PANTUN SELEMBAR KISAH SMKPS

SMKPS

PANORAMA ... SMKPS Maju Jaya !

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Fotografi SMKPS

Tanam padi barang serelung
sayang mengapa tumbuhnya lalang
SMKPS di pekan Parit Sulong
biasa dipanggil sekolah belakang

Memasang lukah di Kuala Jambi
puspa kenanga harum mewangi
Puan Hajah Salbiah pengetua kami
gigih bekerja sukar ditandingi

Pagi-pagi mencari rezeki
nampak di baroh burung pekaka
3 GPK semua lelaki
meningkatkan sekolah matlamat mereka

Membeli tahu di kedai Cik Nyonya
Suria ceria kian menyerlah
guru kakitangan apa kurangnya
gigih usaha memartabat sekolah

Panglima mudik di Kuala Balah,
terbang tempua tepian paya
Bidang akademik kian menyerlah
usaha dilaksana tidak sia-sia

Tumbuh berjajar pohon seraya
sinar suria kian menyerlah
Kokurikulum juga makin berjaya
Olahraga jelas mencipta sejarah

Anak raja mudik kuala
pergi belayar ke Tanjung Gelang
seluruh warga sepadu usaha
membawa sekolah ke era gemilang

Pergi menebas si anak tani
Anak muda pergi menoreh
Kepada bekas pelajar kami
bantulah sekolah mana yang boleh

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in MENGENAI BLOG SMKPS. Bookmark the permalink.

6 Responses to PANTUN SELEMBAR KISAH SMKPS

  1. salina said says:

    o yeker…i ingtkan Ckg Mus blogger blog ni…so, to Ckg Najhan, i want syer with u 1 information…if u interesting, pls respon on my personel email lina_2131@yahoo.com.

  2. En Mus says:

    Bukan saya x-reporter Bernama atau developer blog ni. Yang tu ialah en mohd najhan azman hamid… Pn Mazni takkan tak kenal latar belakang saya!
    Idea buat web site memang bagus, tapi ilmu IT saya ni macam setitis air di lautan… en najhan yang dapat beri pandangan lebih jitu.. Ini cakap mesejid!

  3. salina said says:

    xpayah d uji try test la ckg Mus…sy mmg da tbukti pakar dlm mgubah pntun mahupun seloka…tp pntun merapu n jawe jela…HAHAHAHA…ley ke pantun jawe d ketengahkan…o ye tompang tnye, ckg Mus ke yg X-reporter Bernama merangkap developer blog ni? sy de usulkn b4 dis pd PN. Mazni b4 this agar ckg Mus wat lak website SMPS…lg byk yg ley upload if wbsite…infrmation pn lg byk ley attach…tp kos tok web hosting lak kne fikir ek..tahla..Actualy , sy de plan tok develop wbite sek kite as my final project…tp atas sbb ttntu n nsihat pn. Mazni, unfortunately sy xjadi wat…alangkah baiknya if sek kite de wbsite sndiri,,,pasti GEMPAKS!!!!

  4. mustaffa siraj says:

    Boleh tahan jugak pantun salina
    ada can masuk senarai menunggu!
    itu belum lagi diuji secara lisan…
    dah tu baru tahu di tahap mana.
    sama ada tahap Cemerlang, baik atau sederhana.. keep on trying!

  5. salina said says:

    Pergi menebas si anak tani
    Anak muda pergi menoreh
    Kepada bekas pelajar kami
    bantulah sekolah mana yang boleh

    ye bgus bunyi pantun ni…jadi seruan wat X-student2 SMKPS agar mbantu sek mane yg ptot…niat ati mmg nk bantu…tp xtau dgn cara yg mcm mane…mgkin doa jekot yg sy mampu panjatkan agr SMKPS kian improve!!!

    tapi mcm nk beli pantun tadi boley….(actualy xtau sgt nk berpntun2 bergurindam ni, tp bantai layer)

    menebas rumput gunekan pahat,
    tengah menebas pak usin ngok ngek lalu,
    saya X-student SMKP saat,
    agar semua wargenye sukses selalu

    ha, pntun JAWE lak….

    sikil loro ketiban pagar,
    wesla ketiban kejeblos paku,
    cikgu2 mesti tekun nek ngajar,
    ben akeh bocah melebu U.

    pntun 2 kerat lak….

    HIP HIP HOREY,
    PAK BALIK DISEK WES SOREY!

    bdasarkan pantun2 tadi, agak2 leyla taun dpn sy join pemantun yg lain..KOPEM MENANG!!!!HIHIHII

  6. ex-student smkps says:

    assalamualaikum..
    semoga smkps terus maju akademik dan kokurikulum…
    pantun-pantun ciptaan cikgu mustaffa siraj terus mantap dulu kini dan selamanya…
    huhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s