NASIB TIDAK MENYEBELAHI SMKPS DI KARNIVAL KAWAD KAKI

GAGAL ... Platun Kadet Polis gagal merebut tempat dalam saingan yang sengit pertandingan Karnival Kawad Kaki Daerah Batu Pahat 2009 di sini hari ini.

GAGAL ... Platun Kadet Polis gagal merebut tempat dalam saingan yang sengit pertandingan Karnival Kawad Kaki Daerah Batu Pahat 2009 di sini hari ini.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Mustaffa Siraj

TANJUNG LABOH, 15 April, (SMKPS) — Hajat SMKPS untuk menempatkan diri dalam tiga tempat terbaik dalam Karnival Kawad Kaki Daerah Batu Pahat 2009 tidak kesampaian di sini hari ini.

Platun Kadet Polis SMKPS yang telah berlatih sejak awal tahun ini gagal merebut tempat dalam saingan sengit pertandinagn Karnival Kawad Kaki Daerah Batu Pahat .

Menurut En. Sahri Othman, Ketua Guru Penasihat Kadet Polis, platun SMKPS telah memberikan persembahan yang menarik dan mantap pada kali ini meskipun saingan begitu mencabar.

MENIMBA PENGALAMAN...Platun ppi smkps bergambar kenangan sebelum meninggalkan padang kawad.

MENIMBA PENGALAMAN...Platun ppi smkps bergambar kenangan sebelum meninggalkan padang kawad.

Puan Umi Kalthom Idaham memberitahu, platun sungguh kecewa atas kegagalan ini kerana mereka telah membuat persediaan yang rapi dan yakin dapat memberi saingan kepada sekolah-sekolah lain.

Penyertaan platun Puteri Islam pada kali ini adalah penyertaan sulung mereka di peringkat daerah dan mereka mahu menimba pengalaman di pentas pertandingan, kata Puan Siti Noor Ibrahim, pemangku Ketua Guru Penasihatnya.

Platun KRS juga memberikan persembahan yang agak memuaskan walaupun persediaan platun ini diganggu oleh masalah cuaca dan hujan.

Karnival Kawad Kaki ini dibayangi cuaca hujan berterusan yang mengganggu sedikit kelancaran pertandingan. Johan keseluruhan dimenangi oleh SMK Tun Aminah. Karnival ditutup rasmi oleh Haji Shapie Mohd Sharif, Pegawai Pelajaran Batu Pahat.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to NASIB TIDAK MENYEBELAHI SMKPS DI KARNIVAL KAWAD KAKI

  1. NOR FAHIMAH says:

    saya suke bukak web nie coz saya sygkan sekolah saya…..SMKPS BOLEH!!!!!….

  2. umie73 says:

    walaupun kemenangan tidak diraih, tetapi banyak lagi kemenangan lain yang telah you all peroleh. Kemenangan kerana tidak pernah putus asa berlatih setia petang. Kemenangan kerana sanggup berkorban masa dan tenaga.Yang paling berharga…Kemenangan You all dalam hati saya …Saya sayang awak semua. Keletihan yang kamu semua rasakan juga dapat saya rasai. Terima kasih buat kamu semua kerana menberikan kerjasama yang jitu.Tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa you all yang sentiasa memberi izin dan sokongan. Maaf kerana banyak menghabiskan masa anak-anak semua.

  3. akak senior kadet polis SMKPS 2001 says:

    ala rilek la. kali ni je x menang sok lusa mane tau. kitorg mcm ni gak dulu. sabar2 ek. pada sarjan kadet polis yg kecik molek tu tapi suara lantang u still d best dear. salute dgn kamu. cayuk2. tapi jgn la over sgt kamu nak SPM tahun ini.

  4. Sepanjang tempoh kami berlatih dan bertanding… banyak benda yang dah kami lalui… walaupun tak berjaya, pengalaman yang kami dapat amat berharga buat diri kami…

  5. Penghulu Saat says:

    Kiri Kanan Kiri kanan
    kena fokus dengar arahan
    kejap undur kejap ke depan
    maintain gerak maintain barisan
    jangan khayal jangan berangan!!

    Apapun, tahniah la kerana ambil bahagian
    dapat timba pengalaman
    sijil pun kedapatan
    cuba lagi tahun hadapan!
    Usah dilanda kekecewaan
    Pak Pung doakan
    tahun depan beroleh kejayaan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s