SAJAK `DI HALAMAN SMKPS ‘

BUDAYA ILMU ... wajah-wajah mulus menunggu penuh setia di bilik darjah mengharap curahan pengetahuan.

BUDAYA ILMU ... wajah-wajah mulus menunggu penuh setia mengharap curahan pengetahuan.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar Oleh: Kelab Multimedia SMKPS

Melewati denai dunia pendidikan
menapak di lamanmu SMKPS
menatap saujana keasyikan
pendidik gigih melabuh budi
merenjis keringat wangi
mencambah sarat ilmu
menghulur kebaktian tidak bernoktah
segalanya direlakan sarat ketulusan

Menatap wajah-wajah mulus
menunggu penuh setia di bilik darjah
mengharap curahan pengetahuan
agar diri mekar dalam jambangan
agar diri gagah mendepani musibah
agar diri berani melakar maya
agar diri melangkah ke medan jaya
agar diri mampu membina sejahtera
untuk diri keluarga bangsa dan negara

Pastinya perjuangan dan harapan itu
tetap menyala meski dilanda gelora
tetap utuh meski selautan cabaran
tetap gemilang meski pernah kecundang

Harapanku
Semoga Tuhan melimpahkan rahmat
buat tangan-tangan kumal itu
buat mualim yang cekal lagi tabah
agar masa depan bersinar terang
lestari ke hujung waktu

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

22 Responses to SAJAK `DI HALAMAN SMKPS ‘

  1. En Mus says:

    Sir Najhan memang br ngajar kat SMKPS.. Mula awal Februari… Bila tahu dia bekas reporter, terus sy himpit dia.. Lemas dia dibuatnya! Sebab sy minat kerjaya wartawan dan di 2 buah sek sebelum ni, sy tolong buat buletin..

    Sir Najhan nak buat bnyk pkara, antaranya web tv.. coming soon! Once a reporter, forever a reporter!

  2. salinasaid says:

    hihihihi….3 bulan bru knl dgn sir najhan? so beliau baru jela ngaja kt smkps yer? a ah, beliau 2 peramah n xkedekot ilmu orgnye….ssh nak cari org mcm tu jaman sekarang ni.hihihi…

  3. En Mus says:

    Tak pa lah sy partner dgn sir najhan je,
    baru kenal dia 3 bulan, rasa mcm dah kenal 3 tahun… Awalnya sy belajar dari dia, skrg dia panggil sy bos pulak!

    Tu sebab tak berani bkawan dg karam singh, nanti dia karam, saya yang timbul! Ha Ha Ha

  4. salinasaid says:

    hahahaha…yo la tu!!!!!! takot yer, bukan takat majidol, silap2 karam sigh walia pn x dapek cari mkn….kungkungkung!!!!

  5. remy says:

    hai, iskandar. ada pulak masa nak anto e-mel kat sini ye….kena rajin gi sekolah, jgn malas, rajin belajo nanti pelajo suke

  6. Penghulu Saat says:

    Saya bukan tak mahu buat investigation, takut wartawan TV3 dll tak dapat cari makan.. sebab bidang mereka saya dah ceroboh! Mazidul dari 999 tentu geram kat saya!
    Pulaknya nanti, tawaran datang spy sy jadi wartawan full time… Pening sy nak pilih!

    Saya sayang profesion perguruan! So, KIV la yang lain tu! Ha Ha

  7. salinasaid says:

    huhuhu…macam gerun je…nak mgelak la ni takot nk myiasat….kihkihkih…tp tol, if de evidence tntg kewujudan mahluk 2 n tambah lak dpt tgkap gambar atau record, kopem gempak!!!! silap2 bite harian TV3 astro ceria aruna national geogrpahic semua dgt smkps wo!!!!!

  8. En Mus says:

    Tak lah gitu…Saya tak lokek.. Cuma bersaudara dengan Haji Bakhil bin Kedekut! Ha Ha Ha. Saya ni kira murah hati gak… bukan hati murah! (Bukan masuk bakul angkat sendiri ni…!)

    Bab menyiasat ni sy sdg fikir.. La ni dah jadi `wartawan sangkut’ blog smkps, nak jadi penyiasat misteri pulak… Kena bertapa kat gunung Ledang dulu kot…
    Kalau tak, nanti sy disakat makhluk tu, jadi histeria pulak sy! Silap2 sy meracau bercakap bahasa Jepun, Jerman! Sape pulak nak terjemah ke bahasa Melayu?
    Ha Ha

  9. salinasaid says:

    jgn lokek en mus…jamu org mkn ni beso pahle n balasannye!kihkihkih…a ah, actualy dr dulu zman sy kat smkps pn de byk dgr cite2 misteri camtu…dulu guard (lupe namanya) degak gosip2.area bengkel KH 2 pn ley tahan kerasnye(mgkin ditambah lg dengan bhan binaan simen tok wat bgunan KH tukot). tmbah mnakutkan lg time pmbinaan blok baru yang jadi blok bilik guru…dgr kate time pailing nk di wat, asik de problem je yg timbul..wallahualam…ha, pekate en mus pi investigate kesahihan cite misteri bkenaan n insert kn dlm post2 akan dtg…amacam….hrpnye cadangan sy ni diterima la….

  10. En Mus says:

    Bukan takut, cuma hormat kat makhluk ghaib tu… Yelah, mereka kan mahkluk Allah gak!
    Kalau situ area mrk, sy akur lah!

    Kat SMKPS pun banyak misterinya la ni, atau dari dulu.. Baru-baru ni beberapa kes histeria berlaku,
    Cerita makhluk tu ada kat astaka dan kawasan tepi pagar pokok kelapa sawit dah jadi topik hot…

    Nak juga try ikan bakar jeram… adakah lebih hebat dari ikan bakar di umbai dan serkam (melaka) atau di Pt Jawa dan Saba aur di Johor…
    paw mengepaw ni, wait n see la! yang pelawa sape? Ha ha ha

  11. salinasaid says:

    hahaha…taot ke en mus? aa kite x tau kesahihannye…tah2 jes khayalan n mitos jer…nk g unisel ley jer…tp sy pn xtau peyg interesting bout unisel ni…susah2 sy ajak en mus g Jeram jela yg tkenal dgn medan selera ikan bkar…mirip dgn saba aur kat muar tu…ley paw en mus…kahkahkah…

  12. En Mus says:

    Salina dah patahkan semangat sy nak lawat kg Kuantan.. Ada misteri, ada buaya! Cancel la nak pi sana! Sy bukan peminat buaya dan tak ada ciri-ciri buaya!

    Actually sy buat kajian sosial di kuala Selangor masa belajar di UM tahun 80-an dulu. Seronok gak masuk kampung, tanya itu ini kat mereka…

    Pengalaman yang takkan saya lupa, apabila pergi ke tepi pantai yang berlumpur, ingatkan tanahnya keras, rupanya tiba-tiba saya terbenam sampai paras peha! Haru jadinya! Itu yang mengusik jiwa!

    Dari Ijok pergi ke Jeram
    lalu pergi ke Kuala Selangor
    kenangan lalu takkan terpadam
    foto yang ada teringat sokmo…

    Pergi UNISEL je la senang….

  13. salinasaid says:

    hahaha…jiwang lak bunyinye bile En. Mus ckp kenang2 balek kisah2 silam…joke jer!!! ley gak if nk port kt KG. Kuantan tgk kelip2.tapi bahaya kt situ, org setempat ckp tmpat 2 agak mistik lg misteri (usah biarkan hidop anda diselubungi misteri…) g pn kat sungai 2 katenye de boye…kang kite kene ngep kang!!!takot..bkn cabol mulut tapi ni pgalaman sy sndiri, penah jmpa org kg situ n beliau cite kat sy sndiri kisah boye. beliau nasihat toksah gi sane.wallahualam….ha, if nak g Bkt. Melawati ok jer…bes pat 2..ley lepak kat balai cerap yg biase org tropong anak bulan. bile nak magrib, cntik pat 2 ley tgk sunset. kat situpun de kisah misteri, katenye meriam katak yg de area situ penah meletop dgn sndirinya n org kg situ cite bgegar la gak di watnya…now da xde tjadi lg lak..tahla….wallahualam bissawab….

  14. En Mus says:

    Kepada Pemerhati:

    Tujuan saya untuk merangsang yang lain supaya berkarya… Pemerhati pun power gak, cuma tak tunjuk lagi.. Kalau tunjuk, teruja punya

  15. En Mus says:

    Oh.. I see! I didnt say you are Pak Guard..! Sy anggap macam `pemandu pelancong’ kpd kami orang kampung hulu kat Pt Sulong..

    Nanti boleh show us around campus sampai kami pening.. Lepas tu boleh tengok kelip-kelip kat kuala selangor!

    Actually sy biasa menjelajah selangor masa muda dahulu! Foto kat Bukit Melawati, bergambar dengan meriam masih dalam simpanan! Kenangan lalu mengusik jiwa!

  16. pemerhati says:

    berlian memang power dan mantap bila bersajak…

  17. salinasaid says:

    hahahaha….im not “pak guard” so i cant waiting u ol over there (main gate)!!!
    Unisel not only just at Shah Alam…im actualy in UNISEL Btg Berjuntai kole sgor and this is main campus…yg Shah Alam 2 branch jer…

  18. Penghulu Saat says:

    UNISEL? Good idea! Is it in Shah Alam..
    It is not that we dont like to visit IPTS, but we dont know somebody there…

    So Salina can be the `link’ there…!
    OK! Next week wait for us at the main gate!
    Ha ha ha
    En Mus

  19. salinasaid says:

    wah, cam mat saleh lak ckp omputeh…watla lawatan kat IPTs lak…asik IPTA je…IPTS especially UNISEL tercinta ni pe kurengnye!!!

  20. kpd plajr 3 aman dgrlh sjk en. mus ni jgn wat dono jer

  21. En Mus says:

    Takkan nak bergurindam dan berpantun je….
    Saya cuba pelbagaikan variasi kandungan..
    Lagipun sehari dua ni tak ada story baru
    Sabtu ni baru ada story baru – Lawatan atlet SMKPS dan saya ke UTM Skudai dan hari Profesional Guru SMKPS.

    So sambil tunggu saturday, kena sumbat pantun, gurindam, sajak dll…. Kalau rasa tak berapa seghonok dengan benda2 tu, berilah cadangan atau komen…. Kitorang sporting la….!

    Saya sebenarnya agak sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan peribadi, tetapi walaupun saya penyumbang sukarela, macam dah jadi obligasi saya pula untuk memakmurkan blog ni…
    harap2 idea saya tidak kemarau… Kalau itu bisa terjadi, tak dapek la den buat ape2… Kena ucap SALAM TERAKHIR la gamaknya…!

    Anyway, keep on reading this blog, everybody out there… We really appreciate you all…
    Without you all, who are we…(Betul ke English saya)
    (Speaking sikit2 boleh la!)

  22. salinasaid says:

    la, bersajak pulak En. Mus ni…..!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s