PIBG SMK PENGHULU SAAD TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA SEKOLAH

BERDOA UNTUK YANG TERBAIK ... Sebahagian guru dan ibu bapa yang menghadiri mesyuarat PIBG SMKPS pada 27 Mac lalu.PIBG berpuas hati dengan kegigihan sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan prasarana. Hal ini terbukti dengan pelbagai kejayaan sekolah sejak beberapa tahun belakangan ini.

BERDOA UNTUK YANG TERBAIK ... Sebahagian guru dan ibu bapa yang menghadiri mesyuarat PIBG SMKPS pada 27 Mac lalu.PIBG berpuas hati dengan kegigihan sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan prasarana. Hal ini terbukti dengan pelbagai kejayaan sekolah sejak beberapa tahun belakangan ini.

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKSP

BATU PAHAT, 8 April (SMKPS) – Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Penghulu Saad akan terus memberikan sokongan padu kepada program sekolah, demikian ditegaskan oleh Yang Dipertuanya, Encik Mohd Arif Othman.

Beliau yang baru mengekalkan jawatannya dalam mesyuarat agung PIBG baru-baru ini melahirkan rasa syukur kerana mesyuarat berlangsung dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebat sejurus sebelum mesyuarat dimulakan.

‘Mesyuarat telah meluluskan semua usul berkaitan kutipan sumbangan untuk sumbangan tahunan, modul, vandalisme, kokurikulum dan majalah berjumlah RM70’.

Katanya, PIBG berpuas hati dengan kegigihan sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan prasarana. Hal ini terbukti dengan pelbagai kejayaan sekolah sejak beberapa tahun belakangan.

‘Pembinaan Anjung Musolla tahun lalu disokong penuh PIBG. Begitu juga dengan pembelian kertas A4, program panatia dan pembelian track suit untuk kontinjen olahraga’

Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Ketua Kampung, beliau berjanji akan terus memberikan sumbangan kepada sekolah dan akan terus kerap ke sekolah untuk tujuan itu.

Katanya, ibu bapa perlu sedar bahawa pihak sekolah telah cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh yang demikian, program sekolah perlulah disokong, bukan ditentang.

‘Ibu bapa yang berkemampuan sepatutnya boleh memberi sumbangan yang lebih besar kepada PIBG, dengan itu PIBG boleh melaksanakan lebih banyak program yang akan hanya membawa faedah kepada anak-anak’.

Pengetua SMK Penghulu Saad, Hajah Salbiah Maskan, mengakui sumbangan PIBG dalam menjayakan program sekolah dan mengharapkan sumbangan itu akan diteruskan demi kejayaan anak didik semua.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to PIBG SMK PENGHULU SAAD TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA SEKOLAH

  1. ki ki says:

    wahh.. cikgu najhan..
    ok sangat…

    hehe…
    nasib bapak aku datang..

  2. Pak Pung says:

    Wak Arif ni dedikasi orangnya
    boleh kata selalu datang meninjau sekolah
    Apabila kereta Unser metalik masuk sekolah,
    itulah Wak Arif datang dengan penuh bergaya!
    Kalau ajak ke kantin, dia yang bayarkan….!

    Jagung Wak Arif pun ada kelas gitu
    sekali makan pasti tak jemu
    (Bagi yang ada gigi la!)
    Hi hi hi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s