MUKA-MUKA BARU WAKILI SMKPS UNTUK PERTANDINGAN NASYID ESOK

MUKA BARU ... Sembilan pelajar terdiri dari tingkatan tiga dan empat yang bakal mewakili SMKPS pada Pertandingan Nasyid Sekolah di SMK Datuk Menteri di Ayer Hitam esok.

MUKA BARU ... Sembilan pelajar terdiri dari tingkatan tiga dan empat yang bakal mewakili SMKPS pada Pertandingan Nasyid Sekolah di SMK Datuk Menteri di Ayer Hitam esok.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 8 April (SMKPS) — Alunan merdu suara kumpulan nasyid perempuan SMKPS berkumandang sejak seminggu lepas sebagai persiapan terakhir untuk bertanding dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah di SMK Datuk Menteri di Ayer Hitam esok.

Guru pembimbing nasyid Ustaz Ihsanuddin Ismail

Guru pembimbing nasyid Ustaz Ihsanuddin Ismail

Ahli nasyid yang terdiri dari sembilan orang pelajar perempuan mendapat bimbingan dari dua orang guru iaitu Ustaz Ihsanuddin Ismail dan Ustazah Noradilah Idris menjalani latihan nyanyian dan penggunaan alat muzik ‘pecussion’ setiap hari selama dua jam terutamanya apabila habis waktu persekolahan.

Pada penyertaan kali ini SMKPS meletakkan wajah-wajah baru yang diketuai oleh Fatin Nabila sebagai vokal utama dan lagu yang bakal didendangkan pada pertandingan esok ialah ‘Akidah Pembentuk Jati Diri Cemerlang.

Menurut Ustaz Ihsanuddin mereka difahamkan akan bertanding dengan 20 buah sekolah seluruh Batu Pahat dan akan bertolak jam 7.30 pagi esok.

Semoga kejayaan mengiringi pasukan Nasyid sekolah kita! amin.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

6 Responses to MUKA-MUKA BARU WAKILI SMKPS UNTUK PERTANDINGAN NASYID ESOK

  1. pemerhati says:

    kena usaha lagi dimasa2 akann datang… jangan cepat berputus asa…
    kena minum air asam JAWA byk2 kalau nak suara tu merdu…
    aku boleh tolong latihkan. tapi… lagu sampai hatilah.. heeehe..

  2. iskandar says:

    muke2 bdk smkps ni mmng cunlh

  3. Wa.. Ni muke sume bek2.. Msti leh mng punye la..
    Jri tngok muke korng dh chop No.1 hhe..

  4. Pak Pung says:

    Selamat bertanding ya
    kalau menang pasti gembira
    kalau kalah jangan berduka
    Niat untuk jadi insan bertakwa

    Insya Allah!

  5. Salam,pastikan usaha dan keperitan kotak suara kengkawanku ini berbaloi dengan kejayaan yang akan dicapai nanti! insyaalah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s