TAZKIRAH MURNI

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BERDOA ... berdoa kejayaan di dunia dan akhirat.

BERDOA ... berdoa kejayaan di dunia dan akhirat.

* Setiap amal perbuatan kita akan
dihisab dan yang pertama dihisab
ialah solat.

* Hati menjadi kotor jika kita sulamkan
dengan hasad dengki, khianat, tamak
dan buruk sangka

* Bersyukur kepada-Nya atas apa yang
kita miliki, dengan demikian kita tidak
masuk golongan kufur nikmat

* Sentiasa bermuhasabah atas
kesilapan, kekurangan dan dosa yang
kita lakukan. Paling baik, jika sentiasa
bertaubat dan menyesalinya.

* Tidak beriman seseorang kamu hingga
mengasihi saudaramu sepertimana
kamu mengasihi diri sendiri (Hadis)

* Beringat sebelum kena
berjmat sebelum habis
beramal sebelum terlambat
bertindak sebelum terlupa
bermunajat sebelum tidur

Masa tidak menanti kita
Umur tidak kekal lama
Harta tidak sampai ke mana
Kita tidak menongkat dunia

Dunia ini memang fana, akhirat jua kekal selamanya.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

6 Responses to TAZKIRAH MURNI

  1. En Mus says:

    Lemas la dengan panggilan berlian ni…

    Panggil kaca pun tak ada hal punya!
    Emas yang orang cari la… Orang sanggup buat apa sahaja kerana emas….

    Emas SMKPS mantap la…. Silau dibuatnya!

  2. pemerhati says:

    kehidupan ini hanyalah fana dan sementara sahaja.. dunia ibarat kebun tempat kita mengumpul bekalan utk dibawa ke akhirat..
    janganlah kita terlalu mengejar keduniaan kerana ia hanya akan menjerat kita utk lupa kepada Allah…
    jangan sampai kita leka dan lalai dengan nikmat dunia… nauzubillah….
    jadilah seperti berlian yang sentiasa bercahaya walaupun diletakkan ditempat yg gelap…
    kaulah sumber inspirasiku…

  3. Penghulu Saat says:

    Jangan sedih Pak Pung.. Relaks la
    Saya tak berniat nak menyinggung

    Anggap tazkirah sebagai peringatan… Kan ingat mengingati digalakkan oleh agama. Saya pun bukan
    mengaji tinggi sangat… Entah-entah Pak pung yang lagi tinggi ilmunya

    Kalau Pak pung ada mutiara kata atau pedoman nak beri, silakan….

  4. salinasaid says:

    walah2…Pak pung ojo sedih yor….orak apik nangis, elek muko ney di delok kuwi lor….wes, ojo sedih2…kito kabeh2 jaluk ngapuro ney kambek Allah, taubat seng akeh!!!

  5. Pak Pung says:

    Sayu Pak Pung baca tazkirah tu
    Teringat Pak Pung dosa-dosa lalu

    Umur Pak Pak Pung pun dah kira menghitung hari
    Entah esok lusa Pak Pung pergi..

    Tambah sayu baca komen Salina
    Pak Pung rasa insaf datang menerpa

    makin kuat bunyi batuk Pak Pung
    ubat batuk dah berbotol2 masuk kerongkong

    Kalau begitu, Pak Pung undur diri
    Sebak di hati biar Pak Pung tanggung sendiri..

    Huk Huk Huk…

  6. salinasaid says:

    teramat-amatlah setuju dgn ayat dlm tazkirah ni!!! so, seruan wat semua yang rase diri pernah melakukan “hal2 yg x sepatutnya” di lakukan, muhasabah la diri….sekiranya bdosa dgn Tuhan, bertaubatlah, sekiranya rasa diri pernah menyakiti @ menganiaya seseorang, minta maaflah segera…hidup perlukan keberkatan!!! hadas dengki sesama insan xperlu ada dlm diri krn takde ape yg akan kita dpt hasil dr perlakuan kita tu…ingat mengingati adalah penting kerana dlm masa yg same, kita mengingati diri kita sendiri…manusia sntiasa alpa…yang baik dari Tuhan yg Esa, sedangkan yg xbaik tu dtg dr dlm diri kita sendiri…insaflah kalian semua…insaflah wahai salina…hidup ni hnye seketika….sama2 kita pbaiki klemahan kita….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s