HAJI ABDUL RAHMAN ITHNAIN – WIRA TIDAK DIDENDANG DI SMKPS

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar Oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 17 April (SMKPS) – Cikgu Abdul Rahman Ithnain merupakan seorang guru yang berdedikasi di SMKPS, walaupun beliau seorang yang `low profile’.

TENANG ... Tuan Haji Abdul Rahman Ithnin ketika sesi bergambar dalam salah satu aktiviti sekolah.

TENANG ... Tuan Haji Abdul Rahman Ithnin ketika sesi bergambar dalam salah satu aktiviti sekolah.

Anak kelahiran Parit Ju, Parit Sulong ini telah menyumbang bakti di SMKPS sejak tahun 1990 dan banyak yang telah dicurahkan hingga sekarang.

Sebelum mengajar di SMKPS, beliau mengajar di SMK Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan SMK Jalan Mengkibol, Kluang.

Di SMKPS, beliau memegang tugas sebagai Setiausaha Pembangunan Sekolah, Bendahari PIBG, Ketua Panitia Matematik, Guru Penasihat Kelab Hoki dan Guru Penasihat Kadet Remaja Sekolah. Kini beliau sedang gigih melatih pemain hoki sekolah yang akan bertanding di peringkat daerah tidak lama lagi.

Selaku anak tempatan dan rumahnya hampir dengan
sekolah, beliau sering diminta menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah, seperti masalah vandalisme, perabot, dan kecurian. Setiap kali dipanggil ke sekolah,beliau akan bergegas datang dan cuba menyelesaikan sebarang permasalahan.

Guru yang sentiasa tenang ini berpengalaman luas tentang selok-belok sekolah dan menjadi perantara antara sekolah dengan masyarakat setempat, apatahlagi beliau memegang jawatan Setiausaha UMNO Cawangan Parit Sulong.

Beliau sudah beristeri yang bertugas di SK Parit Sulong dan mempunyai seorang anak, yang juga bertugas sebagai guru di Johor Bahru.

“SMKPS telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam pelbagai bidang sejak akhir-akhir ini. Guru dan pelajar sepatutnya bersyukur dan cuba menjayakan agenda sekolah seterusnya,” katanya.

Keperibadian beliau yang disenangi guru dan kakitangan SMKPS, tidak berkira dari segi menyumbangkan tenaga serta sentiasa memberi komitmen yang tinggi telah menjadikan nama beliau harum di Parit Sulong khususnya dan di Batu Pahat amnya.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

9 Responses to HAJI ABDUL RAHMAN ITHNAIN – WIRA TIDAK DIDENDANG DI SMKPS

  1. shafiq affendy says:

    cikgu rahman jasa cikgu ajar math ttp dkenang

  2. Siti Salwani says:

    ckgu rahman mmg best…cool je….and he is very sporting person….(“,)

  3. pemerhati says:

    hamba memang respek dan salute kat hj rahman ni. memang orgnya sangat sporting dan mudah diajak berunding… seorang guru yg sabar, dan sentiasa tersnyum walau pun dalam keadaan tertekan atau stress, Tu pasal mukanya nampak muda dan steady aje… jeles aku dgn dia ni. he…he…
    semoga beliau terus tabah mendidik anak bangsa di SMKPS…

  4. yg pntingnye, ckgu rahman ngajr klas aku n asyk ckp endas mu sja.

  5. Inilah cikgu faverot aku! yang gantang lagi macho!
    Tapi sayang dah form 4 jarang ketemu..I miss you sir Rahman!

  6. Bapak angkat aku tu Tabik springgggg!!!

  7. Razzy says:

    Very true…. He’s so cool and wonderful…

    May Allah bless him!

  8. salinasaid says:

    mungkin memang wira x didendang
    tapi yang pasti wira akan dikenang
    dek pengorbanan yang disumbang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s