PERHIMPUNAN KHAS KOKURIKULUM SMKPS 2009.

TERATUR ... persembahan kawad oleh platun kawad Pergerakan Pandu Puteri di bawah ketuanya, Fatin Sharmila Rahim padaPerhimpunan Khas Kokurikulum peringkat SMKPS hari ini.

TERATUR ... Persembahan kawad oleh platun kawad Pergerakan Pandu Puteri di bawah ketuanya, Fatin Sharmila Rahim pada Perhimpunan Khas Kokurikulum peringkat SMKPS 2009 di sini hari ini.

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar Oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 13 April (SMKPS) — Setelah bertungkus lumus dan berlatih sejak awal tahun ini perhimpunan Khas Kokurikulum 2009 peringkat SMKPS yang melibatkan pelbagai persatuan dan kelab selamat diadakan pada awal pagi tadi di dataran kejat di sini hari ini.

Bairpun keadaan cuaca yang mendung ia  tidak menghalang susun aturcara majlis itu dilaksanakan seperti dirancang. Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan kawad oleh platun kawad Pergerakan Pandu Puteri (PPP) di bawah kendalian ketua platun PPP, Fatin Sharmila Rahim.

Menyusul selepas itu ialah acara penyampaian hadiah pertandingan Mencipta Logo kelab dan persatuan. Bagi kategori kelab badan beruniform, ia  dimenangi oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Manakala bagi kategori kelab permainan, ia dimenangi oleh kelab Badminton dan bagi kategori persatuan akademik dimenangi oleh Persatuan Agama Islam.

Sementara itu dalam ucapan PK Kokurikulum SMKPS  beliau telah melahirkan rasa gembira atas beberapa kejayaan sekolah terutamanya dalam pencapaian  kokurikulum, seperti kejayaan atlet SMKPS dalam kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat, Pertandingan Pantun peringkat Daerah dan kejuaraan SMKPS dalam pertandingan mencipta alat memasak menggunakan tenaga Solar dengan tema`Cooking With Nature’.

Dalam pada itu beliau berkata peruntukan bantuan pakaian seragam untuk Tingkatan 1 dijangka akan diterima dalam masa terdekat dan ia akan disalurkan terus kepada pelajar.

Dalam perkembangan lain Unit Kokurikulum SMKPS juga akan mengadakan Perkhemahan Kokurikulum pada 20 dan 21 Jun dengan penyertaan yang terhad kepada pemimpin kelab dan persatuan.

Jika ada pelajar lain yang berminat untuk menyertai perkhemahan tersebut mereka boleh berbuat demikian dengan  mendaftar nama kepada Setiausaha Kokurikulum SMKPS, Puan Hasniza Hasnan.

Namun hanya calon yang benar-benar layak  akan diambil bagi menyertai Perkhemahan Kokurikulum 2009 kali ini.

Pada perhimpunana kali ini juga menyaksikan buat pertama kalinya pengerusi PIBG SMKPS  berucap. Beliau memberi beberapa saranan dan nasihat yang berguna terutamanya yang menyentuh aspek peningkatan kendiri dan akademik.

Dalam ucapan tersebut beliau berkata para pelajar wajar memanfaatkan peluang ketika usia remaja untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan banyak mendekatkan diri dengan Allah supaya hidup mereka lebih diberkati dan berdaya saing untuk meniti liku-liku kehidupan yang kini semakin mencabar.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to PERHIMPUNAN KHAS KOKURIKULUM SMKPS 2009.

  1. pemerhati says:

    berlian memang mantap…. tanpanya.. mana mungkin SMKPS dapat melaksanakan perhimpunan koku dengan berkesan dan teratur…
    ini satu kejayaan dan usaha yang harus diteruskan..
    berlian perlu pikirkan agar semua pelajar dapat pakai baju koku pada masa2 akan datang… kami warga SMKPS akan sentiasa beri komitmrn dan kerjasama padamu…
    cayalah berlian…. hang memang hebat dan power!!!!

  2. erm…,dgr tu ckp aisyah. kwd tu bior mantap gituuu.

  3. siti Aisyah says:

    kawad tu betul2 sikit.nasihat kepada anggota pengakap,tingkatkan kerjasama anda supaya segala aktiviti yang dirancang dpt dijalankan.

  4. Pak Pung says:

    Wah, tampak segak bergaya ahli uniform dalam gambar tu…..
    Tapi tak lenguh ke berdiri lama-lama..
    Macam pak Pung, berdiri 10 minit pun dah lenguh
    seluruh badan…
    Ya lah, umur Pak Pung dah nak senja…

    Hidup biar berisi
    sana sini orang sudi

    Jangan duduk sahaja
    rajin-rajin bekerja

    Pak Pung dah tua
    dapat bagi petua

    Hidup gigihkan usaha
    sebelum menutup mata

    – Anak-anak renungkanlah nasihat Pak Pung,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s