PERSEMBAHAN DRAMA BAHASA INGGERIS SMKPS TIDAK MENGECEWAKAN

TETAP POSITIF DAN CERIA ... Persembahan kumpulan drama Bahasa Inggeris SMKPS di pertandingan drama peringkat daerah tetap positif disebalik kegagalan mereka untuk menempatkan diri dalam tiga tempat teratas

TETAP POSITIF DAN BERSEMANGAT ... Persembahan kumpulan drama Bahasa Inggeris SMKPS di pertandingan drama peringkat daerah memberikan aksi menarik disebalik kegagalan mereka untuk menempatkan diri dalam tiga tempat teratas.Penyertaan kali ini,memberi mereka ruang untuk menimba lebih pengalaman untuk beraksi dengan lebih baik dimasa akan datang.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Fotografi SMKPS

BATU PAHAT. 9 April (SMKPS) – Persembahan kumpulan drama Bahasa Inggeris SMKPS di pertandingan drama peringkat daerah yang berlangsung hari ini tidaklah mengecewakan.

Dalam pertandingan membabitkan 9 buah sekolah menengah di SM Teknik itu, SMKPS gagal mendapat tiga tempat terbaik.

SM Teknik muncul johan, diikuti SMK Perempuan Temenggung Ibrahim di tempat kedua dan SMK Tinggi di tempat ketiga.

Menurut Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMKPS, YM Raja Zakaria Raja Ali, penyertaan kali ini adalah untuk menimba pengalaman berguna setelah tidak mengambil bahagian pada tahun 2007 dan 2008.

Puan Aspalela Abdullah , guru pembimbing pasukan pula menegaskan bahawa penyertaan kali ini dapat membuka mata para pelakon supaya meningkatkan mutu lakonan, ke arah mencapai kedudukan yang lebih baik pada tahun hadapan.

Drama SMKPS berkisar tentang kisah seorang pelajar yang mudah dipengaruhi oleh godaan syaitan dan rakan, hingga sanggup melawan ibu bapa dan mencuri. Dia akhirnya dimasukkan ke dalam lokap dan akhirnya timbul keinsafan untuk dia kembali ke pangkal jalan

“Pelakon belum mahir menguasai seni pentas dan ada di antara mereka kelihatan sedikit gugup. Dengan menyaksikan persembahan bermutu dari sekolah lain, akan dapat menyemarakkan semangat untuk lebih berjaya”.

Beliau memuji kesungguhan pasukan SMKPS untuk menyertai pertandingan kali ini, dengan kesediaan berlatih secara konsisten. Pasukan turut dibimbing Cikgu Mosnah Tamsir, guru Bahasa Inggeris SMKPS.

” Kelemahan kita adalah dari segi kekuatan lontaran suara hingga menyebabkan ada dialog yang tidak dapat disampaikan dengan bertenaga. Latihan vokal yang lebih mantap diperlukan sebagai persediaan pertandingan masa depan.

Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Hajah Rosnani Shihab, Pengetua SM Convent selaku Pengerusi JKD Bahasa Inggeris daerah Batu Pahat.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

12 Responses to PERSEMBAHAN DRAMA BAHASA INGGERIS SMKPS TIDAK MENGECEWAKAN

  1. AQILA 4AKTIF 2010 says:

    Drama? tak pe lah tak menang pun. mana tau tahun depan ade rezeki. Cam menarik je…. nape tak persembahkan mase hari guru ke……

  2. fikri says:

    bgs la ad pngalaman b`lakon dlm bi.. t lau dh msk U senang la nk wat presentation… lakukan yg terbaik lain kali k.

  3. balqis says:

    dulu mase akak join drama bahasa inggeris ni pun best jgk….. under TEACHER HERLINA……………………

  4. mira in drama- says:

    heeee…akula yg pgang wtak amira dak baik yg jd jahat kt dlm citer tu..x menang x pe!!!usaha len kali masih ada lor…chayok!!!!btw,aku yg pkai bju biru..

  5. -" ADiB CuTEZ "- says:

    wa….
    mak angkat naem la….
    ekkeke….
    ^^

  6. fara says:

    cikgu aspalela tu mk cik aku..

  7. spirit_finger93 says:

    cpe2 nk tau.. axu niy yg bju ijau kt gmba 2.. hehehe.. wtak axu niy agk jhat.. nme axu slank.. tp.. axu mmg jhat pn..

  8. dina says:

    dulu i’m there..n now my sister…he2
    next year join drama lg kn..
    so…chaiyo 4 next year..
    leh tau senarai pelakon n watk yg korg bwk..

  9. Ala Korng Dpt NO. bpe.?? Klu aq wt prsmbhn Msti NO.1 .. ^^
    Wt la lwk ckit mcm Rja Lwak grenti Mng hhe..
    Ape2 pon GoOD LuCK~

  10. Pak Pung says:

    Untung dapat berlakon…. Pak Pung dulu tak ada peluang nak berlakon… Jadi Hang Kebun pun tak dapat! Kata kawan Pak Pung, muka tak comercial… Nampak pentas pun dah gigil dan beberapa kali pergi bilik air…

    Pak Pung tabik kat korang… Muda-muda dah dapat berlakon, speaking pulak tuh!

    Tapi kawan Pak Pung kata, Dunia ni kan pentas lakonan… Jadi kira Pak Pung hari-hari berlakonlah!

  11. salina said says:

    enggak apa sih kalau enggak menang kali ini!!! di cuba la lain kali…bisa menang pastinya kalau usaha lebih gigih lg dong!!! lontaran suaranya mesti di kuatkan agar selepas ini bisa di dgr…ojo isin2 nek ngomong… seng kuat ben kabeh kerungu!!!

  12. tahniah jugak kpd para pelakon..teringin juga nak terlibat dlm drama tapi apakan daya, cikgu yang memilih…but good luck for the next year!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s