BOLA BALING PEREMPUAN SMKPS:PERSEDIAAN LEBIH RAPI TAHUN INI

SUDAH BERSEDIA ... Pemain Bolang Baling SMKPS yang akan bertanding mewakili sekolah pada tahun ini. Mereka menjalani latihan setiap hujung minggu selama dua jam bagi mengasah teknik balingan, serangan dan pertahanan dengan dibantu dan dipantau oleh guru-guru pasukan.

SUDAH BERSEDIA ... Pemain Bolang Baling SMKPS yang akan bertanding mewakili sekolah pada tahun ini. Mereka menjalani latihan setiap hujung minggu selama dua jam bagi mengasah teknik balingan, serangan dan pertahanan dengan dibantu dan dipantau oleh guru-guru pasukan.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar Oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 8 April (SMKPS) — Tiga Pasukan Bola Baling perempuan SMKPS bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan pasukan yang akan menyertai pertandingan Piala Warisan hujung tahun ini giat berlatih di Padang Sekolah Penghulu Saat dengan persediaan yang lebih rapi sejak awal tahun ini.

Ketua Jurulatih Bola Baling perempuan Mashudi Mohd Said berkata ketiga-tiga pasukan bola baling SMKPS tersebut  menjalani latihan setiap hujung minggu selama dua jam bagi mengasah teknik balingan, serangan dan pertahanan dengan dibantu dan dipantau oleh guru-guru pasukan.

Ketua Jurulatih Bola Baling perempuan En Mashudi Mohd Said.

Ketua Jurulatih Bola Baling perempuan En Mashudi Mohd Said.

Tahun lepas pasukan Bola Baling bawah 18 SMKPS yang diketuai Farhana Taslim, berjaya menduduki naib johan, manakala Bola Baling bawah 15 SMKPS yang diketuai Norshahira Ishak berjaya mendapat tempat ke-empat keseluruhan.

‘Ini adalah satu petunjuk yang baik dan saya percayai melalui latihan konsisten yang sedang mereka jalani akan meningkatkan prestasi pasukan secara keseluruhan dan secara tidak langsung menjanjikan harapan yang cerah memperbaiki kedudukan SMKPS pada kejohanan kali ini,’katanya ketika ditemui di padang sekolah SMKPS di sini hari ini.

Beliau berkata,dengan komitmen yang tinggi dan semangat yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pasukan tidak mustahil jika SMKPS mampu memberikan kejutan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

Kita harap pasukan sekolah terutamanya bawah 18 dan 15 mampu memenangi semua perlawanan terutamanya pada peringkat awal dan melayakkan diri ke suku akhir, namun kami menjangkakan saingan sengit akan berlaku terutamanya dari sekolah sekolah lain.

Perlawanan Bola Baling bawah 18 lelaki dan perempuan, yang akan berlangsung pada 13 dan 14 haribulan Mei ini diadakan di SMK Dato’ Seth.SMK Penghulu Saat bakal menjadi tuan rumah pada 5 dan 6 Mei ini untuk bawah 15 lelaki dan perempuan.

Lebih dari 40 pelajar perempuan  terlibat dan bakal mewakili SMKPS bagi acara bola baling bawah 18, bawah 15 dan Piala Warisan bagi tahun ini.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

3 Responses to BOLA BALING PEREMPUAN SMKPS:PERSEDIAAN LEBIH RAPI TAHUN INI

  1. ameer says:

    ensem gak ckgu mashudi 2……
    hehehe…

  2. dina says:

    uat yg terbek korang…moga setiap usha korg berbaloi..gambate!!!!!!

  3. salina said says:

    wah…gambar Ckg Mashudi mcm nak tagline tongkat ali je…mai secawan…bagusssssssssssssssss!!!heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s