PANTUN JENAKA

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

SELAMAT DATANG ... SMKPS Maju Jaya !!

SELAMAT DATANG ... ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat.

Anak muda mengacau dodol
dodol dikacau dalam kuali
tikus mondok tersenyum simpul
melihat kucing sakitlah gigi

Pergi mengail ikan jenahak
bawa pulang letak di piring
buaya ketawa terbahak-bahak
melihat ketam jalan mengiring

Pergi berburu di batu pahat
dapat seekor si anak rusa
katak puru terlompat-lompat
melihat ular sakitlah mata

Terbang petang burung ketilang
terasa nyaman bayu berpuput
saya hairan alang kepalang
melihat si botak menyikat rambut.

Kala petang nyiur melambai
burung undan patahlah sayap
monyet di pokok terintai-intai
melihat badak membaca kitab

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

13 Responses to PANTUN JENAKA

  1. salinasaid says:

    lg 1 nak ckp…insan bbadan besa ni sbrnyua “cute” tau d pandang!!!! so xde halla bbadan beso Zol oiiiiii…. ojo sedih2…wong lemu ensem !!!! ramai jer org pmpuan badan beso gak…xde halla…tgk Afdlin shauki…badan beso, wife cun!!!

  2. salinasaid says:

    pehhhhhhhhhhhhh…dasat jiwang sajak zkol…tp orait la de idea karang mcm tu.kalau aku mmg x pndai ler..ayat abesssss!!!…teruskan bkarya n afundi zkol…hihihi

    pesanan penaja: usah biarkan diri kelihatan kekurangan…aggap kekurangan 1 kelebihan …takde sape yg smpurna…andai xsempurna fizikal, it doesnt matter…kdg2 org2 yg smpurne 2 byk yg bhati keji…so, xgune gak kan…Tuhan x bezekan dr fizikal @ rupe paras, yg Dia lihat amalan kita….pasal cinta lak, cinta ni de baik buruknye..kene gak pndai tangani…jgn smpai diri tsungkur dek kerana cinta udah…n yg plg pnting cinta 2 subjektif sgt2…biasenye ia x seindah macam kat cite industan tu…tahla…aku pun bkn expert n byk pglaman bcinte2 ni..kawin pn x lagi…tp yg pastinya,bab jodoh ni Dia yg tentukan…selain usaha cri jdoh yg kita rase serasi dgn kita, kene gak bdoa moge kita d kurniakan jdoh tbaik wat kita…

    nak nyanyi sikit, ni de bkaitan dgn cinta, kshsyg n ketuhanan ckit..agak jiwang gakla tp ok if jadi nasihat (title lagu=luper):

    KITA SAMA SAHAJA BEZANYA CUMA AMALAN KITA…ENGKAU DAN JUGA AKU SALING PERLUKAN…OH CINTA YG MURNI SEBAGAI IKATAN YG KUKUH DIHATI DEMI MASA DEPAN…JGN DI HANCURKAN HIDOP YG INDAH INI…AKIBATNYA MERANA…

  3. En Mus says:

    Utk Zkol:

    Hidup takkan nak serius sokmo
    senyum ceria pengubat duka
    lawak jenaka penyendal jiwa
    usik mengusik bawa bahagia

    Tapi jangan pula asyik berfoya
    atau tenggelam nikmat dunia
    ingat Allah Maha Perencana
    Kita berlindung dari alpa

    Ingat mengingat resam nan murni
    rakan taulan dapat diingati
    elakkan khianat hasad dengki
    baru hidup penuh bervisi!

  4. zkol says:

    tanks lah ckg mus krn lwk plk tba2!!!!!!

  5. En Mus says:

    Wah! Boleh tahan gak sajak Zkol ni… Buat permulaan, sajak tu kira orait la.. Apabila berkarya, mesti ada titik mula dan seperti satu perjalanan.. Apabila semakin lama, dan setelah membaca karya orang lain, mungkin dapat diusahakan sajak yang lebih luas perbendaharaan katanya, perlambangannya dan mesejnya!

    Saya rasa saya tahu siapa penulias sajak ni…
    Yang penting, taks alah mempunyai impian untuk memiliki seseorang.. jangan hina orang yang lebih `sihat’… mereka ada perasaan juga!

    Kepada Zkol, abe Mus nak ghoyat sikit:

    Usah diri dihanyutkan rasa rendah diri
    usah diri dibiarkan tanpa kemudi
    usah diri berada di lautan sepi
    usah diri tertekan kanan dan kiri

    Lihat dunia dengan berani
    Sahut cabaran yang menanti
    teroka kehebatan diri
    usah biar cabaran menanti
    Aku bisa melangkah gagah bervisi
    Hingga akhir nanti
    (kau tetap jadi pujaan hati)
    Eh! Ini lagu Alleycat la….!

  6. zkol says:

    Suara dari hatiku

    Wahai gadis-gadis yang ku sanjungi
    Mengapa, mengapa dan mengapa
    Kamu semua tidak mengerti
    Bahawa diriku ini telah diciptakan bergini.

    Jangan kerna wajah,dan fizikalku bergini
    Kamu semua mentertawakanku
    Meninggalkanku yang juga insan biasa
    Seperti kalian semua.

    Aku juga mempunyai perasaan
    Aku juga mempunyai impian
    Aku juga mempunyai cita-cita
    Dan aku juga ingin bercinta.

    Aku tidak tahu apakah itu cinta
    Aku ingin tahu apakah itu cinta
    Aku juga ingin tahu rasanya cinta
    Dan aku juga ingin tahu rasanya bercinta.

    Tetapi mungkin ini bukan nasibku
    Mungkin bukan rezekiku
    Mungkin juga Allah mahu mengujiku
    Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

    Suara dari hatiku
    Sajak ini bukan untuk gadis sahaja tetapi lelaki juga kerana sajak ini menasihatkan kita supaya tidak mentertawakan dan mengejek orang yang obesity atau gemuk. Kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti kita. Ditulis oleh (Insan yang besar fizikalnya dan yang menaruh harapan ) amcm pwr x sje je nk cln ckg mus tp ckg lg pwr he………

  7. salinasaid says:

    hahahaha….lawak gak ek Encik Pak Pung ni!!!!
    Eleh malu segan konon nk join dak mude…bia badan tua Pak Pung, tp jiwa kene muda…baru idop ni penuh spirit!!! tapi jiwa2 mude ni pun jgn kn kita smpi lupe pd “pengisian rohani”. biala kite beribadah umpama kita hanye ada sok hari tok idop…tol x pak pung pak mustapey…

  8. Pak Pung says:

    Bukan Pak Pung tak nak campur dengan golongan muda, cuma Pak Pung teringat kat sukan sekolah… Ada B12, B15, B18 dan B20
    Ada pula kat luar sana kategori senior dan veteran… Dah gitu aturan alam, nak buat camano? Lagipun Pak Pung kekok la campur org muda… Segan ada, malu ada!

    Kalau nak timba ilmu daripada kami warga emas, susah gak…. Sebab 200 timba/baldi tak cukup nak cedok!… Ha Ha. Habis la baldi kat kedai hardware!

    Amacam En Mus/Najhan? BIla nak mula pertandingan… Pak Pung dah beli seluar track baru ni! Dapat kereta mainan Ferrari pun jadik!

  9. salinasaid says:

    Att to Pak Pung:
    ala nape je toh nak di beze2 kan kategori warge emas dgn muda…x elok mcm 2…better di cmpurkn skali smua golongan pserta…baru dpt bkongsi ilmu…normaly ilmu dr gol warge emas nila yg paling bharga n golongan muda xboleh nk pndang sepije..kene timbe ilmu yg byk dari org2 mcm pak pung ni…xde yg lame, xde gak yg baru…xperlu la Pak Pung nk rendah diri…U ol la sifu kami!!!

  10. Pak Pung says:

    Apa la En Mus ni… kereta mainan nak jadikan hadiah… Ini bukan pertandingan budak sekolah tadika…. Ramai yang baca ni yang keluar U…

    Tapi Pak Pung lulusan sekolah atap je..
    Yelah, time tu susah.. Kata orang, kais pagi
    makan pagi, kais petang makan petang…

    Pak Pung setuju juga buat pertandingan berkarya
    cadangan Salina tu…. Tapi Pak Pung setuju jika
    buat kategori warga emas macam Pak pung.. Nak lawan orang muda Pak Pung tak terdaya…

    Boleh En Mus?
    Jangan fikir lama2 en Mus, nanti diambil orang…

  11. En Mus says:

    Att Salina
    Saya ada bincang gak dg sir najhan tentang ruangan berkarya… memang baik…Tapi penaja
    lom dapat.. Mereka kata kena buat paper work,
    6 bulan br tau. Kami pasal paper work ni dah tak larat.. Dulu asyik fail aje…
    .. Hadiah keta mainan aje lah..
    he he

  12. salinasaid says:

    nak join gak>>>

    1) pantun nasihat
    anak ketek melompat-lompat
    anak cipan mengekek bersama
    hidup ni jangan wat jahat
    sebab ada hukum karma(what u give u get back,ingat tu!!!)

    2)pantun jenaka
    senah menambat si anak kerbau
    kerbau di tambat agar selamat
    kambing mengejek lembu berbau
    padahal diri sendiri bacin yang amat

    att to Ckg Mus n Sir Najhan:
    better wat 1 ruangan khas untuk para visitor blog ni berbalas2@blawan2 pntun, gurindam etc…mesti ramai insan2 yg de talent join….watla title link “LAMAN KEMBANG/TUNJUK BAKAT”…mesti meriah!!! saper paling hebat bpantun bg adiah terus ke umah…adiah kete sebijik ke sponsored by CKG MUS…ade brani ckg Mus…!!???hihihi

  13. siti aisyah says:

    ha..ha…ha….kelakar giler la pantun tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s