SMKPS BERSEDIA MEMBERI CABARAN DI PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH

BERSEMANGAT ... Platun Kawad Kaki Unit Beruniform KRS bersedia memberi cabaran di pertandingan Kawad Kaki daerah Batu Pahat, yang akan berlangsung pada 13-15 April di Kem Pengakap Tanjong Laboh.

BERSEMANGAT ... Platun Kawad Kaki Unit Beruniform KRS bersedia memberi cabaran di pertandingan Kawad Kaki daerah Batu Pahat, yang akan berlangsung pada 13-15 April di Kem Pengakap Tanjong Laboh.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 8 April  (SMKPS) — Platun Kawad Kaki Unit Beruniform bersedia memberi cabaran di pertandingan Kawad Kaki daerah Batu Pahat, yang akan berlangsung pada 13-15 April di Kem Pengakap Tanjong Laboh.

Pada pertandiingan kali ini, platun KRS akan bertanding pada 13 April, Pergerakan Puteri Islam (14 April) diikuti Kadet Polis pada 15 April.

Menurut Encik Sahri Othman, ketua guru penasihat Kadet Polis,platun kita akan cuba menebus kehampaan apabila gagal mendapat tiga kedudukan terbaik semasa Hari Kor Kadet Polis baru-baru ini.

Platun KRS pula gigih berlatih di bawah pengawasan ketua guru penasihatnya, Puan Noriza Kastory.

Manakala platun Pergerakan Puteri Islam pula berharap dapat menimba pengalaman berguna dalam penyertaan sulung mereka di peringkat daerah.

Pemangku Ketua Guru Penasihat Pergerakan Puteri Islam Siti Noor Ibrahim

Pemangku Ketua Guru Penasihat Pergerakan Puteri Islam Siti Noor Ibrahim

Ustazah Siti Noor Ibrahim, Pemangku Ketua Guru Penasihat, memberitahu bahawa pasukannya belum berpengalaman dan mengharapkan persembahan pasukan tidak mengecewakan pada kali ini.

SMKPS juga diberi tugas dalam pengelolaan pertandingan, iaitu AJK Pembantu Pertandingan(QM). Tugasnya adalah untuk memastikan gelanggang dalam keadaan bersih dan bersedia untuk digunakan.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertanding, semoga dapat memberikan persembahan terbaik dan membawa kejayaan kepada sekolah.

— SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to SMKPS BERSEDIA MEMBERI CABARAN DI PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH

  1. bdk2 smkps ni mmng terror kwd x yah ckp lgi dah

  2. Ini ke Bdk KRS SMKPS Macho2 SIot….. Ermm..
    Tpi lgi Macho Bbdk Olahraga.. hhe.. -^^’~
    Ape2 pon “OK HeNSeMz” Ayt Ckgu Najhan Hhe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s