GURINDAM PARIT SULONG 1

SMK Penghulu Saat kian dikenali seluruh warga gembira sekali

SMK Penghulu Saat kian dikenali seluruh warga gembira sekali

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

Parit Sulong di Batu Pahat
sangat terkenal di kalangan rakyat

Zaman Jepun menjadi bukti
pertempuran sengit terjadi di sini

tentera Jepun zalim sungguh
Tentera Australia ramai terbunuh

Kerajaan Australia mengingati mereka
setiap tahun ada upacara

Panglima Salleh tokoh ternama
sanggup hadapi Bintang Tiga

Panglima Salleh melancarkan jihad
dapat membendung komunis jahat

Parit Sulong pelbagai warna
Melayu Cina Banjar Jawa

Pasar Sabtu jadi tumpuan
pelbagai barang memikat perhatian

2007 banjir di Parit Sulong
pengalaman pahit sukar ditanggung

Datuk Noraini wakil rakyat kami
berjawatan sebagai Timbalan Menteri

Jalan parit Sulong ke Simpang lima
sedang dibaiki menyulitkan semua

SMK Penghulu Saad kian dikenali
seluruh warga gembira sekali

SMK Dato Sulaiman jiran kita
bersaing kita menuju jaya

Sekian dahulu nukilan saya
jumpa lagi di lain masa

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in MENGENAI BLOG SMKPS, SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

7 Responses to GURINDAM PARIT SULONG 1

  1. salina said says:

    tq a lot wat Ckg Mus atas nasihat, komen n gurindam tu td….B THE BEST OF ALL SMKPS’s TEACHERS!!!

  2. En Mus says:

    Tak pa lah, saya tak dapat cari makan dengan bergurindam… sebab sebelum ni tak ada sape bayar saya untuk bergurindam pun!

    Fikir punya fikir, saya bersyukur dapat pewaris di kalangan orang muda macam salina yang cepat belajar dan mampu bergurindam mengalahkan orang lama macam saya… Dapatlah saya bersara dari gelanggang gurindam, kerana dah ada pelapis… bukan kuih lapis! Tapi saya nak bergurindam buat kali terakhir kot..:

    Pak Pung punya fasal
    Salina jadi penggurindam handal

    Saya dah tua tak bermaya
    salina boleh ganti saya

    Tulang dah retak urat dah kendur
    sampai masa saya berundur

    Pak Pung jangan kecil hati
    teruskan gurindam yang berisi

    Gurindam salina memang memuaskan
    bukan saya nak minta belanja makan

    Gurindam itu pusaka bangsa
    bakat yang ada jangan dipersia!

    Kat rambut ada kutu
    Cukup lah tu!

    Mata dah kelabu
    permisi dulu!

  3. salina said says:

    hahaha…see the leg la ckg Mus!! kihkihkih!! nak balas balek gurindam Ckg Mus:

    memang gurindam warisan kita
    takkan nak lupa begitu saja

    memang patut budaya di kembang
    barulah ilmu tiap manusia seimbang

    memang salina dah pandai gurindam
    tanda ada bakat terpendam (kihkihkih)

    jangan suka asik berdendam
    petah lagi bila kalah main dam

    warisan melayu teramatlah kaya
    takkan melayu hilang di dunia

    so, camne Ckg Mus? talent sy dlm bidang gurindam kian improve & boley di bwk ke tgh tak? tapi bukan ke tengah laut tau…huahahaha…abes la ckg Mus, mmg lah susah cari makan pasni…HIHIHII…

    dedicated to Pak Pung…TQ for your tips.

  4. Penghulu Saat says:

    Pendapat Juri En. Mus:

    Wah! Cepatnya Salina belajar buat gurindam… Baru tuisyen 5 minit dengan Pak Pung dah pandai gurindam! Pulaknya mutu gurindam dah melepasi standard piawaian gurindam pendatang baru! Ini bikin saya sukar cari makan. Kenapalah Pak Pung bagi tip! Tak Boleh Jadi ni. Saya kena gurindam sikit:

    gurindam itu warisan kita
    jangan kita buat-buat lupa

    kalau dah pandai kembangkan ilmu
    agar subur budaya melayu

    Salina dah pandai bergurindam
    yang lain jangan duduk diam

    Tak salah kalau bergurindam
    daripada kita main dam berdendam!

    Gurindam budaya masyarakat
    sendiri mahu ingat!

  5. salina said says:

    wah…pak pung bg tip nak bgurindam la plak,,,,siapalah gerangan Pak Pung ni ye agaknye…gaye nye umpama pakar dlm ilmu bgurin2 gurindam ni…DASAT!!!

    tips telah d berikan, why not if aku cube. Pak Pung boleh, xkan aku xley kot! tapi if sumbang bunyinye maap jelaye….aku try, dgr ni:

    counselor muda amat di segani
    itulah dia Pn. Mazni

    Ensem macho x kering gusi
    si dia pastinya Ckg Mashudi

    Hjh Jasayah kecil molek
    agak garang tapi baik

    Ustaz Hasanin sejuk dipandang
    segala nasihat sentiasa di kenang

    Manis senyuman tiggi budi bahasa
    tentulah dia Ckg Fatimah Sarah kita

    Hj Kassim awet muda sentiasa
    jumpe kat luar sporting gila!

    Buat kelakar ekspert orangnya
    Ckg Razak Othman beliaulah gerangannya

    dulu muda sekarang da tua
    saya X-student 1998-2002

    manis enak gulo kabung
    wes disek ngesok nyambung

    attention to Ckg Mus, selaku juri gurindam kali ini, sila beri komen anda…HEHEHE

  6. Pak Pung says:

    Tak susah sangat la nak bergurindam…
    Ia terdiri daripada 2 baris yang sama bunyi suku kata akhir setiap baris.
    Isinya pula ada unsur cerita, nasihat atau jenaka.

    Contoh gurindam lama berunsur nasihat:
    Jika terlalu banyak berkata-kata
    nescaya datang dusta

    Contoh gurindam berunsur jenaka:
    Kambing di reban tersenyum sumbing
    melihat ketam jalan mengiring

    Contoh gurindam berunsur cerita
    Pergi beraya ke rumah rakan
    perut kenyang dapat bermaafan

    Selamat mencuba!
    Ingat, semua itu COBAAN!

  7. salina says:

    wah…en. Mus ni bergurindam lak dier…if bab gurindam ni mmg aku surrender la…xmahir la plak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s