CORAT-CORET SMKPS DI KARNIVAL KAWAD KAKI DAERAH BP

Oleh : Mustaffa Siraj

TANJONG LABOH, 13 April, (SMKPS) – SMKPS menghadapi cabaran getir sebelum pertandingan Kawad Kaki daerah bermula! Sekolah kita yang diberi tugas sebagai pembantu gelanggang, terpaksa bertungkus-lumus membersihkan gelanggang daripada air yang bertakung sebelum pertandingan dimulakan.

Haji Abdul Rahman Isnin bersama ahli-ahli KRS terpaksa bekerja keras mencedok air yang bertakung itu dan dianggarkan 200 baldi air dapat dicedok.

Pertandingan terpaksa dimulakan lewat sedikit bagi memastikan gelanggang berada dalam keadaan sesuai untuk pertandingan.

Kawasan sekitar gelanggang merupakan kawasan berbukit dan hujan lebat malam tadi telah menyebabkan air mengalir deras memenuhi tapak pertandingan.

Dalam pertandingan yang diadakan hari ini, pasukan SMKPS diwakili oleh KRS lelaki. Persembahan mereka agak memuaskan, walaupun dibayangi kemantapan persembahan KRS SMK Seri Medan dan SMK Tinggi.

Menurut Puan Noriza Kastory, pasukan KRS SMKPS telah cuba memberikan persembahan yang baik di sebalik masalah yang dihadapi. Antara masalah utama ialah gangguan hujan yang turun hampir setiap petang hingga mengganggu latihan yang hendak dijalankan

Dalam pada itu, platun SMKPS gembira kerana dijamu nasi minyak sebagai hidangan makan tengah hari. Setelah berhempas pulas untuk menghasilkan formasi terbaik di bawah terik mentari, hidangan nasi minyak yang masih panas amat membuka selera!

Sebanyak 4 guru SMKPS terlibat pada hari pertama ini. Cikgu Norliza, Cikgu Nora Asyikin dan Cikgu Bibah menguruskan platun manakala Haji Rahman menguruskan tugas pembantu gelanggang. Terima kasih kepada semua, juga ditujukan kepada semua ahli platun KRS yang mengambil bahagian hari ini. Anda membanggakan sekolah!

— SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to CORAT-CORET SMKPS DI KARNIVAL KAWAD KAKI DAERAH BP

  1. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    KRS x prnh give up, kn….??
    tu la smangat KRS yg sbnr…..
    brani n kuat smangat……
    btl x…??(“,)

  2. balqis says:

    relaxlah platun2 krs yg di sayangi……… dont give up… lain kali leh cube lg……….

  3. apape pun tahniah kpd peserta KRS yg ambil acara dlm pertandingan kawad..hari nie Puteri Islam esok Kadet Polis dengan Kereta solar…

  4. ki ki says:

    KRS GO GO.. yobseyoo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s