SMKPS BAKAL TUAN RUMAH BOLA BALING MSSDBP

MENARIK ... padang bola SMKPS yang telah dibersihkan digunakan untuk latihan perlawanan antara bawah 15 dan bawah 18 yang bakal berlangsung pada Mei ini.

MENARIK ... padang bola SMKPS yang telah dibersihkan digunakan untuk latihan perlawanan antara bawah 15 dan bawah 18 yang bakal berlangsung pada Mei ini.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 22 April (SMKPS) – SMKPS bakal menjadi tuan rumah kejohanan Bola Baling Lelaki dan Perempuan Bawah 15 tahun peringkat daerah Batu Pahat pada 5 dan 6hb Mei ini.

Haji Norman Ibrahim , setiausaha sukan SMKPS memberitahu, persiapan sedang berjalan dengan baik. 2 gelanggang SMKPS dan 2 gelanggang SMK Dato Sulaiman akan digunakan untuk pertandingan kali ini.

Menurutnya, mesyuarat penyelarasan dan undian akan diadakan esok dan dijangka 15 buah sekolah akan mengambil bahagian.

Pada pertandingan tahun lalu, SMKPS muncul johan keseluruhan bagi peringkat 15 dan 18 tahun, sekaligus membawa pulang piala pusingan kejohanan.

Di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, seperti Cikgu Mashudi, Haji Norman dan Cikgu Norhisham, para pemain gigih berlatih bagi menjayakan misi mengekalkan pencapaian cemerlang tahun lalu.

Pengetua SMKPS, Hajah Salbiah Maskan melahirkan harapan agar SMKPS mampu bersinar pada kejohanan kali ini, apatahlagi menjadi tuan rumah kejohanan.

Selamat berjaya, team SMKPS!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

7 Responses to SMKPS BAKAL TUAN RUMAH BOLA BALING MSSDBP

  1. Pak Pung says:

    Salah tu… Pak pung teruja tengok pemain kita mengalahkan jagoan Eropah dan negara maju lain… PP mahu kita hebat dan gagah…
    itu patriotik namanya!

    Sama juga jika PP tengok Lee Chong Wei kalahkan Lin Dan, sampaik PP lupa diri, menjerit nama Chong Wei! Chong Wei!

    Salina jangan prasangka terhadap Pak Pung…
    Ha Ha Ha

  2. salinasaid says:

    hahaha…nak tgk yg minah saleh jer!!!!

  3. Pak Pung says:

    Pak Pung tak berapa berani nak lawan orang muda… Nak angkat bola boling pun terketar-ketar! lorong boling pun pak Pung nampak macam jalan kereta api je… Minta mahap la ya Salina….

    Maksud Pak Pung teruja dengan boling ialah bila tengok Shalin Zulkifli buat strike, ngalahkan minah2 salleh seluruh dunia.. Tu yang teruja dan bangga!

  4. salinasaid says:

    o…bunyi DOSSSS ye pak pung bile main bowling…bukan bunyinye “KEBABOM” tau “KECEPER” ke? kihkihkih..

    so, kite deal n set time, kite turun summit @ BP Mall ke fight bowling 2 3 frame nak Pak Pung….??? saje jer nak exercise….ader brani Pak pung???

  5. Pak Pung says:

    Zaman Pak Pung tak ada main bola baling..

    Yang banyak dimain, bola sepak dan takraw je…

    Tapi permainan sekarang yang Pak pung teruja ialah main bowling.. Bila baling je, bayangkan musuh kat depan, dan Dosss! berterabur pin dibuatnya!

    Sekarang ni Pak Pung larat main karom dan dam aji je… !

    Tapi kalau terdesak, Pak Pung boleh lagi main ping pong… Cari peluh je…

  6. aisyah says:

    selamat berjaya dan tahniah kepada smkps….
    kepada para pemain…buat yang terbaik..

  7. ex-student says:

    semoga mendapat kejuaraan lagi kali nie….:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s