GURINDAM GURU SMKPS (TEKA SIAPA SAYA)

Oleh : Mustaffa Siraj

Saya guru anak tempatan
Pembangunan sekolah saya uruskan

Saya dari keturunan raja
Bahasa Inggeris tumpuan saya

Dari Perak saya ke mari
perkataan `mantap’ saya gemari

Bidang kaunseling saya fokuskan
saya berasal dari Pontian

Saya berjawatan pengerusi Bilik Guru
Landskap keutamaan saya selalu

Dahulu menuntut di negara Jordan
Penasihat Bomba elak kebakaran

Setiausaha kokurikulum gigih bekerja
kenderaan myvi dipandu bergaya

dari Besut saya berkelana
Kemahiran Hidup subjek saya

Saya agak baru berumahtangga
laksana kerja Guru Data

Di SMKPS saya paling tinggi
tonggak disiplin pelajar geruni

bab sukan sayalah orangnya
mengajar PJK serta bahasa

Kereta solar kepakaran saya
Fizik pula apa kurangnya

Guru Media jawatan disandang
bermisai tebal tampak garang

Setiausaha PIBG segak bergaya
isteri di SMKPS teman setia

Bekas setiausaha Koku dulu dipegang
kini penasihat Kelab Kompang

Guru Cemerlang Bahasa Melayu
penyokong Liverpool sejak dahulu

ke sana sini dengan kamera
dahulu bertugas wartawan Bernama

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in MENGENAI BLOG SMKPS, SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

20 Responses to GURINDAM GURU SMKPS (TEKA SIAPA SAYA)

  1. shafiq affendy says:

    menarik nye

  2. aisyam says:

    Salam,

    Mohd Khamsuldin aka JAWA!

    hahaha

  3. mamat says:

    teruskan memberi idea, pendapat dan komen utk memantapkan lagi bolg penghulu saat…
    TAHNIAH buat semua…

  4. siti aisyah says:

    Emm……walaupun dpt 3B,x puas hati lagi la…cikgu Mus…nk dapatkan A1…

  5. Pak Pung says:

    Att Aisyah / Salina

    Ye lah tu…. Masa pun dah time! Opps Buzzer dah bunyi…
    5 jawapan tu betul.
    Baki jawapan:
    Menteri Belia Sukan – Ahmad Shaberi Chik
    Pertahanan – Ahmad Zahid Hamidi
    Teraju Johor – D Ghani Othman
    Bumi Kenyalang – Amar Taib Mahmud..

    Kira lulus cukup makan la tu… He he

  6. salinasaid says:

    ha pak pung, jawapan sy same mcm aisyah 2…sy la yg bagi dia jwpn 2…xcaye tnye si aisyah 2…betolllll! so kira sy da jwb laye…aisyah wakil sy…semakla jwpnnye tu, tol ke x…HIHIHIH

  7. En Mus says:

    Untuk Kuiz guru, 4 jawapan salah.
    S/u koko – Pn Hasniza
    Tonggak disiplin – Hj Ramlan
    Kelab Kompang – Puan Zaimah
    Guru data – Pn Marini

    13 jawapan betul dr 17. Kira dapat 3B. Orait lah tu!

  8. siti aisyah says:

    kepada Pak pung….ini jawapannye….
    Rangkap satu=Tun Dr.Mahathir Mohamad
    Rangkap dua=Tun Abdullah Ahmad Badawi
    Rangkap tiga=Datuk Najib Abdul Razak
    Rangkap empat=Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Rangkap lima=Tun Abdul Razak
    Alamak kantoi la nak jawab soalan seterusnya…..kurang pengetahuan…..
    Bila dah tmbah ilmu nnti saya jwb k…..
    Pandai Pak Pung buat gurindam….

  9. siti aisyah says:

    Rangkap satu=cikgu Rahman Ithnin
    Rangkap dua=cikgu Raja Zakaria
    Rangkap tiga=cikg Mohd Khamsuldin
    Rangkap empat=cikgu Mazni
    Rangkap lima=Cikgu Norhisham
    Rangkap enam=cikgu Fauzan
    Rangkap tujuh=cikgu Zaimah
    Rangkap lapan=cikgu Rohaya
    Rangkap sembilan=cikgu Zarina
    Rangkap sepuluh=Puan Salbiah
    Rangkap sebelas=cikgu Norman
    Rangkap dua belas=cikgu Razak Othman
    Rangkap tiga belas=cikgu Abdul Rahman Hamid
    Rangkap empat belas=Cikgu Yahya
    Rangkap lima belas=cikgu Mashudi
    Rangkap enam belas=Cikgu Fadzil
    Rangkap tujuh belas=Cikgu Najhan

    …..sila semak ye….cik juri….
    sgala ksilapan harap dimaafi,
    Kerna ilmu kurang diisi….

  10. Pak Pung says:

    Alahai… Pak Pung yang dah jadi warga emas pun ada yang nak kenal… Tersedak-sedak Pak Pung dibuatnya…

    Badan Pak Pung pun dah bongkok tiga
    Jalan pun meraba-raba
    dah berpinar biji mata
    urat dah bercampera
    rakan-rakan Pak Pung dah pergi jua…

    Tu yang Pak Pung nak turunkan ilmu yang ada
    nak ngadap komputer pun silau mata
    baik anak cucu tolong baca
    tapi pak Pung baca suratkhabar dr muka ke muka

    Soalan Pak Pung Salina kena cuba
    Panel Juri dah sedia
    Tapi En Mus tak payah jawab la ya
    sebab Cikgu Mus tentu banyak baca
    Huk Huk Huk, Batuk pula Pak Pung
    mana ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika …

  11. salinasaid says:

    kabinet da rombak…now the new one..so not sure the latest teams of kabinet now…so xdapekla nak mjawab soalan pecah kepala Pak Pung ni…susah beb!!! nantila surf internet tgk website gomen baru ley jwb ea…susah giler so Pak Pung!!! final exam saya pun tak sesusah ni…HIHIHIHI

  12. salinasaid says:

    siapelah gerangan pak pung yg sebenarnye ni ye….teringin rasenye b’kenalan…tampak bgaye menyulam kata…bagai pakar dalam berbahasa…cewah..aku lak bergurindam x semena-mena…kihkihkih

  13. emal tukirin says:

    peh… ckgu knp bru taun nie de blok smkps?? adoi.. ngelat btol..

  14. Pak Pung says:

    En Mus ni bergurindam lagi dah…

    Tentang guru2 SMKPS ni saya tak arif sangat… Yang saya tahu sangat ialah Wak Arif, pengerusi PIBG.. Ya lah, dia geng warga emas dengan Pak Pung ni….

    Pak Pung pun suka bab gurindam ni dipopularkan.. Pak pung beri sokongan 200 peratus!

    Pak Pung pun nak beri gurindam sikit la. Tentang pemimpin negara. Cubalah En Mus atau sape2 jawab:

    Che Det gelaran diberi
    dia bekas perdana menteri

    Kepala batas daerah kelahiran
    Sekarang ni rehat sakan

    Isteri bernama Rosmah Mansor
    la ni sedang masyhur

    Sekarang ni Menteri Pelajaran
    banyak idea banyak pengalaman

    Pengasas FELDA banyak berjasa
    bapa pembangunan diberi nama

    Beliau berasal dari Kemaman
    Sekarang Menteri Belia Sukan

    Bagan Datoh beliau datang
    Jaga Pertahanan durjana ditentang

    Peneraju Johor tampak bergaya
    tegas berani melakar maya

    Bumi Kenyalang beliau bertakhta
    tokoh lama penuh wibawa

    Ha… jawab jangan tak jawab!

  15. salinasaid says:

    kah3…lulus plak…logo den!!! pasni leyla konvo ek!!! mestila ingat…dari smkps la sy starting create n run my life n future…
    best gak wat blog gune blogger ni ye Sir Najhan…b4 dis xtau pn de free blog wordpress ni.tau pn jes blogger je…nk sign up pn mudah…!! anything else about any information leyla kite syer lg kn??

  16. Penghulu Saat says:

    Lembaga Rayuan memutuskan Salina lulus, kerana passing mark telah diturunkan kepada 24.. kerana graf tinggi… So tak yah refer atau repeat…!

    Kira orait la… Dah 7 tahun tinggalkan sekolah, masih ingat kat sek… ok!

  17. salina said says:

    huahaha…fail pulak..kene repeat la ni….tambah sem la gamaknyer….maklumla, da tggalkan smkps lebih 7 tahun…ckg2 yg dulu yg masih ingat je sy tau…yg lain da btukar, so xkenal da…pepun smua ckg2 lame & baru, senyum sokmo!!!

  18. en Mus says:

    Att: Salina

    Soalan ada 17. Yang dijawab cuma 6. Daripada 6 tu, betul 5. Jawapan Puan Salbiah tu salah. Yang betul ialah Hj Rahman Ithnin. So kira betul 5 daripada 17. Markah 25 peratus je…

    Lembaga juri memutuskan Salina fail ujian ini.
    Kena ambil semula. Kena study lagi all out… He he he.

    Tapi Lembaga Juri puji kerana berani ambil risiko mengambil kuiz ini. Sebab standard tinggi, dapat Akreditasi LAN tau…( Biar betul!)

    Minggu depan, Kuiz Guru 2 menyusul…

  19. EN NAJHAN says:

    Salam,

    Mendalam betul Cikgu MUSTAFA
    Bahasa Indah menyentuh JIWA
    Orangnya biasa dengan SASTERA
    Merangsang minda melalui nukilannya

    Sengatan tajam perkataan berbisa,
    berbicara gaya ala-ala bersahaja,

    itula dia cikgu …Cikgu ..Cikgu MUSTAFA

    emm

  20. salina said says:

    tettttttttttttttttttttt(konon2, bunyi buzer):

    dem so yg jawapannye sonang baitu:

    Saya guru anak tempatan
    Pembangunan sekolah saya uruskan
    (Hjh. Salbiah)

    Saya dari keturunana raja
    Bahasa Inggeris tumpuan saya
    (Ckg Raja Zakaria-if im not mistaken la)

    Bidang kaunseling saya fokuskan
    saya berasal dari Pontian
    (PN. Counselor kite-mama wani n hero aiz)

    Kereta solar kepakaran saya
    Fizik pula apa kurangnya
    (Ckg Razak Othman- teruskn prestasi graf kesportingan anda…ckg mmg bes!! )

    ke sana sini dengan kamera
    dahulu bertugas wartawan Bernama
    (Sir Najhan – besnyer de experience jd jounalist)

    yg lelain mcm x sure saper…..

    juri yg bkenaan, sila marking jwpn sy ni yer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s