LEMBARAN HARI DI SMKPS

PROSES PEMBELAJARAN ... Tugas guru mahu mendidik agar pelajar menjadi cerdik.

PROSES PEMBELAJARAN ... Tugas guru mahu mendidik agar pelajar menjadi cerdik.

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKSP

Awal pagi meninggalkan rumah
lalu terus menuju sekolah

Pelajar bertugas buat kerja
yang lain tengok sahaja

7.20 loceng pun berbunyi
dataran kejat pelajar penuhi

Ada pesanan ada maklumat
pelajar mendengar penuh minat

8.10 pagi waktu pertama
pelajaran akademik lalu bermula

Waktu rehat kantin dituju
makan minum menjadi perlu

Waktu tengah hari banyak cabaran
makin sukar tumpu perhatian

Ada pelajar rajin bertanya
jawapan guru memuaskan semua

Guru disiplin rajin meronda
guru bertugas apa kurangnya

Yang sakit dihantar pulang
ibu bapa janganlah bimbang

Sebahagian pelajar malas belajar
juga bersikap kurang ajar

Tugas guru mahu mendidik
agar pelajar menjadi cerdik

Juga diterapkan sahsiah mulia
pelajar seimbang harapan semua

Waktu balik bas dinaiki
terasa penat kuasai diri

Kelas tambahan ada dijalankan
pastinya untuk tingkatkan pencapaian

Pengetua dan guru sama sepakat
membentuk pelajar unggul dan hebat

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

2 Responses to LEMBARAN HARI DI SMKPS

  1. En Mus says:

    Saya tak kecik hati, malah besar hati!
    Sebab saya memang galakkan feedback dari pelayar blog ini…

    Idea tu memang bagus! Akan dikaji tuan empunya badan! Ha Ha

    Karya tu memang gurindam…

  2. salinasaid says:

    ni gurindam ke En. Mus? gurindam ni bmmg best tapi pe kate next post wat isu lain lak… still lg ley bkarya tapi try lak wat novel pendek ke…karangan papeke…interaktif @ e-quiz ke…papela…bukan pe, ni skadar idea n opinion…x dinafikan gurindam ni bes tapi if gurindam je utk beberapa post, mcm kureng interesting ckitla jadinye nanti…ye tak…we need changes,the differences & the fresh issues…harap En. Mus x kecik ati…ni skadar idea…if rase ok ley ptimbangkn, if xterima xpela…tp hrpnye en.mus seorg yg open minded…am i rite En. Mus??? anyway, your gurindam mmg ok!!! idop melayu n teruskan bkarya!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s