GURINDAM GURU SMKPS 2(TEKA SIAPA SAYA)

Oleh : Mustaffa Siraj

Teraju sekolah kuat semangat
bukti wanita memang hebat

koperasi diurus cekap sekali
nissan sunny dipandu teliti

bos kadet polis berkaca mata
isteri di SMKPS teman setia

Panitia Sejarah diurus kini
Grand Livina teman sejati

Sains Kemasyarakatan bidang dijaga
Lulusan Al-Azhar pakar agama

Bidang bahasa diurus diselia
lemak merdu tarikan suara

Bekas pengerusi bilik guru
asalnya dari negeri Terengganu

Kuanselor lelaki segak bergaya
senyum melirik cepat mesra

wajah seperti keturunan cina
guru lama banyak berjasa

guru lelaki masih bujang
wira hitam amat disayang

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

14 Responses to GURINDAM GURU SMKPS 2(TEKA SIAPA SAYA)

  1. En Mus says:

    yg penting, dapat uji pengetahuan tentang guru SMKPS….
    Kalau nak hadiah, kena tanya penaja rancangan…
    Cikgu hanya buat soalan! Ha Ha Ha

  2. Terima kasih cikgu… ehem-ehem… dapat markah je ke… hehehe.. gurau-gurau cikgu..

  3. En Mus says:

    Betul semua! 100 peratus…
    Kira bjaya dengan cemerlang la…
    Mantap!

  4. Ini jawapannya…
    1) pengetua- Pn. Hjh Salbiah bte Maskan
    2)Pn. Fatimah Sharah Hitam
    3) En Sahri Othman
    4) Pn. Nora Ashikin bte Adnan
    5) Tn. Hj Hasanin Tamio
    6) Pn. Rashidah Haron
    7) En. Roswadi Dagang
    8)En Jais
    9) Pn. Jasayah
    10) En. Shafiee

    Cikgu betul tak… bleh dapat berape markah nie..

  5. opps malunye saya! lain kali saya cuba betul2..

  6. En Mus says:

    Kalau tanya kat berlian, susah… sebab berlian tak nak jawab.. Dia wakilkan emas jawab. Emas pun serba tahu sebab ilmu lagi tinggi…

  7. pemerhati says:

    tak payah teka… pegi aje kat sekolah dan tanya berlian… he..he..

  8. Penghulu Saat says:

    utk ex student:

    Jaw ckg fadil salah. Pn rashidah betul
    Jaw ckg Norhisham salah. En Roswadi betul
    Yang lain orait la…

  9. ex-student says:

    hmm…jwpn sy sume btol x….
    hehehhehe….

  10. En Mus says:

    Att Syazwi

    no 9 tu Puan Jasayah
    no 10 En Shafie
    Ketua bidang bahasa Pn Rashidah

    Patutnya betul semua, sebab masih ada kat SMKPS. 4 Aktif lagi!

  11. nie jawapan saya. poin jelah ye..

    1.Pn Hjh Salbiah (pengetua)
    2.Pn.Fatimah Sahara
    3.En.Sahri
    4.Pn Nora Ashikin (cikgu yg kusayang)
    5.En Hasanin
    6.En Fadhil or Pn.Rashidah Harun
    7.
    8.En (x ingat namanya…)
    9.En Shahrudin
    10.en.Najhan

  12. ex-student says:

    salam..
    nk cuba jwb teka teki tu…

    1) PN.SALBIAH
    2) PN. HJH FATIMAH SARAH
    3) EN.SHAHRI
    4) PN.NORASHIKIN
    5) UST.HASANIN
    6) EN.AHMAD FADZIL
    7) EN.NORISHAM
    8 ) EN.IZZUDDIN
    9) PN.HJH JASAYAH
    10) EN.SYAFIE.

    TEKA JE…X TAW LA BTOL KE TAK..HEHEHEHEHE

  13. En Mus says:

    Kesiannya tak dapat jawab…
    Juri decided bagi tip:

    * Teraju sekolah tu rujuk kpd pengetua la ni
    * wajah keturunan Cina tu ajar BI lama dah…
    * Pakar agama tu ustaz lelaki juga dah lama kat
    SMKPS
    * Yang lain tak dapek den nak bagi tip coz guru2
    yang baru dan agak baru kat SMKPS

    Juri nak bagi lulus, passing mark pun dah turun…
    Kalau Soalan dikatakan susah banget, gamaknya
    terpaksalah penggubal soalan gubal soalan mudah2…. Penggubal pun pecah kepala gak nak buat soalan tau!

    Apapun, semangat mencuba tu penting, janganlah cepat naikkan bendera putih… bendera biru merah tak pa (Bendera Johor)!

    Hingga ketemu di kuiz akan datang, sayonara!

  14. salinasaid says:

    tak dapek la den mjawabnyer!!!susah banget!!!kalah tanpe btandingla gamaknye!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s