85 PENGAWAS SMKPS TAMAT KURSUS KEPIMPINAN ‘ALA KOMANDO’.

TERUJI ... 85 pengawas SMKPS diuji dengan latihan bercorak 'ala komando' dimana mereka dikehendaki meredah kolam, bermandikan lumpur,memanjat tiang ,berguling diatas tanah dan dikenakan denda yang berat bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan.

DIUJI ... 85 pengawas SMKPS diuji dengan latihan bercorak 'ala komando' dimana mereka dikehendaki meredah kolam, bermandikan lumpur,memanjat tiang ,berguling diatas tanah dan dikenakan denda yang berat bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan.

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 15 April (SMKPS) —Seramai 85 pengawas terdiri dari pelajar tingkatan 2 sehingga tingkatan 5 berjaya menamatkan kursus kepimpinan pengawas ‘Ala Komando’ selama dua hari satu malam di Akademi Kaizen, Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian, Johor Sabtu lepas.

Objektif program yang berbentuk motivasi dan pengisian ilmu kepimpinan itu adalah untuk melahirkan pengawas yang berdisiplin, mempunyai daya tahan diri yang tinggi dan mampu memikul tanggungjawab sebagai pengawas sekolah yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Pada slot awal program tersebut 85 pengawas SMKPS didedahkan dengan teknik komunikasi dan ilmu -ilmu

Penceramah Kem Kaizen Pak Habib

Penceramah Kem Kaizen Pak Habib

kepimpinan melalui ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Penceramah Kem Kaizen Pak Habib.

Antara intipati penting yang disampaikan ialah teknik mengenal diri dan orang lain melalui ‘Tetingkap Johari’ (‘Johari Window’) seperti anda tahu orang lain tidak tahu,anda tidak tahu orang lain tidak tahu yang dikategorikan dalam empat tetingkap utama.

Selain itu Pak Habib juga menekankan tentang peranan pengawas sekolah dan cabaran yang dihadapi oleh mereka terutamanya dalam menghadapi kerenah pelajar yang semakin kompleks di era yang serba moden kini.

Beliau berkata untuk setiap tugasan yang diberikan ia adalah satu misi yang perlu dicapai dan bukan satu misi untuk memuaskan pihak tententu. ‘A mission to accomplish, not a mission to please’.

Setelah itu daya ketahanan mental pelajar diuji dengan aktiviti ‘Night walk’ yang menyaksikan 85 pengawas dibahagikan kepada kumpulan untuk meredah hutan, mendaki bukit menyelusuri sungai yang berkelopak tanpa sebarang cahaya lampu pada lewat malam.

Guru Pengawas Kaunselor SMKPS Encik Jais antara guru pengiring berkata pada sesi kem kali ini pengawas dikehendaki beraksi dalam beberapa modul seperti sungai berasid,kembara,night walk,riadah pagi dan merentas halangan namun cabaran yang paling besar ialah merentas halangan di mana latihan yang diberikan banyak menguji ketahanan mental dan fizikal.

“Para pengawas menunjukkan semangat yang tinggi bagi setiap cabaran yang mereka hadapi, dan mereka belajar untuk bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira status sama ada pengawas senior mahupun pengawas junior.

“Melalui modul-modul yang digunakan mereka dapat memahami kepentingan kerja berpasukan terutamanya dalam menyelesaikan setiap tugasan yang dijalani.

CABARAN ... modul sesi berjalan diatas plastic kadboard yang memaksa pengawas bermula di petak permulaan jika didapati ada ahli kumpulan yang terpijak tanah.

MENCABAR ... modul sesi berjalan diatas plastic kadboard yang memaksa pengawas bermula di petak permulaan jika didapati ada ahli kumpulan yang terpijak tanah.

“Sebagai contoh modul sesi berjalan diatas plastic kadboard yang memaksa pengawas bermula di petak permulaan jika didapati ada ahli kumpulan yang terpijak tanah.

“Biarpun terpaksa berpanas terik dan kepenatan menaiki bas mereka berjaya melepasi halangan tersebut setelah berusaha berulang-ulang kali.

Guru Pengawas Kaunselor SMKPS En Jais.

Guru Pengawas Kaunselor SMKPS En Jais.

“Selain itu,mereka juga dipaksa meredah kolam, bermandikan lumpur,memanjat tiang ,berguling diatas tanah dan dikenakan denda yang berat bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan.

Latihan ‘ala komando’ ini sedikit sebanyak mampu membangkitkan sifat berani dan tidak mudah berputus asa dan menghormati orang lain terutamanya mereka yang lebih tua ,”katanya.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk menilai perubahan yang dihasilkan, namun dari semangat juang yang mereka tunjukkan dan kesedaran yang mereka perolehi tidak mustahil SMKPS bakal memiliki pengawas sekolah yang berakhlak ,berdispilin dan berani,”katanya.

Pengetua SMKPS Puan Hajah Salbiah turut turun padang bagi memberi galakan sepanjang sesi terakhir dan mengakhiri sesi penutup program kursus kepimpinan pengawas kali ini dengan harapan baru terhadap pengawas SMKPS iaitu tanggungjawab yang mereka pikul sebagai

‘A mission to accomplish, not a mission to please’.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to 85 PENGAWAS SMKPS TAMAT KURSUS KEPIMPINAN ‘ALA KOMANDO’.

  1. wany kaizen says:

    hurmm best x kat kaizen???

  2. AYUB says:

    TUKAR semua pelatih lelaki kepada pelatih peremuan yang cun2 j.

  3. fadzil says:

    tahniah, teruskan agar pengawas menjadi lebih …..

  4. kak wani says:

    tahniah kerana telah menyertai aktiviti di kem kaizen..semoga anda semua mendapat sedikit sebanyak ilmu di sana.

  5. balqis says:

    tahniah untuk semua pengawas dan guru yang terlibat untuk kursus kepimpinan ni… buat anak-anak didik semua, DON’T LOOK BACK, FOCUS ON WHAT TO DO NEXT!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s