUKU AKHIR ... Pemantun SMKPS bersama dua orang guru pembimbing di Dewan SMK Tun Habab, Kota Tinggi di sini semalam.Latihan yang singkat dan perubahan besar format pertandingan sedikit menjejaskan persembahan pasukan.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab fotografi SMKPS

KOTA TINGGI, 3 April (SMKPS) — Hajat SMKPS untuk mencipta nama di pertandingan Pesta Pantun peringkat negeri tidak kesampaian apabila tumpas di suku akhir kepada pemantun daerah Pontian. Pasukan SMKPS merupakan johan Batu Pahat.

Walaupun pasukan SMKPS telah cuba sedaya upaya dengan menjawab semua pantun yang dilontarkan dan menepati masa yang ditetapkan, namun yang terbaik daripada mereka rupanya tidak mencukupi.

Kemenangan sebenarnya sudah seperti dalam tangan apabila pemantun lawam membuat beberapa kesilapan, antaranya tersasul dan mengulang-ulang baris pantun. Apabila pengerusi pantun mengumumkan bahawa daerah pontian yang memenangi pertandingan, terdapat suara-suara yang melahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu. Namun, keputusan pengadil adalah muktamad.

Guru pembimbing pasukan SMKPS memberitahu, pasukan kita telah memberikan persembahan yang lebih baik daripada pasukan Pontian. Beliau mengakui beberapa kesilapan kecil SMKPS berpunca dari kekurangan latihan. Latihan yang singkat dan perubahan besar format pertandingan sedikit menjejaskan persembahan pasukan.

Keseluruhannya, guru pembimbing pantun berpuas hati dengan persembahan pasukan dan banyak maklumat berguna yang dapat diperoleh daripada para hakim pertandingan, yang dapat digunakan pada pertandingan akan datang.

— SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

6 Responses to PEMANTUN SMKPS SAMPAI KE SUKU AKHIR KALI INI.

  1. pemerhati says:

    kalah sebab baju tu… kena pakai baju lebih power lagi tahun depan… he..he… Anyway TAHNIAH buat berlian dan anak2 didiknya kerana telah bejaya sampai keperingkat suku akhir..
    tu baru buat sorang2 aje tu… memang mantap la berlian ni…

  2. dina says:

    dua 3 kucing berlari,
    mne nk same c kucing belang,
    byk sek kt dunia ni,
    mne nk same SMKPS ku sayang.
    he2…ok ke..1st time nie uat pntun(hu2 tu yg kaku je pntun nie) ptt r dulu xwkil pantun sek..
    k tok pemantun smkps truskn usha korang tok menang thun depan..

  3. aqilah- 3 aktif says:

    rileks arrr… taun depan ada lagi. insya allah ada rezeki taun depan… jangan putus asa untuk menambahkan kejayaan… buat para peserta, hehe… tenanglah….

  4. salina said says:

    ala, biasak la adat ptndingan…mesti de kalah menang beb!!! ok aper dpt suk suku ahir, dulu aku jgn kn kate suku ahir,layak masok pn tidak!!! mgkin coz aku join dak2 3 suku kot….hahahah..pepun, try again at d other competition..improve d good pformance…keep it up k!!!!

  5. tahniah kepada peserta2 walaupun tumas di suku akhir…pasti ada hikmad di sebalik semua ini iaitu SMKPS selangkah menonjol daripada sekolah2 di daerah Batu Pahat dan mula terkenal di sekitar Johor dengan reputasi yang cemerlang!

  6. salina said says:

    wah…comey2 pemantun2 tu yek….anak sappala…GUD LUCK korag!!!!
    dua 3 kucing blari…mane nk same c kucing belang….HA JAWAB SELEBIHNYE….BELIK2!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s